Selain daripada pusat pendidikan Taman Didikan Kanak-Kanak Swasta iaitu Kindergarten terdapat beberapa lagi jenis pusat pendidikan yang ditubuhkan di Malaysia.Antaranya adalah Tabika Kemas, Tabika Perpaduan Negara, Taski iaitu Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam,Prasekolah Kementerian Pelajaran (ANNEX/KPM),Permata Negara dan Tadika Swasta.Pusat Pendidikan ini mempunyai pelbagai perbezaanya yang tersendiri.Malahan mempunyai fungsi yang berlainan diantara satu sama lain akibat perubahan sosial di kalangan masyarakat terutama dipengaruhi oleh sistem politik, ekonomi dan sosial.
Pusat pendidikan Tadika haruslah berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) iaitu di bawah Unit Pendidikan Swasta.Oleh hal yang demikian segala perkara yang berkaitan dengan tadika swasta harusalah merujuk kepada JPN.Kewujudan Tadika swasta sememangnya banyak memberi sumbangan positif dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak karena tadika yang ada sekarang ini masih belum dapat menampung keperluan kanak-kanak.Seterusnya sistem pendidkannya terancang dan Guru boleh menngunakan buku-buku yang berlainan kerana ianya sudah diiktraf dan perancangan pembelajaran juga tidak terbatas dan bergantung kepada sumber diberi oleh kerajaan sahaja.Sistem pembelajaranya lebih menarik.
Sebaliknya Tadika perpaduan adalah dibawah pemantauan Jabatan Perpaduan Negara.Pusat pendidikan prasekolah ini disediakan bagi kanak-kanak daripada berbilang kaum dan bangsa yang berumur lima hingga enam tahun.Sejak penubuhnya pada tahun 1976,Tadika Perpaduan telah mendapat sambutan yang mengalakkan.Tadika Perpaduan diwujudkan di taman-taman perumahan, kawasan perumahan pangsa, kawasan kampung dan pinggir bandar.Penubuhan Tadika Perpaduan tidak perlu didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Mengikut Akta Pelajaran 1961 kerana dikecualikan melalui warta kerajaan.Selain itu, suasana pembelajaranya mencabar bagi kanak-kanak kerana kanak-kanak mempunyai perubahan sosial disebabkan oleh pelajar pelbagai kaum.Ini sangat memnguntungkan kepada anak-anak yang memilih Pusat Pendidikan ini kerana mereka dapat mengenai kaum serta ras setiap kanak-kanak.
Seterusnya Taska adalah singkatan daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak.Taska menerima masuk empat orang atau lebih kanak-kanak dibawah umur empat tahun, lebih dari satu isi rumah di jaga dengan upah.Permohonan Taska perlu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKMD).Sekiranya ibu bapa anak-anak berkerja, mereka boleh menghantar anaknya ke tempat asuhan kerana pusat asuhan ini menerima kanak-kanak yang masih kecil tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pusat pendidikan.Ia dapat membantu ibu bapa untuk menjaga anak-anaknya semasa mereka berkerja dan ibu bapa boleh lah mengambil anak-anak mereka setelah habis berkerja.Taman Asuhan juga mempunyai perancangan aktiviti yang menarik dan terancang untuk kanak-kanak bagi membina keperibadian mereka.
Selain itu, Taski ialah singkatan daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam dan perkhidmatannya dikhaskan bagi kanak-kanak yang beragama islam sahaja.Konsep Taski dan Taska adalah sama melainkan Taski merupakan perkhidmatan bagi kanak-kanak yang beragama Islam sahaja kerana suasana jadualnya lebih kepada asas-asas dan cara hidup islam yang baik.Disamping itu juga menanamkan dan menumbuhkan perasaan cinta dan kerinduan kanak-kanak didik terhadap Al Qur’an.Ia lebih kepada pembentukan akhlak mulia kanak-kanak dari segi islamiah.
Seterusnya, Tabika kemas merupakan tabika yang mendapat perhatian dari ibubapa.Kemas merupakan sebuah tabika kerajaan dan hanya memerlukan pembayaran yuran yang sedikit sahaja.Sistem Kurikulum juga lebih teratur kerana tabika ini berantai dan mempunyai objektif, visi dan misi yang tetap dan sama dengan tabika kemas di seluruh malaysia.Selain itu,Prasekolah kementerian pelajar merupakan tabika yang berhampiran dengan sekolah jenis kebangsaan.Bangunan prasekolah juga disediakan oleh kementerian pelajaran dan dibawa pengawasan kementerian pelajaran.
Manakala pendidikan permata pula merupakan pusat didikan bagi kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan empat tahun ke bawa.Permata ditubuhkan khas oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.Ia bertujuan untuk menjaga proses perkembangan kanak-kanak kerana pada tahap umur ini memerlukan perhatian sepenuhnya sebagai latihan nasional yang bersepadu untuk melahirkan modal insan.Selain itu, tabika swasta pula mempunyai persamaan dengan pusat pendidikan kindergarten dari segi cara penubuhan berdaftar.Namun dari segi objektif, visi, misi dan sistem kurikulum yang berbeza-beza.
Sebelum ini, pendidikan berkembang bermula daripada Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”.
Hasil daripada hubungannya yang rapat dengan Heinrich Pestalozzi dan bacaan hasil-hasil kerja Rousseau, Friendrich Froebel telah menbuka sebuah sekolah yang dikenali sebagai taman kanak-kanak untuk membentuk kurikulum dan kaedah pengajaran kanak-kanak.Beliau telah mengasaskan sekolah kanak-kanak ini pada tahun 1837.Sekolah ini dinamakan Kindergarten.Kinder bermaksud kanak-kanak dan garten bermaksud taman garden of children.Friedrich Froebel digelar sebagai “father of the kindergarten”.
Definisi Pusat Pendidikan Kindergarten
Kindergarten yang lebih dikenali sebagi Tadika iaitu Taman Didikan Kanak-Kanak Swasta.Kindergarten merupakan tadika swasta yang berhampiran dengan tadika kerajaan.Kewujudan institusi Kindergarten di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun berikutan bertambahnya bilangan kanak-kanak di Malaysia.Akta pendidikan 1961 mendefinisikan pengurusan Tadika sebagai, “mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari empat orang kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun bagi tujuan menerima pendidikan dengan upah."
Matlamat utama pendidikan di peringkat kindergarten ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun.Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal.Takrif kindergarten tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961.Walau bagaimanapun pengurusan kindergarten boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.
Seterusnya, peluang pendidikan kindergarten in diberi kepada semua anak-anak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka.Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.
Program pendidikan kindergarten hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik,meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum.Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
photo:contoh Kindergarten |
photo: contohnyaa.. |
Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an. Pada pendidikan awal kanak-kanak telah didorong oleh sistem pendidikan British dan ianya hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja kerana pendidikan jenis ini memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya. Dari tahun 1950 hingga 1960, tadika di Malaysia telah dibuka oleh sosialis kristian sebagai sebahagian aktiviti gereja. Hampir kesemua tadika dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibubapa yang mampu membayar yuran. Kesannya, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Malangnya, ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika.
Sekitar tahun 1960-an pula, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula meningkat. Satu revolusi telah berlaku pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada Worker Society of Malaysia untuk membangunkan institusi model TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek di Amerika Syarikat. Sasaran utama projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Mereka dipilih daripada Kampung Muniandy, Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor. Satu kajian telah diambil di Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam projek ini telah mencapai prestasi yang baik dari segi akademik dan tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak terlibat dalam projek ini (Bernard Van Lee 2009).
Pada tahun 1970, melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun.
Pada tahun 1972 pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah Asuhan)(Pendaftaran). Berdasarkan laporan daripada kajian Keciciran 1973 (Ee Ah Meng 1988) terdapat kesan yang positif di kalangan kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal di peringkat prasekolah. Sebanyak 90 % daripada kanak-kanak yang mendapat pendidikan di peringkat ini diletakkan di dalam kelas pertama apabila mereka memasuki sekolah rendah (Ee Ah Meng 1998).
Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009). Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, sekitar tahun 1972 sehingga 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009).
Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun. Hal yang demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut.
Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Buku ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Ia juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan pembelajaran prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan.
Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak.
Shallom...malam ni saya nak sharing Firman Tuhan ya..
"2 Korintus 2:5-10"
Tetapi jika ada orang yang menyebabkan kesedihan, maka bukan hatiku yang disedihkannya, melainkan hati kamu sekalian atau sekurang-kurangnya supaya jangan aku melebih-lebihkan hati beberapa orang diantara kamu.Bagi orang yang demikian sudahlah cukup teguran dari sebagian beasr dari kamu, sehingga kamu sebaliknya harus mengampuni dan menghiburkan dia, supaya jangan ia binasa oleh kesedihan yang terlalu berat.Sebab itu Aku nasihatkan kamu supaya sungguh-sungguh mengasihi dia. Sebab justeru itulah maksudnya aku menulis surat kepada kamu iaitu untuk menguji kamu, apakah kamu taat dalam segala sesuatu.Sebab barang siapa yang kamu ampuni kesalahannya, aku mengampuninya juga.Sebab jika aku mengampuni seandainya ada yang harus kuampuni maka hal itu kubuat oleh kerana kamu dihadapan Kristus.
Thanks Lord, kekecewaan yang kita dapat daripada sesorang memang tidak dinafikan untuk kita sulit memaafkanya...yaa benar!! saya juga permulaanya tu sangat susah untuk mengampuni sesorang. Namun kerana kasih Tuhan telah menyelamatkan saya.Sebesar mana pun dosa kita, BAPA kita disyura masih bisa mengampuni kitaa....kenpa pulak kita tidak boleh???Mengampuni bukan satu pilihan tetapi kemestian!sangat bersyukur sebab sebesar mana kekecewaan sesorang yang diberikan kepada kita, kerana kasih Tuhan kita dapat mengampuni, kerna Tuhan telah mengampuni kita juga.........Bukan itu saja, marilah kita berhati-hati, berjaga-jaga dengan perlakuan tingkah laku, perkatan yang keluar dari mulut kita........kita xakan tahu itu akan menyakitkan hati orang....
Marilah kita maafkan orang-orang telah menyakitkan hati kita, walaupun ia sekecil mana pun..ampunilah......biarlah kasih itu ada pada diri kita.Amen!!!