#inourmemory
RIP AARON PHILIP PAGAG
5 JANUARY 2016
5 JANUARY 2016
Kemarin semua gembira dengan berita sahabat kami Oja aka Teacher Oza di lawat oleh Pegawai Pendidikan Daerah KB dan mendapat peratus Tadika yang sangat ditinggi pada first day persekolahan.
Hari ini bangun dengan dikejutkan berita seorang sahabat kami telah meninggalkan kami semua melalui group Whatsapp. Lepas itu, saya buka facebook nampak lagi post dari Berita Sarawak. Macam tidak percaya. Saya call Siro. Sepanjang perbualan " speechless" hanya mampu cakap sabar ar fenuk, sabar. " Berat mata memandang berat lagi bahu memikul " Kalau saya ada disana saya betul betul mau peluk c fenuk.
Saya memang tidak dapat bayangkan macam nah keadaan family aaron & keadaan fenuk. Sedangkan kami yang kawan-kawan dia susah mau terima kenyataan apalagi dorg.
Ehh macam saya tidak percaya dan susah terima itu kenyataan. Sorry ayat tidak tersusun sudah.
Semalam baru saya tengok gambar gambar di sib pd.
Sebelum ini saya hanya melihat banyak kemalangan jalan-raya berlaku di viralkan di media masa. Tidak sangka pula kali ini dikejutan dengan kemalangan sahabat kami sendiri.Saya betul-betul tidak sanggup tengok itu gambar kemalangan. Airmata menitis tanpa disedari. Sedihhhh..
Untuk kawan-kawan di sib port dickson & my big family sib pd, saya sangat sangat mengasihi anda. Tidak sangka kita sudah kehilangan seorang kawan.
Sumber gambar : Page " Kamek Miak Sarawak"
Beberapa tahun yang lepas kami melayani di tempat yang sama, di SIB Port Dickson.
Dia seorang pemain Bass yang handal !
Sudah lama tidak contact selepas tamat pengajian.
Banyak kenangan sama-sama di Port Dickson.
Teringat masa jamming, dia main bass & kami menyanyi. Ingat lagi first time datang PD kami nyanyi tidak masuk kod, ko sama bro joseph ketawa berhabis.ehhh
Teringat masa sharing sebelum latihan dia pernah cakap nanti buat jadual supaya bukan muka saya saja didepan setiap hari ahad
Teringat masa aaron & katam berhabis main muzik dan menyanyi di church. Saya ada rakam tapi nda dapat cari sudah.
Teringat masa dia ajar saya pasal photography. Katanya yang paling penting jangan malu & mesti confident. Saya ingat lagi itu 3 kali ambil gambar yang sama dengan zoom yg berbeza. Itu kerusi & tuala yang jadi objek.
Teringat lagi saya ambil gambar dia sama c siro masa makan amal.
Aduuu.. Saya ingat semua momet masa rehearsal untuk ibadah ahad.
Tidak sangka yang paling adik pula balik syurga dulu dari ini kakak-kakak dan abang-abang.
God loves you more ! We will never forget you !
Tuhan pasti memberikan penghiburan kepada keluarga terutama Parentsnya dan Siro. Terus Kuat ya !
Kami RAKAN-RAKAN & Big Family SIB Port Dickson merasa sangat kehilangan anda.
Jesus loves you Aaron ! We love you !
Kita pasti akan berjumpa nanti di syurga. Itu pasti !
Terima Kasih Aaron.
Plan membawa kawan-kawan lain datang lawas tapi tidak jadi sebab saya dengan ares saja dapat. Tidak apa nanti kami datang ramai-ramai melawat grave.
Saya mengasihi semua sahabat saya.