" Ibu berkerjaya dan bergaji tinggi, anak terabai"
Sejauh manakah ada setuju dengan penyataan ini?
Situasi :
S bukan nama sebenar sedang practicum dekat sebuah tadika sekitar Port Dickson. Seorang pelajar yang selalu balik dari sekolah berjalan kaki. Kecian pula, suatu hari to pernah hantar student to balik rumah. Tak la jauh sangat dari tempat tinggal so xpe la kita hantar. Rumahnya perggh banglo besar. Seriously, seram pula masa tu. Suram pun ya juga. Kcian pula dekat budak too. Tak tau nak cakap apa. Nak cakap apa pun susah cause kita tak tau masalah mereka sebenar kan.
Ibu berkerjaya anak terabai. But its depand on situation. Sepatutnya ibu berkerjaya anak mendapat yang terbaik berbanding dengan ibu yang berkerjaya. Ibu suri rumah penuh pun susah juga cause semua benda dia buat. Tak bagi budak buat. Means anak tak boleh berdikari. Aduh payahnya jadi ibu. Tapi semua tu bergantung dengan cara ibu mengasuh anak. Ibu berkerjaya or tak kalau pandai mengurus rumah tangga anak tak akan terabai or terlebih kasih sayang. But satu perkara yang penting. Ia bermula sejauh mana ibu menyayangi anaknya. Manalah ada mak yang tak sayang anaknya. Tapi kenapa masih berlaku pengabaian? Terlalu mengejar wang sehingga mengabaikan anak itu salah. Apa gunanya duit berjuta juta kalau anak tak terurus?
Tepuk dada tanya selera.
So, bagi ibubapa yang diluar sana lebih lebih lagi ibubapa yang masih mudah. Im not mom but this is my short sharing. What I share is what I seen. This is simple parenting tips.
1. Love your children as you care your eyes.
- Bila kita bagi kasih sayang yang penuh tak mungkin pengabaian anak berlaku. Anak juga terurus. Kalau yang berkerjaya. Pastikan ada orang yang ambil anak dari tadika setiap hari. Kalau tak hantar je dekat tadika swasta yang menawarkan taska sebelah petang.
- Bila da love anak tu, secara automaticly boleh prepare keperluan sekolah anak.
2. Spend your time with children.
- Cari waktu bersama dengan anak anda. Tak kira anda sibuk macam nah pun curi waktu yang ada. Kecemerlangan anak bergantung kepada cara ibubapa mengasuh dari kecil. Contohnya.
a. Masa makan malam dekat rumah. Ibu kena masak dan bawa anak sekali berbual masa prepare makanan.
b. Masa anda tengok tv tukar dengan berbual dengan anak. Tanya macam nah dekat sekolah.
"DO THE BEST FOR YOUR CHILDREN"
Sejauh manakah ada setuju dengan penyataan ini?
Situasi :
S bukan nama sebenar sedang practicum dekat sebuah tadika sekitar Port Dickson. Seorang pelajar yang selalu balik dari sekolah berjalan kaki. Kecian pula, suatu hari to pernah hantar student to balik rumah. Tak la jauh sangat dari tempat tinggal so xpe la kita hantar. Rumahnya perggh banglo besar. Seriously, seram pula masa tu. Suram pun ya juga. Kcian pula dekat budak too. Tak tau nak cakap apa. Nak cakap apa pun susah cause kita tak tau masalah mereka sebenar kan.
Ibu berkerjaya anak terabai. But its depand on situation. Sepatutnya ibu berkerjaya anak mendapat yang terbaik berbanding dengan ibu yang berkerjaya. Ibu suri rumah penuh pun susah juga cause semua benda dia buat. Tak bagi budak buat. Means anak tak boleh berdikari. Aduh payahnya jadi ibu. Tapi semua tu bergantung dengan cara ibu mengasuh anak. Ibu berkerjaya or tak kalau pandai mengurus rumah tangga anak tak akan terabai or terlebih kasih sayang. But satu perkara yang penting. Ia bermula sejauh mana ibu menyayangi anaknya. Manalah ada mak yang tak sayang anaknya. Tapi kenapa masih berlaku pengabaian? Terlalu mengejar wang sehingga mengabaikan anak itu salah. Apa gunanya duit berjuta juta kalau anak tak terurus?
Tepuk dada tanya selera.
So, bagi ibubapa yang diluar sana lebih lebih lagi ibubapa yang masih mudah. Im not mom but this is my short sharing. What I share is what I seen. This is simple parenting tips.
1. Love your children as you care your eyes.
- Bila kita bagi kasih sayang yang penuh tak mungkin pengabaian anak berlaku. Anak juga terurus. Kalau yang berkerjaya. Pastikan ada orang yang ambil anak dari tadika setiap hari. Kalau tak hantar je dekat tadika swasta yang menawarkan taska sebelah petang.
- Bila da love anak tu, secara automaticly boleh prepare keperluan sekolah anak.
2. Spend your time with children.
- Cari waktu bersama dengan anak anda. Tak kira anda sibuk macam nah pun curi waktu yang ada. Kecemerlangan anak bergantung kepada cara ibubapa mengasuh dari kecil. Contohnya.
a. Masa makan malam dekat rumah. Ibu kena masak dan bawa anak sekali berbual masa prepare makanan.
b. Masa anda tengok tv tukar dengan berbual dengan anak. Tanya macam nah dekat sekolah.
"DO THE BEST FOR YOUR CHILDREN"
1.0 Pengenalan
“ Taare Zameen Par ” (2007) merupakan drama
Bollywood yang dibintangi oleh Darsheel Safary dan Aamir Khan. Drama ini di bawah
arahan Aamir Khan dan diterbitkan oleh Aamir Khan Proudction pada tahun 2007.
Ia mengisahkan seorang kanak-kanak yang
bernama Ishaan Awasthi. Menurut terjemaah dalam Bahasa Inggeris, “ Taare Zameen
Par ” bermaksud “ Stars On Earth ”. Ishaan berumur lapan tahun yang di anggap
sebagai seorang yang pemalas dan selalu melakukan kesalahan. Oleh kerana,
Ishaan kurang pandai, Ishaan tidak naik kelas selama dua tahun. Ishaan berbeza
dari rakan-rakannya. Oleh kerana tidak ada perubahan kemajuan yang ditonjolkan
oleh Ishaan, pihak pentadbiran sekolah telah mengeluarkan Ishaan dari sekolah.
Apabila Ishaan di pindahkan di sekolah berasrama, Ishaan bertemu dengan seorang
guru seni yang mempunyai cara pembelajaran yang berbeza dengan guru yang lain.
Guru tersebut berusaha mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Ishaan.
Akhirnya, Ishaan didapati menghidapi Disleksia dan berusaha untuk membantunya.
“ All child is special ” . Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Jelaslah bahawa perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak adalah berbeza dari segi pelbagai aspek. Kadangkala perkembangan
dan pertumbuhan itu sering kali dikaitkan dengan faktor genetik iaitu baka dan
persekitaran. Ishaan dan abangnya bagai bumi dan langit. Ishaan seorang anak
yang tidak tahu membaca dan menulis serta tidak dapat menyelesaikan masalah
matematik yang mudah manakala abangnya seorang yang pandai. Walaubagaimanapun
Ishaan seorang yang baik dalam menyusun barang dan lukisan. Ishaan hidup di
dalam dunianya sendiri. Seterusnya gemar bermain sendiri, mudah tersenyum,
kerap menangis ketika memohon sesuatu.
Disleksia sebagai suatu masalah kognitif (Thomson
1984 dlm Sheila Devaraj & Samsilah Roslan 2006). Menurut Azizi Azja’t
(2009), Disleksia boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu Disleksia Visual
(Penglihatan), Diseleksia Auditori (Pendengaran) dan Disleksia Visual-Auditori
(Penglihatan dan Pendengaran). Menurut Mazira Mohamad Ghazali (2011), Disleksia
dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses, di mana cara penghidap
disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Didalam kelas, guru
terpaksa mengulang beberapa kali kata perintah sehinggalah Ishaan melakukan
kata perintah tersebut. Bagi Ishaan, apabila diminta membaca penyataan, perkataan
itu menari-nari di atas kertas menyebabkan Ishaan sukar untuk membaca.
2.0 Kebaikan Cerita
Terdapat beberapa manfaat daripada drama ini terutama
kepada golongan ibu bapa , guru dan masyarakat. Hal ini disebabkan bahawa drama
ini banyak menerapkan ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah Disleksia
Visual-Auditori. Kini ramai ibu bapa yang cuai akan tanggungjawabnya menjaga
dan menenuhi keperluaan kanak-kanak. Hal ini wujud akibat daripada kesibukan
yang menghimpit menyebabkan kurangnya perhatian dan sikap ingin tahu mengenai
tahap perkembangan dan pertumbuhan anak-anaknya. Akibatnya, kanak-kanak yang
mengalami masalah membaca dan menulis terbiar begitu sahaja sehingga menerima
kesan dari segi psikologi dan emosi merumitkan keadaannya. Oleh itu, manfaat
drama ini adalah memperingati ibu bapa supaya sentiasa peka terhadap masalah
yang dihadapi anak-anaknya serta sentiasa tabah dan tidak mudah putus asa
sekiranya mendapati bahawa anak-anaknya tergolong dalam kategori mempunyai masalah
pembelajaran. Keluarga Ishaan sangat menyayangi Ishaan. Ayah Ishaan seorang
yang perhatin dan bertanggungjawab. Apabila Ishaan dikeluarkan di sekolah,
ayahnya mengambil inisiatif untuk menghantar Ishaan ke sekolah berasrama dengan
harapan Ishaan di beri perhatian lebih oleh guru dan mengajar Ishaan untuk
berdikari.
Terdapat beberapa punca Disleksia antaranya
adalah cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan normal, disebabkan oleh
genetik dan keturunan, faktor biologi dan kelewatan kematangan. Kebanyakkan
kanak-kanak lelaki lambat matang berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Oleh
itu, apabila ibu bapa mendapati bahawa anaknya mengalami masalah Disleksia, ibu
bapa tidak perlu menuduh diri dan saling mempersalahkan satu sama yang lain.
Jelas mengatakan ia berlaku disebabkan beberapa faktor yang telah dinyatakan. Di
samping itu, kelebihan cerita ini mampu mengubah persepsi pelbagai lapisan
golongan persekitaran terhadap kanak-kanak disleksia dengan memberikan sokongan
positif serta kesedaran untuk lebih menghargai golongan ini bagi memulihkan
keyakinan diri kanak-kanak serta mengelakkan tekanan terhadap emosi golongan
ini. Seterusnya kelebihan drama ini memberikan manfaat kepada semua pihak
supaya memahami bahawa setiap kanak-kanak itu berbeza dan mempunyai kelebihan
dan kekurangan tersendiri. Ibubapa haruslah bersikap terbuka, saling menerima
dan saling berkongsi maklumat mengenai masalah yang dihadapi. Sikap tolak ansur
yang ditonjolkan oleh ayah Ishaan terhadap ibu Ishaan dapat memotivasikan ibu
Ishaan supaya tidak menyalahkan dirinya yang gagal untuk mendidik dan menjaga
Ishaan.
Selain itu, kelebihan drama ini memaparkan
beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran yang perlu
dibantu dan perhatian lebih dari pada guru dan ibu bapa. Masalah utama yang
dihadapi oleh Ishaan terhadap pembelajaran adalah kelemahan mengeja serta
kesukaran membaca, menulis, bercakap dan mendengar, nombor, masalah fizikal,
pengurusan diri dan sosial. Contohnya, apabila kanak-kanak keliru dengan huruf
“b” dan “d”. Kadangkala, mengeja dengan tidak konsisten, sering menambah dan meninggalkan
huruf pangkal dan hujung perkataan serta masalah dalam susunan huruf. Selain
itu, menulis perkataan dengan terbalik atau salah. Contohnya “top” dan “pot”.
Selain daripada itu, daya ingatan lemah, lemah dalam penyelesaian matematik dan
keliru terhadap simbol dan tanda. Selain itu, Ishaan turut mengalami kesukaran
dalam pengurusan diri dimana pakaian sentiasa tidak kemas dan tidak pandai
membutangkan baju serta mengikat tali kasut. Walaupun demikian, kanak-kanak
yang tergolong dalam Disleksia boleh diajar dan boleh mendapat manfaat
pendidikan formal. Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat (Bold
2000 dlm Jurnal Pendidikan 30 (2005) 3-19)
Sebagai seorang guru yang berdedikasi adalah
guru yang sentiasa peka serta mencari pendekatan yang lebih berkesan dan
mengunakan pelbagai strategi yang efektif untuk membantu kesulitan yang
dihadapi oleh murid. Manfaat drama ini adalah terdapat guru yang terlatih
dengan pendidikan khas akan melakukan yang terbaik serta berusaha
bersungguh-sungguh untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan bantuan bagi mengatasi
dan merawat masalah yang dihadapi. Drama ini memaparkan guru seni yang
bertanggungjawab dan baik hati telah menemui ibu bapanya, mengumpul semua hasil
kerja dan buku kerja Ishaan sebagai rujukan untuk membantu guru membuat
tindakan seterusnya. Terdapat pelbagai langkah pembelajaran yang bermakna dan menyeronokan telah
diambil oleh guru tersebut iaitu memulihkan kecelaruan pandangan dan
penglihatan serta membina semula tahap keyakinan diri dan emosi Ishaan yang
terganggu. Antaranya adalah seperti mengunakan pendekatan menulis di atas
pasir, menulis di atas awan, membentuk huruf abjad dengan mengunakan tanah
liat, mendengar sebutan yang betul melalui kaset, pengunaan tangga bagi menyelesaikan
masalah mudah matematik.
3.0 Keburukan Cerita
Merujuk kepada drama ini, terdapat beberapa
kelemahan yang boleh didapati antaranya ialah dari segi pentadbiran sekolah
Ishaan. Ishaan telah bersekolah selama dua tahun namun tidak ada sebarang tindakan
yang diambil bagi memastikan terjadi sesuatu perubahan kepada rekod
kemajuaannya. Malahan hampir memasuki tahun yang ke tiga Ishaan masih tidak
boleh membaca dan menulis. Sekiranya pentadbiran sekolah yang efektif, pentadbiran
boleh melaksanakan pendidikan khas masalah pembelajaran ataupun memberikan
perhatian yang lebih kepada pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran.
Contohnya, apabila guru melaporkan masalah Ishaan kepada Guru Besar secara
bertubi-tubi menyebabkan Guru Besar hilang tumpuan dan tidak lagi memberi
dorongan kepada guru untuk mengajar Ishaan. Malahan, mengambil keputusaan untuk
mengeluarkan Ishaan dari sekolah tersebut bagi mengelakkan Ishaan menganggu
masa pembelajaran rakan-rakannya. Tambahan pula, kelemahan Guru Besar tidak mengambil
alternatif lain untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para guru
untuk berkursus bagi meningkatkan tahap kebolehan pelbagai serta memantapkan
pendekatan yang optimis kepada murid-murid.
Seterusnya, kelemahan dari segi pendidikan
sekolah biasa tidak ada guru yang terlatih terhadap kanak-kanak yang mengalami
masalah pembelajaran menyebabkan mereka lebih memberi anggapan negatif terhadap
Ishaan iaitu kurang mengambil perhatian semasa berada di dalam kelas, sering
mengelamun dan menganggu rakan-rakannya semasa berada di dalam kelas. Selain
daripada itu, guru sering memarahi dan menyuruh Ishaan keluar dari kelas pada
waktu pembelajaran memberikan kesan terhadap psikologi dan emosi Ishaan. Hal
ini menyebabkan keadaan Ishaan semakin memudaratkan sekiranya tidak dirawat
pada waktu usia muda. Ishaan tidak gemar datang ke sekolah kerana Ishaan selalu
dimarahi oleh gurunya dan sering diejek oleh rakan-rakannya. Suatu ketika Ishaan
nekad untuk tidak hadir ke sekolah dan keluar bersendiri di jalan-jalan
mengikut dunianya sendiri. Risiko kemalangan sangat tinggi seorang kanak-kanak
berjalan sendirian di jalanan. Sekiranya sesuatu perkara yang buruk berlaku
terhadap Ishaan akan wujud masalah dan persoalan di kalangan ibubapa atau guru
yang dipersalahkan.
Seterusnya, kelemahan drama ini adalah
memaparkan isu penderaan emosi dan penderaan fizikal terhadap golongan Disleksia.
Penderaan ini dilakukan oleh para guru, ayah, rakan-rakan dan jiran Ishaan. Penderaan
emosi merupakan gangguan psikologi terutama daripada segi mental dan emosi sama
ada didera dan dianiayai oleh ahli keluarga yang terlibat. Menurut “ Akta
kanak-kanak “ apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang
menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi
kanak-kanak seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan,
penyendirian dan perkembangan lambat. Terdapat tanda-tanda Ishaan mengalami
penderaan emosi iaitu sikap tidak peduli apabila keluarganya datang melawatnya.
