Demonstrasi

08:49


1.0 PENGENALAN
Sebagai seseorang individu yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan.Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja.Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Seterusnya, banyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah mengajar secara demonstrasi serta teknik pengajaran demonstrasi..Konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah.Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu hukum atau prinsip.Justeru itu,sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.Lantaran itu,jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan.
Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng,merebus,memanggang atau mengukus. Oleh itu,untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul.Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti demonstrasi, bercerita, perbincangan, bermain, latihtubi, main peranan, menyelesaikan masalah, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, dan soalan.                                                                 
Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik  pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.Contohnya,jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita perlu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat,murid-murid diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
Ketika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai.Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan.Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai.Meskipun demikian,untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.Sebagai kesimpulan, sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran, pilihlah kaedah mengajar yang sesuai dengan apa yang hendak disampaikan kepada murid-murid.
2.0 PRINSIP DEMONSTRASI
Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara.Demonstrasi ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu.Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran.Kuliah memerlukan murid mendengar manakala demonstrasi memerlukan murid memerhati.
 Dalam proses demonstrasi,terdapat satu komunikasi lisan secara lansung dari guru kepada murid.Ia juga melibatkan pendekatan berajah untuk memeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana mereka berfungsi.Terdapat demonstrasi tulen, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid.Lazimnya,guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid- murid.
Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan.Bagi menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap murid memerhatikan demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.
Oleh itu,prinsip demonstrasi adalah penting untuk di dikuasaikan oleh bakal-bakal guru untuk melakukan demonstrasi dalam pembelajaran dan pengajaran.Kebiasaanya, tanpa menguasai prinsip-prinsip demonstrasi,guru tidak dapat melaksanakan demonstrasi yang berkesan terhadap murid-muridnya.Malahan, ini akan menyebabkan berlaku ketidakfahaman murid-murid terhadap pelajaran yang dipelajarinya.Ini akan merumitkan guru-guru untuk mengajar murid-murid supaya maklumat yang disampaikan tidak dapat disampaikan kepada murid-muridnya.
3.0  CIRI-CIRI DEMONSTRASI
Terdapat beberapa ciri-ciri demonstrasi yang penting kepada pelajar apabila guru mengunakan kaedah mengajar secara demonstrasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan oleh guru.Dengan adanya demonstrasi,pelajar boleh memahami pelajaran yang dipelajarinya.Sebagai contoh,cara-cara menyelesaikan masalah matematik.
      Seterusnya, demonstrasi membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan.Contohnya,guru akan menunjukkan cara-cara ataupun prosedur bagaimana untuk menyelasaikan masalah matematik iaitu menyelesaikan soalan matrik.Oleh itu pelajar akan mudah menguasai konsep penyelesaian masalah tersebut dan dijadikan sebagai bekalan untuk menjawab soalan semasa peperiksaan.
Dengan adanya demontrasi, Ia Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen.Dalam sesuatu eksperimen murid-murid mempunyai langkah-langkah kerja supaya menghasilkan eksperiman yang berhasil.Sekiranya murid-murid tidak mengikuti langkah-langkah yang didemonstrasikan maka hasil eksperimen itu tidak akan berjaya.
Selain itu, demonstrasi akan meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti sama ada secara individu kepada rakan sekelasnya.Apabila murid-murid menguasai sepenuhnya pembelajaran tersebut,murid-murid akan mempunyai keyakinan untuk melakukan aktiviti itu semula tanpa tingkah laku yang ragu-ragu dalam kalangan murid-murid.Malahan, demonstrasi akan membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah dan jelas.
Oleh itu,kaedah mengajar secara demonstrasi sangat berkesan kerana mudah memahami apa yang dipelajarinya.Walaubagaimanapun, kaedah ini sangat berkesan apabila bersesuaian dengan topik pembelajaran untuk menarik minat pelajar supaya memberikan tumpuan yang sepenuhnya.
4.0 JENIS-JENIS DEMONSTRASI
Terdapat beberapa jenis demonstrasi yang boleh dipraktikkan iaitu demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen dan demonstrasi dengan penglibatan.Oleh itu, pelbagai jenis demonsrtasi yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar.Walaubagaimanapun, pemilihan jenis demonstrasi bergantung kepada kaedah yang bersesuaian untuk menghasilkan satu demonstrasi yang berkesan kepada murid-murid.
