Trip to Sabah Tea, Ranau Malaysia : 18 February 2017
Feeling mau travel saja tapi masa tidak mengizinkan. Sebenarnya sudah lama plan mau pergi
Sabah Tea tapi masa tidak mengizinkan. Kami datang disebelah petang.
Sabah Tea terletak jauh sedikit dari Pekan Ranau. Perjalanan
ambil masa dalam 25-30 minit. Jalanraya okay, kereta kecil boleh lalu sana. So,
kereta kecil molek jangan risau boleh masuk juga tu. Saya and my cousin pakai
baju sejuk ok, kami ingatkan disana itu sejuk macam di kundasang rupanya panas.
Hahaha
Tempat dia cantik sesuai sangat untuk nature lover, hijau
gituuu..sunyi dan menyenangkan.. Ada tempat makan, rumah panjang, resort, kedai
tempat borong tea ada jua dan tempat memproses tea tapi kami sempat makan di
restoren dan berjalan kaki di kawasan ladang tea. Makanan agak mahal juga, kira
standard gitu. Aiskrim dia sedap gilaa. Datang sana jangan lupa makan aiskrim
dia tu. Sedap ! Menghabiskan masa berjalan kaki meninjau ladang tea dan makan.
Timbul semula perasaan mahu menulis dalam blog.
Trip to Pulau Manukan, Sabah : 24 April 2017
Seriously, unplan bha datang sini.
Yalah sebab home test saya buat pembetulan untuk subjek lain dan home test
untuk subjek Public Policy kena hantar by petang ahad tu juga tapi saya dapat
soalan masa class mandarin. Habis class mandarin jam 11.30 rushing balik rumah buat home test itu. Saya tidak siap sampai jam 2.30 sebab otak saya sedang mati.haha. Class jam 2.15 tpi saya keluar rumah jam 2.30. Hahaha broke betul syukur sir kata boleh hantar until friday tapi sy kena hantar juga by monday sebab outstation. Feeling macam tidak mau pegi class saja.. Oh my goshh seriously hidup terkejar kejar. 4 hari saya tidak dapat melelapkan mata. Aigooo. Broken
amat. Jadi class weekend tu saya memang tidak focus, hati ditahan saja menitis
airmata. Sakit bah pula. Harapan untuk sem ini semua dapat A tapi sampai
sekarang hati masih broken, my anxiety and depression pun menjadi jadi naaaa
harapanku boleh pass this sem. Tidak mau repeat!!!! Hidup perlu diteruskan walaupun sukar.
Opss kembali ke pulau manukan. Okay memang tidak plan pergi
pulau sebab saya siap home test jam 11 pagi itu pun airmata tetiba menitis
juga. Yalah siapa tidak sedih. Mm Okay lepas tu tetiba hati mau jalan pula.
Lagipun saya betul betul penat tidak dapat tidur, jadi kena penatkan diri
supaya boleh tidur. Saya bersiap mandi, packing barang kemudian ambil minyak,
pergi ke office hantar jawapan test kemudian ke Jesselton Ferry Terimal. Park
kereta kemudian cari ticket boat. Okay, Kaunter 1 habis ticket then mereka
suggest pergi kaunter 10. Deal deal then ok dapat ticket. Tidak dapat tempeh apa
apa aktiviti sebab laa kalau naik banana boat mesti kena ada 4 orang. Saya
pergi dengan adik sepupu. Fish boat pula 2 pax tapi mereka tidak buat fish boat
masa tu. Kalau mahu cuba aktiviti tu kena dating awal pagi. Parasailing pula tidak boleh mesti kena 2 pax. Kazen saya tu takut tinggi tak jadi, lagipula parasailing tu pagi saja. Ahaa ok tak pa next
time. Boat kami pada jam 1.35PM.
Here we go..
Oh my gosh, I’m so excited. Yalah first time naik boat.
Feeling takut sikit ja..
Sampai pulau jam 2, wow banyaknya orang masa tu. Kami blur
mencari tandas. Then saya pergilah cari tandas. Masa perjalanan cari tempat
kita orang jumpa 2 orang lelaki ini. Dealing utk life jaket and alat snorkelling
tu. So kami dapat harga 10 ringgit saja sebetulnya 20 ringgit. Masa dihabis
sepenuhnya snorkelling di pulau. Saya main hantam saja snorkelling syukur kaki
tidak kena landak laut tu, kalau terpijak lagi sebulan ye mau sembuh. Dalah
hati tengah sakit tidak pasal pasal fizikal pun sakit. Opss dala fizikal pun
tengah sakit. Hahaha
Sedih sangat sangat sebab, cover waterproof tu tidak sempat
beli. Saya snorkelling dengan seorang life guard sana. Diajar guna alat itu dan
mereka explain lah jangan pijak pasir sebab nanti terkena landak laut, obor
obor tu. Best gila. Cantik ja coral di pulau manukan. Saya jumpa macam macam
jenis ikan, ada nemo oren ye…omjj cantik sangat sangat. Saya berkesempatan
snorkelling di taman marin. Taman marin itu hidupan laut masih dijaga dan
sangat cantic berbanding dengan pulau manukan.
Balik dari pulau jam 4.45 then singgah makan ABC di Jesselton. Balik rumah ambil barang-barang then balik ranau malam itu. Lapar pulaaa sebab belum makan pula dari pagi. Broken kan mana ingat mau makan. Hahaha Then, singgah di Berungis Cafe makan Nasi goreng Tom Yam. Tempat makan ini jadi fav kami dulu. Mmm mengimbas kembali memory bersama..choii haha. Sampai ranau jam 11 malam dan finally tidur juga saya. Okay baii..
..Maaf kamera lagi rosak. Quality gambar agak ke laut.
#inourmemory
RIP AARON PHILIP PAGAG
5 JANUARY 2016
5 JANUARY 2016
Kemarin semua gembira dengan berita sahabat kami Oja aka Teacher Oza di lawat oleh Pegawai Pendidikan Daerah KB dan mendapat peratus Tadika yang sangat ditinggi pada first day persekolahan.
Hari ini bangun dengan dikejutkan berita seorang sahabat kami telah meninggalkan kami semua melalui group Whatsapp. Lepas itu, saya buka facebook nampak lagi post dari Berita Sarawak. Macam tidak percaya. Saya call Siro. Sepanjang perbualan " speechless" hanya mampu cakap sabar ar fenuk, sabar. " Berat mata memandang berat lagi bahu memikul " Kalau saya ada disana saya betul betul mau peluk c fenuk.
Saya memang tidak dapat bayangkan macam nah keadaan family aaron & keadaan fenuk. Sedangkan kami yang kawan-kawan dia susah mau terima kenyataan apalagi dorg.
Ehh macam saya tidak percaya dan susah terima itu kenyataan. Sorry ayat tidak tersusun sudah.
Semalam baru saya tengok gambar gambar di sib pd.
Sebelum ini saya hanya melihat banyak kemalangan jalan-raya berlaku di viralkan di media masa. Tidak sangka pula kali ini dikejutan dengan kemalangan sahabat kami sendiri.Saya betul-betul tidak sanggup tengok itu gambar kemalangan. Airmata menitis tanpa disedari. Sedihhhh..
Untuk kawan-kawan di sib port dickson & my big family sib pd, saya sangat sangat mengasihi anda. Tidak sangka kita sudah kehilangan seorang kawan.
Sumber gambar : Page " Kamek Miak Sarawak"
Beberapa tahun yang lepas kami melayani di tempat yang sama, di SIB Port Dickson.
Dia seorang pemain Bass yang handal !
Sudah lama tidak contact selepas tamat pengajian.
Banyak kenangan sama-sama di Port Dickson.
Teringat masa jamming, dia main bass & kami menyanyi. Ingat lagi first time datang PD kami nyanyi tidak masuk kod, ko sama bro joseph ketawa berhabis.ehhh
Teringat masa sharing sebelum latihan dia pernah cakap nanti buat jadual supaya bukan muka saya saja didepan setiap hari ahad
Teringat masa aaron & katam berhabis main muzik dan menyanyi di church. Saya ada rakam tapi nda dapat cari sudah.
Teringat masa dia ajar saya pasal photography. Katanya yang paling penting jangan malu & mesti confident. Saya ingat lagi itu 3 kali ambil gambar yang sama dengan zoom yg berbeza. Itu kerusi & tuala yang jadi objek.
Teringat lagi saya ambil gambar dia sama c siro masa makan amal.
Aduuu.. Saya ingat semua momet masa rehearsal untuk ibadah ahad.
Tidak sangka yang paling adik pula balik syurga dulu dari ini kakak-kakak dan abang-abang.
God loves you more ! We will never forget you !
Tuhan pasti memberikan penghiburan kepada keluarga terutama Parentsnya dan Siro. Terus Kuat ya !
Kami RAKAN-RAKAN & Big Family SIB Port Dickson merasa sangat kehilangan anda.
Jesus loves you Aaron ! We love you !
Kita pasti akan berjumpa nanti di syurga. Itu pasti !
Terima Kasih Aaron.
Plan membawa kawan-kawan lain datang lawas tapi tidak jadi sebab saya dengan ares saja dapat. Tidak apa nanti kami datang ramai-ramai melawat grave.
Saya mengasihi semua sahabat saya.