Selain itu, kemurungan, makan tidak menentu dan kurang penumpuan Ishaan
terhadap pembelajaran. Oleh itu, akibat penderaan emosi Ishaan mengalami
kekacauan perlakuan yang serius, kekacauan koginitif dan gangguan emosi. Perubahan
Ishaan semakin mendadak negatif sehingga dia tidak mahu lagi belajar dan
melukis. Menurut “ Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991”, kecederaan dari segi
fizikal jika kecederaan dapat dilihat pada tubuh kanak-kanak. Di sekolah,
Ishaan dipukul oleh guru dengan mengunakan pembaris kayu dan ayahnya kerap
melakukan cubaan memukul Ishaan. Terdapat kesan pukulan pada tubuh Ishaan dalam
drama ini.
4.0 Penambahbaikan dan Cadangan Cerita
Terdapat beberapa penambahbaikan serta cadangan
untuk memantapkan drama ini antaranya adalah sikap ibu bapa sendiri perlu
menyedari dan mengambil tahu mengenai masalah yang dihadapi oleh Ishaan. Ibubapa
harus peka terhadap tingkah laku serta ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Ishaan. Ishaan
gemar bermain sendiri di dunianya sendiri dan sukar memahami perkataan. Oleh
itu, ibu bapa perlu peka terhadap bagaimana cara anak-anak berinteraksi dengan
persekitarannya. Di samping itu, ibu bapa haruslah kerap bertanya kepada pihak
sekolah untuk mengetahui tahap perkembangan anaknya dari masa ke semasa bagi
memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan dengan baik. Bukan itu sahaja,
memupuk sikap positif yang saling berkerjasama dengan guru untuk menangani
masalah yang dihadapi oleh anaknya.
Alangkah baiknya, ayahnya tidak bersikap panas
baran dan tidak memukul anaknya sebagai cara untuk menyelesaikan masalah. Hal
itu sama sekali tidak mampu mengubah tingkah laku Ishaan tetapi ia akan
mengakibatkan berlakunya tekanan emosi sehingga Ishaan merasa dirinya dibuang
dan berputus asa. Setiap tingkah laku yang ditonjolkan oleh kanak-kanak itu
mempunyai sebab tersendiri. Elakkan daripada mengunakan kata-kata kasar apabila
memarahi anak-anak. Lebih-lebih lagi jangan pernah mengatakan perkataan yang
tidak baik seperti perkataan “bodoh”. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut
ibubapa merupakan doa kepada anak-anaknya. Kata-kata yang tidak baik akan memberikan
kesan terhadap psikologi Ishaan. Oleh itu, dalam mendidik anak-anak perlu
berhati-hati mengunakan perkataan yang positif untuk memberangsangkan anak-anak
beremosi gembira dan rasa dihargai mampu meningkatkan keyakinan diri
kanak-kanak.
Selain itu, sikap jiran haruslah sentiasa
bersabar terhadap tingkah laku Ishaan yang kurang menyenangkan. Seorang jiran
yang bertolerasi mampu berbincang dengan baik dan tenang mengenai anaknya
supaya tidak memberikan tekanan ayahnya bagi mengelakkan tempias kemarahaan
ekoran aduaan yang tidak baik sehingga menyebabkan ayahnya memukul Ishaan. Di samping
itu juga, jiran serta golongan masyarakat yang berada di persekitaranya sepatutnya
memberikan dorongan yang positif bagi membantu Ishaan. Seterusnya, Ishaan
perlukan seorang sahabat baik yang selalu memberikan pujian kepada Ishaan,
bahkan mempunyai komunikasi yang baik dalam kalangan mereka. Contohnya,
bertanya mengenai keadaan Ishaan “ Apa
yang boleh saya lakukan untuk lebih membantu awak? ”. Hal ini mampu
mengubah persepsi negatif seorang kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran dengan beranggapan bahawa dirinya dihargai oleh sekeliling.
Bukan itu sahaja, sikap ibubapa dan guru
perlulah berkerjasama dengan baik untuk kebaikan kanak-kanak. Ibubapa tidak
perlu memandang serong terhadap kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran
mereka masih lagi boleh mendapatkan pendidikan formal ataupun melalui program
pendidikan khas. Banyak perkara yang patut dan tidak patut dilakukan oleh
seorang guru apabila berhadapan dengan kanak-kanak. Guru sepatutnya tidak boleh
memalukan murid-murid yang lemah di hadapan
kelas. Pilihlah kata-kata yang bersesuaian untuk memperbetulkan jawaban
yang salah. Sekiranya ingin menghapuskan tingkah laku yang tidak baik dalam
diri murid-murid elakkan memukul murid-murid dengan mengunakan kayu ataupun
rotan. Menurut “Convention of Right of Children (CRC)” menetapkan penjagaan dan
perlindungan setiap individu di bawah umur 18 tahun. Kanak-kanak perlu dibelai
bukannya dipukul. Di samping itu juga, elakkan daripada menyekat murid-murid
mengeluarkan pendapatnya. Guru haruslah sabar serta mempunyai hati yang cekal
dan tidak mudah putus asa untuk berhadapan dengan murid-murid khususnya
kanak-kanak pendidikan khas. Hindarkan daripada melabelkan murid-murid didalam
kelas. Ia akan memberikan kesan negatif terhadap dalamannya.
5.0 Kesimpulan
Secara
kesimpulannya, drama ini banyak memberikan manfaat kepada pelbagai lapisan
masyarakat terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak yang tergolong dalam
kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Ia banyak menerapkan
nilai-nilai manusia yang mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap
kanak-kanak pendidikan khas. Terdapat ciri-ciri Disleksia yang diterapkan
sebagai satu asas pengetahuan yang perlu diketahui oleh ibu bapa dan masyarakat.
Di samping itu juga, memberikan kesedaran kepada pelbagai golongan masyarat
termasuklah guru-guru yang tidak mendapat kursus pendidikan khas memahami
bahawa setiap kanak-kanak menpunyai keistemewaan masing-masing. Selain itu,
kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran khusus perlu di kenalpasti pada
peringkat awal bagi mengelakkan masalah itu mempengaruhi pelbagai aspek yang
lain. Seterusnya, memberikan tanggapan positif kepada pelbagai golongan
masyarakat bahawa kanak-kanak disleksia boleh dirawat tetapi tidak boleh
disembuhkan. Hal ini menunjukan bahawa kanak-kanak ini masih boleh belajar dan
mampu berdikari sekiranya diberikan perhatian dan sokongan psikologi bagi
meningkatkan tahap konsep diri kanak-kanak.
Pada
waktu yang sama, profesion perguruan perlu memainkan peranan penting dalam
langkah asas pencegahan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak.
Tanggungjawab guru untuk mengenalpasti perkembangan potensi dan nilai murid
sangat penting untuk memastikan guru mampu melaksanakan tindakan susulan yang
bersesuaian untuk membantu murid yang memerlukan bantuan. Di samping itu, guru
sebagai agen penyampai maklumat kepada ibu bapa mengenai keperluan serta
masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Kini, ramai ibu bapa kurang mendapat
pengetahuan mengenali masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid. Oleh
itu, guru berperanan penting untuk mengenal pasti masalah pembelajaran
kanak-kanak dan menyampaikan maklumat tersebut kepada ibu bapa. Akhir sekali, pihak
kerajaan perlu mengadakan pelbagai inisiatif bagi melahirkan golongan guru yang bertauliah
dan efisen terhadap pendidikan khas di negara Malaysia untuk memantapkan
profesion sebagai seorang guru Pendidikan Khas.
6.0 Rujukan
Aamir Khan.Taare Zameen Par.2007.Mumbai:Aamir
Khan Production
Rohaty Mohd Majzub & Shafie Mohd. Nor.2005. Simptom Disleksia
Kanak-kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan 30 (2005) :17 http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_1.pdf [ 30 Disember 2013]
Saayah Abu. 2007.Menjadi Guru Tadika. http://books.google.com.my/books?id=sSj13W0ZyNoC&pg=PA20&dq=kanak-kanak+di+bawah+18+tahun&hl=en&sa=X&ei=HRfBUvqHGoyGrQensIDYDw&redir_esc=y#v=onepage&q=kanak-kanak%20di%20bawah%2018%20tahun&f=false[30
Disember 2013].
Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006.Apa
itu Disleksia? Panduan Ibubapa, Guru dan Kaunselor. http://books.google.co.id/books?id=EJSBdhyOJAIC&printsec=frontcover&hI=id#v=onepage&q&f=false [28 Disember 2013]