4.1 DEMONSTRASI SECARA TULEN
Demonstrasi Secara Tulen merupakan guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum melakukan aktiviti itu secara individu.Murid-murid hanya memerhati, meningat, menguasai pelajaran tersebut.Apabila guru selesai mendemonstrasikan aktiviti tersebut maka murid-murid akan diberikan tugasan yang berkaitan dengan apa yang didemonstrasikan untuk diselesaikan oleh murid-murid dalam individu.
Ini akan memudahkan guru untuk mengkaji siapa-siapa muridnya yang dapat menguasai ataupun tidak menguasai pembelajarannya pada masa itu.Sekaligus guru dapat mengesan murid-muridnya yang kurang memberi perhatian semasa guru mengajar.
4.2DEMONSTRASI DENGAN KOMEN
Seterusnya, Demonstrasi Dengan Komen adalah demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid.Apabila sesi demonstrasi berlangsung kanak-kanak akan meramal ataupun menjangkakan apakah proses atau tindakan selepas itu.Contohnya,guru akan memdemonstrasi cara melaksanakan sesuatu eskperimen.
Murid-murid boleh meramal apakah yang akan berlaku sekiranya air suling akan dipanaskan seperti suhunya akan meningkat sebanyak seratus darjah celisius.Disamping itu,murid dapat meramal tindakan balas apakah yang berlaku sekiranya satu garam akan dilarutkan kedalam air suling menyebabkan suhunya akan meningkat dan melebihi seratus darjah celisius.
 4.3DEMONSTRASI DENGAN PENGLIBATAN
            Demonstrasi dengan penglibatan bermaksud demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasi hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukan kadar penglibatan.Sebagai contoh,demonstrasi dijalankan dengan peranan guru dan murid-muridnya.Guru sering bertanya dengan murid-muridnya sebaliknya murid-murid akan sering bertanya dengan gurunya.
Demonstrasi ini melibatkan penglibatan guru dan murid-murid untuk melakukan ataupun menyelesaikan sesuatu topik.Oleh itu,demonstrasi seperti ini akan dijayakan dengan adanya penglibatan guru dan murid-murid.Guru dan murid-murid memainkan peranan penting dalam menyelasaikan masalah.
Sebagai contoh,penyelesaian masalah dari segi mata pelajaran pengajian akaun.Guru dan murid sering berinteraksi untuk menyelasaikan masalah tersebut sehinggalah mendapatkan jawapan akhir.
5.0 KEBAIKAN DEMONSTRASI
 Secara keseluruhannya,terdapat  kebaikan apabila mengunakan kaedah mengajar  demonstrasi.Antaranya ialah gambaran yang diberikan oleh guru jelas dan terperinci kepada pelajar.Malahan,pelajar mudah memahami fakta-fakta dan prinsip-prinsip pembelajaran dengan cepat dan berkesan.Walaubagaimanapun, ia bergantung  kepada pelajar tersebut untuk mengambil perhatian semasa guru sedang mendemostrasi.
Selain dari itu,kaedah demonstrasi ini dapat menarik perhatian pelajar supaya tidak membosankan.Sekiranya pelajar kurang faham,ia akan membangkitkan perasaan ingin tahu dan mula bertanya kepada guru.Disamping itu juga kaedah ini dapat memperkenalkan cara baru kepada pelajar dari segi pengihatan dan pendengaran. Pelajar yang membaca sambil melihat gambar boleh ingat dengan baik daripada hanya membaca teks sahaja.
Seterusnya, pengajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi yang melibatkan anggota badan akan lebih mendatangkan kesan baik kepada pembelajaran.Proses pembelajaran akan lebih yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar.Faktor pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar.
Tambahan pula,penggunaan kaedah dan teknik mengajar perlu dipelbagaikan agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang perlu dimasukkan dalam kelas.Kaedah pembelajaran ialah kaedah ceramah dan demonstrasi.
Apabila banyak teknik dan kaedah digabungkan dengan sepenuhnya,ia dapat menghasilkan pelajar yang mahir berbincang, mengeluarkan idea, saling bekerjasama, melalui bimbingan guru dan berkeyakinan tinggi untuk melaksanakan setiap tugasan yang diberikan oleh guru.Bukan saja melalui seseorang individu malah dari segi berkumpulan, murid-murid boleh mengeluarkan buah fikiranya sendiri menurut pemahaman seseorang individu tersebut.
6.0 KEBURUKAN DEMONSTRASI
Bidang pendidikan tidak dapat lari daripada menggunakan  kaedah pengajaran kepada guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Guru yang lemah dari segi pengetahuan pedagogi akan melaksanakan pengajaran yang lebih bersifat tradisional iaitu guru-guru hanya berkuliah dan pelajar belajar secara hafalan.Guru juga akan kurang berupaya mengesan salah tanggapan pelajar tentang konsep.Tidak dinafikan lagi,dimana ada kebaikan disitu juga ada keburukan.
Secara keseluruhanya terdapat berapa keburukan kaedah mengajar demonstrasi iaitu guru lebih menumpukan kepada perkakas, peralatan dan bahan yang digunakan semasa mengajar.Seterusnya, berlakunya kekurangan peralatan atau kurang keupayaan untuk berfungsi akan menyebabkan tergendalanya sesi pengajaran dan pembelajaran.Disamping itu juga,guru-guru yang mengajar dengan hanya menggunakan buku teks sebagai pelajaran, hanya membuktikan yang dia tidak kreatif untuk menimbulkan suasana yang gembira dan akhirnya menjadikan kelas mereka bosan serta pelajar-pelajar tidak mendapat idea baru.
Hal ini menyebabkan fikiran pelajar menjadi beku dan tidak kreatif.Ada guru yang membosankan pelajar kerana cara pengajaran yang tidak berubah dari hari demi hari, minggu demi minggu dan tahun demi tahun.Sepatutnya yang perlu digunakan adalah sedikit demi sedikit bagi mengubah cara penyampaian, mencari pendapat baru atau mencuba kaedah baru dan menggunakan bantuan peralatan bagi menyokong pengajarannya.Guru harus memahami citarasa pelajarnya yang masih bergelar kanak-kanak dan cuba menyesuaikan pengajaranya.
Sedia maklum kanak-kanak tidak berminat untuk mengikuti pelajaran dalam kelas adalah kerana corak dan pola pengajaran yang membosankan mereka.Kaedah pengajaran guru juga mempengaruhi keberkesanan terhadap pencapaian akademik kanak-kanak. Ini kerana gaya pengajaran yang tidak selaras dengan gaya pembelajaran kanak-kanak boleh mengelirukan pelajar dan seterusnya menggangu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Dalam keadaan sedemikian, kanak-kanak menjadi mangsa dan seterusnya masih lemah dalam mata pelajaran terbabit.
Jadi, salah satu alternatif untuk mempertingkatkan lagi proses pembelajaran kanak-kanak adalah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang diajar di Tabika.Guru memainkan peranan yang penting bagi mempengaruhi keberkesanan pembelajaran kanak-kanak.Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal tunggak negara malah mereka juga merupakan model bagi kanak-kanak.Kanak-kanak akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya.
Tuntasnya,seorang guru perlu mengetahui secara mendalam apa yang hendak disampaikan kepada kanak-kanak kerana pengetahuan dan kemahiran guru akan menimbulkan rasa percaya dalam dirinya, seterusnya menambahkan kepercayaan kanak-kanak terhadap guru.Guru tidak boleh mengajar sekiranya guru sendiri tidak memahami apa yang hendak diajar kepada pelajarnya.Guru mesti mengetahui apa yang mereka hendak sampaikan untuk pelajarnya dan tahu cara untuk memindahkan ilmu tersebut kepada para pelajarnya dalam bentuk yang boleh diterima oleh pelajar.
7.0  CARA- CARA MELAKSANAKAN DEMONSTRASI
7.1SEBELUM MELAKSANKAN AKTIVITI DEMONSTRASI
            Sebelum guru melaksanakan aktiviti demonstrasi,guru haruslah memilih topik yang sesuai dengan kaedah pengajaran demonstrasi.Sekiranya kaedah mengajar tidak bersesuaian dengan apa yang ingin diajar akan menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan tidak akan diterima oleh murid.Seterusnya guru haruslah menyediakan peralatan yang secukupnya dan lengkap sebelum melaksanakan  aktiviti demonstrasi.Selain itu,guru mestilah memastikan tempat yang dipilih besesuaian.
Guru juga haruslah menentukan masa yang diambil semasa melakukan aktiviti demonstrasi.Janganlah mengambil masa yang terlalu lama untuk melaksanakan demonstrasi untuk menghindarkan daripada murid-murid merasa penat untuk berfikir.Pastikan masa itu bersesuaian dengan topik yang akan diajar.Serta, guru haruslah memastikan bahan yang digunakan dapat dilihat oleh murid-murid.Hindarkan daripada mengunakan bahan yang kecil kerana ia akan merumitkan murid-murid untuk melihat benda tersebut.
Perancangan yang sistematik sebelum melaksanakan demonstrasi adalah amat penting sebagai landasan seseorang guru untuk melakukan demonstrasi yang berkesan kepada murid-murid.Tanpa perancangan, guru tidak mampu melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
7.2SEMASA MELAKSANAKAN AKTIVITI DEMONSTRASI
            Semasa melaksanakan aktiviti demonstrasi,pastikan suara guru jelas dan lantang semasa menjalankan aktiviti demonstrasi.Nada suara yang lantang diperlukan oleh murid-murid supaya jelas didengarnya.Disamping itu,guru haruslah menerangkan sekali lagi sekiranya pelajar belum memahami, kurang faham dengan cara melaksanakan kerja praktik ataupun latihtubi.Ini akan berlaku kerana tahap kognitif murid-murid adalah berbeza.Terdapat murid-murid yang menangkap maklumat dengan cepat,terdapat juga murid-murid yang lambat menerima maklumat.Oleh itu, guru haruslah peka terhadap murid-murid semasa dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
Seterusnya, guru mestilah meluangkan masa untuk menyoal pelajar bagi menarik perhatian mereka.Pastikan semasa demonstrasi dilaksanakan, guru haruslah menghidupkan suasana yang ceria supaya murid-murid tidak akan merasa bosan dan mengantuk.Interaksi sangat penting untuk merapatkan hubangan diantara guru dan murid-murid.Selain itu,Guru boleh mengarahkan salah seorang pelajar untuk mencuba  apa yang didemonstrasikan gurunya dihadapan kawan-kawanya.
Dalam situasi yang sama guru memainkan peranan yang penting semasa melaksanakan aktiviti demonstrasi tersebut.Guru mestilah berinterkasi dan berkomunikasi dengan baik terhadap murid-murid.Ini akan membangunkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkesan serta murid-murid dapat menerima setiap maklumat yang disampaikan oleh guru.
7.3SELEPAS MELAKSANAKAN AKTIVITI DEMONSTRASI
Selepas melaksanakan aktiviti demonstrasi.Guru haruslah membetulkan kesilapan sekiranya terdapat kesalahan semasa melaksanakn demonstrasi serta membuat peneguhan positif kepada murid-murid sekiranya diperlukan.Selain itu, guru akan memberikan ulasan dan rumusan hasil daripada aktiviti demonstrasi tersebut.
Akhir sekali,guru akan memberikan latihtubi kepada pelajar sebagai latihan pengukuhan.Ini akan membukitkan tahap pengetahuan murid-murid.Guru boleh mengesan murid-murid yang tidak mengambil perhatian semasa aktiviti demonstrasi dijalankan.Selain itu,guru boleh menguji tahap kepintaran murid-muridnya sekaligus guru dapat mengesan murid-muridnya yang lambat menerima maklumat.
8.0 KESIMPULAN
Kejayaan sesuatu pembelajaran adalah sangat dipengaruhi oleh pengetahuan guru tentang bagaimana mengendalikan sesuatu kaedah pengajaran supaya hasil yang diperolehi menepati kehendak objektif pengajaran dan menjadi pengalaman yang berguna kepada pelajar.Kaedah mengajar demonstrasi iaitu tunjuk cara sangat sesuai dijadikan sebagi kaedah mengajar bagi tahap pertumbuhan kanak-kanak.
Pelajar haruslah didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang berlainan dan kreatif supaya dapat menarik perhatian pelajar.Disamping itu juga,pelajar juga tidak akan berasa bosan sekiranya sesi pembelajaran dan pengajaran itu sentiasa aktif dan menarik perhatian.Kadang kala pelajar mempunyai banyak ragam,pendekatan yang berlainan diperlukan untuk menarik perhatian pelajar.
Pendekatan dan cara pembelajaran yang saling bertukar-tukar mampu mempengaruhi pemikiran pelajar supaya membina semangat pelajar untuk belajar.Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demonstrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demonstrasi.Disamping itu, demonstrasi memerlukan kanak-kanak memerhati,menerima maklumat dan idea.
Sebagai kesimpulannya,apabila kita memulakan pengajaran kita mesti bertanya kaedah yang harus digunakan serta bersesuaian.Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.Oleh itu untuk menjalankan demonstrasi yang berkesan,guru haruslah merancang dengan teliti, mempraktikkan demonstrasi, memastikan setiap murid perhatikan demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian, bertanya dan menanyakan soalan serta merancang tindakan susulan.Kejayaan sesuatu demonstrasi itu bergantung kepada guru tersebut untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran tersebut.



You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate