Kenali Ciri-Ciri Pendera

20:52



waa, hari  n nak entry kenali ciri-ciri pendera! ada wanita menyedari mereka didera tetapi hanya mendiamkan diri kerana takut!

1.Sering merendahkan anda
Sepatutnya seorang lelaki menyokong tanpa mengira samaada anda gagal atau berjaya, tetapi pendera biasanya membuatkan anda merasa kerdil dan sentiasa mengambil peluang untuk merendah-rendahkan anda.

2.Sering mengancam
Anda harus menuruti segala kehendak pasangan tanpa kompromi atau jika tidak dia akan mengugut.

3.Memarahi anda di khalayak ramai
Dia tidak malu memarahi anda atau mengherdik di khalayak ramai. Dia tidak peduli jika anda berasa malu dan menjatuhkan maruah

4.Sentiasa ingin menang
Dia saja yang betul, ingin menang atau berkuasa, Dia sentiasa mempertahankan tindakannya dan cuba menyalahkan orang lain.Lelaki yang sering melakukan penderaan mental sebenarnya inginkan dirinya kelihatan lebih berkuasa

5.Mengongkong
Pasangan yang suka mendera selalu mengongkong dan sentiasa mahukan perhatian dari pasangan. Dia akan mengawal segala tindakan dan gerak geri anda. Contohnya selalu menelefon dan bertanya dengan siapa anda keluar. Dia juga tidak suka jika anda tidak membawa dia bersama. Dia juga mudah marah jika anda mula menunjukan sikap berdikari atau boleh hidup jika tidak bergantung padanya.

You Might Also Like

1 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate