Taare Zameen Par (2007)

07:50

1.0 Pengenalan
“ Taare Zameen Par ” (2007) merupakan drama Bollywood yang dibintangi oleh Darsheel Safary dan Aamir Khan. Drama ini di bawah arahan Aamir Khan dan diterbitkan oleh Aamir Khan Proudction pada tahun 2007. Ia mengisahkan seorang kanak-kanak  yang bernama Ishaan Awasthi. Menurut terjemaah dalam Bahasa Inggeris, “ Taare Zameen Par ” bermaksud “ Stars On Earth ”. Ishaan berumur lapan tahun yang di anggap sebagai seorang yang pemalas dan selalu melakukan kesalahan. Oleh kerana, Ishaan kurang pandai, Ishaan tidak naik kelas selama dua tahun. Ishaan berbeza dari rakan-rakannya. Oleh kerana tidak ada perubahan kemajuan yang ditonjolkan oleh Ishaan, pihak pentadbiran sekolah telah mengeluarkan Ishaan dari sekolah. Apabila Ishaan di pindahkan di sekolah berasrama, Ishaan bertemu dengan seorang guru seni yang mempunyai cara pembelajaran yang berbeza dengan guru yang lain. Guru tersebut berusaha mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Ishaan. Akhirnya, Ishaan didapati menghidapi Disleksia dan berusaha untuk membantunya.
            “ All child is special ” . Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jelaslah bahawa perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak adalah berbeza dari segi pelbagai aspek. Kadangkala perkembangan dan pertumbuhan itu sering kali dikaitkan dengan faktor genetik iaitu baka dan persekitaran. Ishaan dan abangnya bagai bumi dan langit. Ishaan seorang anak yang tidak tahu membaca dan menulis serta tidak dapat menyelesaikan masalah matematik yang mudah manakala abangnya seorang yang pandai. Walaubagaimanapun Ishaan seorang yang baik dalam menyusun barang dan lukisan. Ishaan hidup di dalam dunianya sendiri. Seterusnya gemar bermain sendiri, mudah tersenyum, kerap menangis ketika memohon sesuatu.
Disleksia sebagai suatu masalah kognitif (Thomson 1984 dlm Sheila Devaraj & Samsilah Roslan 2006). Menurut Azizi Azja’t (2009), Disleksia boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu Disleksia Visual (Penglihatan), Diseleksia Auditori (Pendengaran) dan Disleksia Visual-Auditori (Penglihatan dan Pendengaran). Menurut Mazira Mohamad Ghazali (2011), Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses, di mana cara penghidap disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Didalam kelas, guru terpaksa mengulang beberapa kali kata perintah sehinggalah Ishaan melakukan kata perintah tersebut. Bagi Ishaan, apabila diminta membaca penyataan, perkataan itu menari-nari di atas kertas menyebabkan Ishaan sukar untuk membaca.




2.0 Kebaikan Cerita
Terdapat beberapa manfaat daripada drama ini terutama kepada golongan ibu bapa , guru dan masyarakat. Hal ini disebabkan bahawa drama ini banyak menerapkan ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah Disleksia Visual-Auditori. Kini ramai ibu bapa yang cuai akan tanggungjawabnya menjaga dan menenuhi keperluaan kanak-kanak. Hal ini wujud akibat daripada kesibukan yang menghimpit menyebabkan kurangnya perhatian dan sikap ingin tahu mengenai tahap perkembangan dan pertumbuhan anak-anaknya. Akibatnya, kanak-kanak yang mengalami masalah membaca dan menulis terbiar begitu sahaja sehingga menerima kesan dari segi psikologi dan emosi merumitkan keadaannya. Oleh itu, manfaat drama ini adalah memperingati ibu bapa supaya sentiasa peka terhadap masalah yang dihadapi anak-anaknya serta sentiasa tabah dan tidak mudah putus asa sekiranya mendapati bahawa anak-anaknya tergolong dalam kategori mempunyai masalah pembelajaran. Keluarga Ishaan sangat menyayangi Ishaan. Ayah Ishaan seorang yang perhatin dan bertanggungjawab. Apabila Ishaan dikeluarkan di sekolah, ayahnya mengambil inisiatif untuk menghantar Ishaan ke sekolah berasrama dengan harapan Ishaan di beri perhatian lebih oleh guru dan mengajar Ishaan untuk berdikari.
Terdapat beberapa punca Disleksia antaranya adalah cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan normal, disebabkan oleh genetik dan keturunan, faktor biologi dan kelewatan kematangan. Kebanyakkan kanak-kanak lelaki lambat matang berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Oleh itu, apabila ibu bapa mendapati bahawa anaknya mengalami masalah Disleksia, ibu bapa tidak perlu menuduh diri dan saling mempersalahkan satu sama yang lain. Jelas mengatakan ia berlaku disebabkan beberapa faktor yang telah dinyatakan. Di samping itu, kelebihan cerita ini mampu mengubah persepsi pelbagai lapisan golongan persekitaran terhadap kanak-kanak disleksia dengan memberikan sokongan positif serta kesedaran untuk lebih menghargai golongan ini bagi memulihkan keyakinan diri kanak-kanak serta mengelakkan tekanan terhadap emosi golongan ini. Seterusnya kelebihan drama ini memberikan manfaat kepada semua pihak supaya memahami bahawa setiap kanak-kanak itu berbeza dan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ibubapa haruslah bersikap terbuka, saling menerima dan saling berkongsi maklumat mengenai masalah yang dihadapi. Sikap tolak ansur yang ditonjolkan oleh ayah Ishaan terhadap ibu Ishaan dapat memotivasikan ibu Ishaan supaya tidak menyalahkan dirinya yang gagal untuk mendidik dan menjaga Ishaan.
Selain itu, kelebihan drama ini memaparkan beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran yang perlu dibantu dan perhatian lebih dari pada guru dan ibu bapa. Masalah utama yang dihadapi oleh Ishaan terhadap pembelajaran adalah kelemahan mengeja serta kesukaran membaca, menulis, bercakap dan mendengar, nombor, masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial. Contohnya, apabila kanak-kanak keliru dengan huruf “b” dan “d”. Kadangkala, mengeja dengan tidak konsisten, sering menambah dan meninggalkan huruf pangkal dan hujung perkataan serta masalah dalam susunan huruf. Selain itu, menulis perkataan dengan terbalik atau salah. Contohnya “top” dan “pot”. Selain daripada itu, daya ingatan lemah, lemah dalam penyelesaian matematik dan keliru terhadap simbol dan tanda. Selain itu, Ishaan turut mengalami kesukaran dalam pengurusan diri dimana pakaian sentiasa tidak kemas dan tidak pandai membutangkan baju serta mengikat tali kasut. Walaupun demikian, kanak-kanak yang tergolong dalam Disleksia boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat (Bold 2000 dlm Jurnal Pendidikan 30 (2005) 3-19)
Sebagai seorang guru yang berdedikasi adalah guru yang sentiasa peka serta mencari pendekatan yang lebih berkesan dan mengunakan pelbagai strategi yang efektif untuk membantu kesulitan yang dihadapi oleh murid. Manfaat drama ini adalah terdapat guru yang terlatih dengan pendidikan khas akan melakukan yang terbaik serta berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan bantuan bagi mengatasi dan merawat masalah yang dihadapi. Drama ini memaparkan guru seni yang bertanggungjawab dan baik hati telah menemui ibu bapanya, mengumpul semua hasil kerja dan buku kerja Ishaan sebagai rujukan untuk membantu guru membuat tindakan seterusnya. Terdapat pelbagai langkah  pembelajaran yang bermakna dan menyeronokan telah diambil oleh guru tersebut iaitu memulihkan kecelaruan pandangan dan penglihatan serta membina semula tahap keyakinan diri dan emosi Ishaan yang terganggu. Antaranya adalah seperti mengunakan pendekatan menulis di atas pasir, menulis di atas awan, membentuk huruf abjad dengan mengunakan tanah liat, mendengar sebutan yang betul melalui kaset, pengunaan tangga bagi menyelesaikan masalah mudah matematik.
3.0 Keburukan Cerita
Merujuk kepada drama ini, terdapat beberapa kelemahan yang boleh didapati antaranya ialah dari segi pentadbiran sekolah Ishaan. Ishaan telah bersekolah selama dua tahun namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil bagi memastikan terjadi sesuatu perubahan kepada rekod kemajuaannya. Malahan hampir memasuki tahun yang ke tiga Ishaan masih tidak boleh membaca dan menulis. Sekiranya pentadbiran sekolah yang efektif, pentadbiran boleh melaksanakan pendidikan khas masalah pembelajaran ataupun memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran. Contohnya, apabila guru melaporkan masalah Ishaan kepada Guru Besar secara bertubi-tubi menyebabkan Guru Besar hilang tumpuan dan tidak lagi memberi dorongan kepada guru untuk mengajar Ishaan. Malahan, mengambil keputusaan untuk mengeluarkan Ishaan dari sekolah tersebut bagi mengelakkan Ishaan menganggu masa pembelajaran rakan-rakannya. Tambahan pula, kelemahan Guru Besar tidak mengambil alternatif lain untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para guru untuk berkursus bagi meningkatkan tahap kebolehan pelbagai serta memantapkan pendekatan yang optimis kepada murid-murid.
Seterusnya, kelemahan dari segi pendidikan sekolah biasa tidak ada guru yang terlatih terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran menyebabkan mereka lebih memberi anggapan negatif terhadap Ishaan iaitu kurang mengambil perhatian semasa berada di dalam kelas, sering mengelamun dan menganggu rakan-rakannya semasa berada di dalam kelas. Selain daripada itu, guru sering memarahi dan menyuruh Ishaan keluar dari kelas pada waktu pembelajaran memberikan kesan terhadap psikologi dan emosi Ishaan. Hal ini menyebabkan keadaan Ishaan semakin memudaratkan sekiranya tidak dirawat pada waktu usia muda. Ishaan tidak gemar datang ke sekolah kerana Ishaan selalu dimarahi oleh gurunya dan sering diejek oleh rakan-rakannya. Suatu ketika Ishaan nekad untuk tidak hadir ke sekolah dan keluar bersendiri di jalan-jalan mengikut dunianya sendiri. Risiko kemalangan sangat tinggi seorang kanak-kanak berjalan sendirian di jalanan. Sekiranya sesuatu perkara yang buruk berlaku terhadap Ishaan akan wujud masalah dan persoalan di kalangan ibubapa atau guru yang dipersalahkan.
Seterusnya, kelemahan drama ini adalah memaparkan isu penderaan emosi dan penderaan fizikal terhadap golongan Disleksia. Penderaan ini dilakukan oleh para guru, ayah, rakan-rakan dan jiran Ishaan. Penderaan emosi merupakan gangguan psikologi terutama daripada segi mental dan emosi sama ada didera dan dianiayai oleh ahli keluarga yang terlibat. Menurut “ Akta kanak-kanak “ apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat. Terdapat tanda-tanda Ishaan mengalami penderaan emosi iaitu sikap tidak peduli apabila keluarganya datang melawatnya. Selain itu, kemurungan, makan tidak menentu dan kurang penumpuan Ishaan terhadap pembelajaran. Oleh itu, akibat penderaan emosi Ishaan mengalami kekacauan perlakuan yang serius, kekacauan koginitif dan gangguan emosi. Perubahan Ishaan semakin mendadak negatif sehingga dia tidak mahu lagi belajar dan melukis. Menurut “ Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991”, kecederaan dari segi fizikal jika kecederaan dapat dilihat pada tubuh kanak-kanak. Di sekolah, Ishaan dipukul oleh guru dengan mengunakan pembaris kayu dan ayahnya kerap melakukan cubaan memukul Ishaan. Terdapat kesan pukulan pada tubuh Ishaan dalam drama ini.
4.0 Penambahbaikan dan Cadangan Cerita
Terdapat beberapa penambahbaikan serta cadangan untuk memantapkan drama ini antaranya adalah sikap ibu bapa sendiri perlu menyedari dan mengambil tahu mengenai masalah yang dihadapi oleh Ishaan. Ibubapa harus peka terhadap tingkah laku serta ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Ishaan. Ishaan gemar bermain sendiri di dunianya sendiri dan sukar memahami perkataan. Oleh itu, ibu bapa perlu peka terhadap bagaimana cara anak-anak berinteraksi dengan persekitarannya. Di samping itu, ibu bapa haruslah kerap bertanya kepada pihak sekolah untuk mengetahui tahap perkembangan anaknya dari masa ke semasa bagi memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan dengan baik. Bukan itu sahaja, memupuk sikap positif yang saling berkerjasama dengan guru untuk menangani masalah yang dihadapi oleh anaknya.
Alangkah baiknya, ayahnya tidak bersikap panas baran dan tidak memukul anaknya sebagai cara untuk menyelesaikan masalah. Hal itu sama sekali tidak mampu mengubah tingkah laku Ishaan tetapi ia akan mengakibatkan berlakunya tekanan emosi sehingga Ishaan merasa dirinya dibuang dan berputus asa. Setiap tingkah laku yang ditonjolkan oleh kanak-kanak itu mempunyai sebab tersendiri. Elakkan daripada mengunakan kata-kata kasar apabila memarahi anak-anak. Lebih-lebih lagi jangan pernah mengatakan perkataan yang tidak baik seperti perkataan “bodoh”. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibubapa merupakan doa kepada anak-anaknya. Kata-kata yang tidak baik akan memberikan kesan terhadap psikologi Ishaan. Oleh itu, dalam mendidik anak-anak perlu berhati-hati mengunakan perkataan yang positif untuk memberangsangkan anak-anak beremosi gembira dan rasa dihargai mampu meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak.
Selain itu, sikap jiran haruslah sentiasa bersabar terhadap tingkah laku Ishaan yang kurang menyenangkan. Seorang jiran yang bertolerasi mampu berbincang dengan baik dan tenang mengenai anaknya supaya tidak memberikan tekanan ayahnya bagi mengelakkan tempias kemarahaan ekoran aduaan yang tidak baik sehingga menyebabkan ayahnya memukul Ishaan. Di samping itu juga, jiran serta golongan masyarakat yang berada di persekitaranya sepatutnya memberikan dorongan yang positif bagi membantu Ishaan. Seterusnya, Ishaan perlukan seorang sahabat baik yang selalu memberikan pujian kepada Ishaan, bahkan mempunyai komunikasi yang baik dalam kalangan mereka. Contohnya, bertanya mengenai keadaan Ishaan “ Apa yang boleh saya lakukan untuk lebih membantu awak? ”. Hal ini mampu mengubah persepsi negatif seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dengan beranggapan bahawa dirinya dihargai oleh sekeliling.
Bukan itu sahaja, sikap ibubapa dan guru perlulah berkerjasama dengan baik untuk kebaikan kanak-kanak. Ibubapa tidak perlu memandang serong terhadap kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran mereka masih lagi boleh mendapatkan pendidikan formal ataupun melalui program pendidikan khas. Banyak perkara yang patut dan tidak patut dilakukan oleh seorang guru apabila berhadapan dengan kanak-kanak. Guru sepatutnya tidak boleh memalukan murid-murid yang lemah di hadapan  kelas. Pilihlah kata-kata yang bersesuaian untuk memperbetulkan jawaban yang salah. Sekiranya ingin menghapuskan tingkah laku yang tidak baik dalam diri murid-murid elakkan memukul murid-murid dengan mengunakan kayu ataupun rotan. Menurut “Convention of Right of Children (CRC)” menetapkan penjagaan dan perlindungan setiap individu di bawah umur 18 tahun. Kanak-kanak perlu dibelai bukannya dipukul. Di samping itu juga, elakkan daripada menyekat murid-murid mengeluarkan pendapatnya. Guru haruslah sabar serta mempunyai hati yang cekal dan tidak mudah putus asa untuk berhadapan dengan murid-murid khususnya kanak-kanak pendidikan khas. Hindarkan daripada melabelkan murid-murid didalam kelas. Ia akan memberikan kesan negatif terhadap dalamannya.

5.0 Kesimpulan
            Secara kesimpulannya, drama ini banyak memberikan manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak yang tergolong dalam kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Ia banyak menerapkan nilai-nilai manusia yang mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap kanak-kanak pendidikan khas. Terdapat ciri-ciri Disleksia yang diterapkan sebagai satu asas pengetahuan yang perlu diketahui oleh ibu bapa dan masyarakat. Di samping itu juga, memberikan kesedaran kepada pelbagai golongan masyarat termasuklah guru-guru yang tidak mendapat kursus pendidikan khas memahami bahawa setiap kanak-kanak menpunyai keistemewaan masing-masing. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran khusus perlu di kenalpasti pada peringkat awal bagi mengelakkan masalah itu mempengaruhi pelbagai aspek yang lain. Seterusnya, memberikan tanggapan positif kepada pelbagai golongan masyarakat bahawa kanak-kanak disleksia boleh dirawat tetapi tidak boleh disembuhkan. Hal ini menunjukan bahawa kanak-kanak ini masih boleh belajar dan mampu berdikari sekiranya diberikan perhatian dan sokongan psikologi bagi meningkatkan tahap konsep diri kanak-kanak.
            Pada waktu yang sama, profesion perguruan perlu memainkan peranan penting dalam langkah asas pencegahan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak. Tanggungjawab guru untuk mengenalpasti perkembangan potensi dan nilai murid sangat penting untuk memastikan guru mampu melaksanakan tindakan susulan yang bersesuaian untuk membantu murid yang memerlukan bantuan. Di samping itu, guru sebagai agen penyampai maklumat kepada ibu bapa mengenai keperluan serta masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Kini, ramai ibu bapa kurang mendapat pengetahuan mengenali masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid. Oleh itu, guru berperanan penting untuk mengenal pasti masalah pembelajaran kanak-kanak dan menyampaikan maklumat tersebut kepada ibu bapa. Akhir sekali, pihak kerajaan perlu mengadakan pelbagai inisiatif  bagi melahirkan golongan guru yang bertauliah dan efisen terhadap pendidikan khas di negara Malaysia untuk memantapkan profesion sebagai seorang guru Pendidikan Khas.

6.0 Rujukan

Aamir Khan.Taare Zameen Par.2007.Mumbai:Aamir Khan Production
Rohaty Mohd Majzub & Shafie Mohd. Nor.2005. Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan 30 (2005) :17 http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_1.pdf [ 30 Disember 2013]
Saayah Abu. 2007.Menjadi Guru Tadika. http://books.google.com.my/books?id=sSj13W0ZyNoC&pg=PA20&dq=kanak-kanak+di+bawah+18+tahun&hl=en&sa=X&ei=HRfBUvqHGoyGrQensIDYDw&redir_esc=y#v=onepage&q=kanak-kanak%20di%20bawah%2018%20tahun&f=false[30 Disember 2013].
Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006.Apa itu Disleksia? Panduan Ibubapa, Guru dan Kaunselor. http://books.google.co.id/books?id=EJSBdhyOJAIC&printsec=frontcover&hI=id#v=onepage&q&f=false [28 Disember 2013]















You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate