Gunung Ledang, Johor - Explore Johor

21:35

Gunung Ledang : Climbing, Hiking & Mountaineering

Pengalaman mendaki Gunung Ledang sangat bermakna dan memberi pengajaran dalam hidup saya. Semasa memulakan pendakian saya dan rakan rakan berjalan dalam kumpulan. Semakin jauh perjalanan semakin ramai bahagian kumpulan. Ada kumpulan yang jauh meninggalkan kumpulan yang lain.

Dipertengahan pendakian, saya hampir berputus asa kerana laluan pendakian sangat mencabar. Ada laluan yang tidak dibersihkan, laluan batu dan licin. Tambahan pula, hujan di hujung pendakian kami. Saya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan akhir sampai ke puncak.


   



 

Semasa berada di puncak Gunung Ledang, saya berasa sangat lapar. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi bun. 
Kami berehat dan mengambil gambar sebentar sebelum turun dari puncak. Pendekkan cerita. Inilah kali pertama dan terakhir saya akan mendaki Gunung Ledang. Tidak mau naik lagi. Seminggu saya jalan berkangkang pegi kuliah sebab sakit seluruh badan..



Pengajaran
#Apabila anda memulakan sesuatu, jangan mengambil jalan singkat, pastikan anda selesaikan sepenuhnya.
# Perjalanan hidup tidak selalunya indah seperti yang dirancang, anda harus tabah untuk menghadapi segala cabaran
# Tetapkan matlamat dan capai matlamat anda
# Jangan mudah berputus asa

My friend and I testimony after hiking.






You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate