Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an. Pada pendidikan awal kanak-kanak telah didorong oleh sistem pendidikan British dan ianya hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja kerana pendidikan jenis ini memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya. Dari tahun 1950 hingga 1960, tadika di Malaysia telah dibuka oleh sosialis kristian sebagai sebahagian aktiviti gereja. Hampir kesemua tadika dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibubapa yang mampu membayar yuran. Kesannya, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Malangnya, ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika.
Sekitar tahun 1960-an pula, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula meningkat. Satu revolusi telah berlaku pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada Worker Society of Malaysia untuk membangunkan institusi model TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek di Amerika Syarikat. Sasaran utama projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Mereka dipilih daripada Kampung Muniandy, Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor. Satu kajian telah diambil di Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam projek ini telah mencapai prestasi yang baik dari segi akademik dan tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak terlibat dalam projek ini (Bernard Van Lee 2009).
Pada tahun 1970, melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun.
Pada tahun 1972 pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah Asuhan)(Pendaftaran). Berdasarkan laporan daripada kajian Keciciran 1973 (Ee Ah Meng 1988) terdapat kesan yang positif di kalangan kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal di peringkat prasekolah. Sebanyak 90 % daripada kanak-kanak yang mendapat pendidikan di peringkat ini diletakkan di dalam kelas pertama apabila mereka memasuki sekolah rendah (Ee Ah Meng 1998).
Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009). Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, sekitar tahun 1972 sehingga 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009).
Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun. Hal yang demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut.
Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Buku ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Ia juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan pembelajaran prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan.
Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak.
Shallom...malam ni saya nak sharing Firman Tuhan ya..
"2 Korintus 2:5-10"
Tetapi jika ada orang yang menyebabkan kesedihan, maka bukan hatiku yang disedihkannya, melainkan hati kamu sekalian atau sekurang-kurangnya supaya jangan aku melebih-lebihkan hati beberapa orang diantara kamu.Bagi orang yang demikian sudahlah cukup teguran dari sebagian beasr dari kamu, sehingga kamu sebaliknya harus mengampuni dan menghiburkan dia, supaya jangan ia binasa oleh kesedihan yang terlalu berat.Sebab itu Aku nasihatkan kamu supaya sungguh-sungguh mengasihi dia. Sebab justeru itulah maksudnya aku menulis surat kepada kamu iaitu untuk menguji kamu, apakah kamu taat dalam segala sesuatu.Sebab barang siapa yang kamu ampuni kesalahannya, aku mengampuninya juga.Sebab jika aku mengampuni seandainya ada yang harus kuampuni maka hal itu kubuat oleh kerana kamu dihadapan Kristus.
Thanks Lord, kekecewaan yang kita dapat daripada sesorang memang tidak dinafikan untuk kita sulit memaafkanya...yaa benar!! saya juga permulaanya tu sangat susah untuk mengampuni sesorang. Namun kerana kasih Tuhan telah menyelamatkan saya.Sebesar mana pun dosa kita, BAPA kita disyura masih bisa mengampuni kitaa....kenpa pulak kita tidak boleh???Mengampuni bukan satu pilihan tetapi kemestian!sangat bersyukur sebab sebesar mana kekecewaan sesorang yang diberikan kepada kita, kerana kasih Tuhan kita dapat mengampuni, kerna Tuhan telah mengampuni kita juga.........Bukan itu saja, marilah kita berhati-hati, berjaga-jaga dengan perlakuan tingkah laku, perkatan yang keluar dari mulut kita........kita xakan tahu itu akan menyakitkan hati orang....
Marilah kita maafkan orang-orang telah menyakitkan hati kita, walaupun ia sekecil mana pun..ampunilah......biarlah kasih itu ada pada diri kita.Amen!!!
Pertumbuhan dan perkembangan benda hidup dipengaruhi oleh
baka, persekitaran dan juga faktor kematangan. Gregor mandel telah melakukan
beberapa kajian sains genetik terhadap tumbuh-tumbuhan dan mendapati kacang pis
yang kecil telah mengeluarkan baka yang kecil, dan kacang pis yang besar telah
mengeluarkan baka yang besar. Beliau berpendapat bahawa trait serta sifat
sesuatu organism dipengaruhi gen dan ia boleh diperturunkan daripada satu
genarasi ke satu genarasi yang lain. Hal ini melibatkan semua organisma,
termasuklah manusia. Walau bagaimanapun, pertumbuhan dan perkembangan seperti
ini tidaklah semata-mata bergantung kepada gen. Faktor persekitaran dan faktor
kematangan juga boleh mempengaruhi sesetengah ciri fizikal manusia.
Faktor
Baka
Baka ialah pewaris keturunan. J.A. Thomsn mengangapnya
sebagai perhubungan genatik antara genarasi manusia. Menggikut Derville (1979),
baka merupakan pewarisan biologi keseluruhan cirri mentel dan fizikal daripada
ibu bapa kepada anak. Ia merupakan ciri mental dan fizikal yang dapat
diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi yang lain. Bahkan
menentukan persamaan ibu bapa dengan anak-anak dan antara ahli dalam satu
kumpulan keluarga, terutama dari segi trait fizikal dan mental. Oleh itu, ibu
bapa yang berbadan tinggi dan bijak berkemungkinan besar akan melahirkan anak
yang berbadan tinggi dan cerdik.
Individu
terhasil daripada cantuman dua sel gamet (pembiakan), iaitu satu daripada bapa
(sperm) dan satu lagi daripada ibu (ovum). Percantuman ini menghasilkan
anak-anak yang mempunyai beberapa cirri yang hampir-hampir serupa dengan ibu
bapa mereka. Kajian tentang baka merupakan kajian tentang keturunan, perubahan
dan perkembangan. Melalui kajian tentang baka ini dapat diketahui sifat
genarasi yang berikutnya. Hukum keturunan menyatakan bahawa anak-anak
berkecenderungan menyerupai salah satu atau kedua-kedau ibu bapa mereka.
Faktor
kematangan (pertumbuhan)
Faktor kematangan hanya mengaruhi pertumbuhan sahaja.
Pertumbuhan hanya berlaku kepada seseorang manusia bermula daripada dalam
kandungan ibu sehingga sesorang manusia itu mencapai tahap kematangan. Ini
kerana pertumbuhan akan terhenti apabila sesorang manusia itu mencapai
kematangan. Namun tempoh kematangan antara lelaki dan perempuan adalah berbeza.
Perempuan mempunyai tahab perumbuhan 2 tahun lebih cepat daripada lelaki dan
mencapai tahap kematangan lebih awal daripada lelaki. Oleh yang demikian, pada
lingkungan umur dua hingga 12 tahun tubuh fizikal kanak-kanak perempuan adalah
lebih besar daripada kanak-kanak lelaki.
Faktor
persekitaran
Persekitaran ialah segala benda yang ada di sekeliling
unit-unit kebakaan (Normal L. Munn). Semantara itu, W. Edger Vinacke mengatakan
persekitaran merupakan segala kuasa yang kompleks yang boleh mempengaruhi
tingka laku individu. Amrom Scheinfiled pulamenyatakan persekitaran ialah
segala benda yang ada di luar diri individu dan faktor bakanya yang bermula
daripada peringkat persenyawaan. Jadi dapatlah dirumuskan bahawa persekitaran
merupakan benda-benda yang ada di sekiling individu. Beberapa pengaruh
persekiratan diperkatakan bagi tempoh pralahir dan selepas lahir
PRALAHIR
a) Pemakanan- makananyang seimbang akan menghasilkan bayi
yang sihat
b)
Dadah-
penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan
c)
Penyakit
ibu- ada penyakit yang dihadapi ibu akan mengakibatkan kecacatan kepada bayi seperti
bisu, buta dan cacat akal.
d)
Faktor
rhesus- ibu bapa yang mempunyai faktor rhesus yang bertelingkah akan
menimbulkan masalah keguguran dan kematian baya sebelum atau selepas lahir
e) Rawatan sinar-X- Bayi akan mengalami kecacatan angota
atau mentel setelah ibu mereka menerima rawatan sinar-X secara berlebihan.
f) Usia ibu- Wanita yang telah lanjut usia berpotensi untuk
mendapatkan anak yang mongoloid akibat mempunyai 47 kromosom bukannya 46
kromosom.
g)
Ketegangan
emosi ibu- melahirkan anak yang kurang sihat
SELEPAS LAHIR
a) Pemakanan- makanan yang berzat dan seimbang memberi kesan
yang positif terhadap perkembangan fizikal dan mental, jika tidak pekara
sebaliknya yang akan berlaku.
b)
Keluarga-
Saiz keluarga, kelas sosial, jenis perhubungan mempengaruhi tingkah laku,
sikap, kelakuan dan bahasa sesorang.
c)
Rakan
sebaya- Mempengaruhi minat, sikap bahasa dan falsafah hidup.
d)
Sekolah-
Saiz, ketelusan guru, kawasan, kelas social dan corak pembelajaran.
e)
Kampung-
Mempengaruhi sikap, budaya dan cara hidup
f)
Sebaran
am- Media massa mempengaruhi sikap dan pandangan terhadap ekonomi, sosial, dan
politik.
g)
Pusat
ibadat- Mempengaruhi falsafah hidup dan gaya hidup
h) Persekitaran- melibatkan idea, budaya, ekonomi, politik,
ideologi dan sebagainya
Bayi tidak boleh hidup sendiri. Bayi memerlukan pembimbing, pembantu dan
sebagainya untuk bayi menjalani kehidupan sebenar. Sejak minggu-minggu
pertamanya di dunia, bayi lebih tertarik melihat wajah dibandingkan dengan
objek-objek lainnya. Ia mulai tersenyum dan senang bertemu dengan orang lain. Pada usia tiga
minggu, bayi sudah dapat membezakan mana satu objek dan manusia.
Seterusnya, pada usia empat minggu bayi
membuat penglihatan mata dan akan sering
melihat anda. Apabila anda senyum
kepadanya di usia dua bulan, ia menjawab senyuman Anda dengan senyuman
pertamanya. Disamping itu, pada usia enam bulan bayi mulai melakukan permainan
satu lawan satu dengan anda dan pada usia lapan hingga dua belas bulan bayi
merasa dekat dengan orang yang ada disekelilingnya. Contohnya ibu bapa dan
orang yang mengasuhnya tetapi bayi akan berasa asing jika berada di samping
orang yang baru bagi mereka.
Seterusnya, bayi mulai belajar menyentuh
pakaian, wajah bayi dan wajah orang lain, rambut bayi dan orang lain.Selain itu
bayi akan meniru tingkah laku serta suara mereka.Namun pada usia satu
tahun, bayi mula menunjukkan perhatian kepada orang-orang tertentu. Pada usia setahun lebih
bulan bayi mulai menunjukkan sikap negatif
iaitu keras kepala dan menolak untuk menuruti arahan atau permintaan
orang dewasa.
Manakala sekitar usia satu
tahun lapan bulan sehingga dua tahun, bayi mula menunjukkan minat untuk bermain
dengan bayi lain dan menggunakan alat-alat permainan untuk membentuk hubungan
sosialnya. Disamping itu, bayi juga mahu bekerjasama dalam kegiatan rutin seperti
mandi, bermain dengan orang lain, makan dan memakai pakaian sendiri.
Umur (bulan)
|
Penguasaan Bahasa
|
0
|
Biasanya
menangis
|
1
|
Menghasilkan
bunyi berlainan ketika lapar atau sakit
|
1-2
|
Menghasilkan
bunyi vokal seperti ‘ah’
|
2-4
|
Berupaya
menghala ke sumber bunyi manusia
|
4-6
|
Menghasilkan
bunyi seperti ‘ma’, ‘da’.
|
6-9
|
Berupaya
menggabungkan bunyi sama dan mengulanginya seperti mama…mama …papa…papa…
baba…baba…
|
9-10
|
Gemar meniru
bunyi orang lain.
|
11-15
|
Berupaya
meniru suku kata yang senang.
|
12
|
Berupaya
menyebut tiga perkataan berlainan
|
Umur (bulan)
|
Gerak balas
|
1-2
|
Ø Membalas pandangan orang dengan senyuman.
Ø Diam apabila disentuh.
|
2-3
|
Ø Menangis apabila ditinggalkan oleh orang yang
menjaganya.
Ø Membalas senyuman kepada orang.
Ø Terganggu apabila dihampiri.
|
3-4
|
Ø Membalas pandangan orang yang menghampirinya dan
berkata “la,la,la”.
Ø Tidak senang apabila tidak memandang orang
|
4-5
|
Ø Diam apabila dibelai.
Ø Terganggu apabila melihat orang
|
7-8
|
Ø Cuba mendapatkan perhatian dengan berkata “la”.
Ø Menghulurkan tangan kepada orang dewasa
|
8-9
|
Ø Cuba mendapatkan perhatian dengan membuat gerakan.
|
9-10
|
Ø Menarik baju orang.
Ø Memberi objek kepada orang.
Ø Meniru gerakan orang dengan permainan
|
10-12
|
Ø
Kegiatan bermain lebih teratur
|
Kanak-kanak
akan melakukan sesuatu jika tindakan yang akan dilakukannya itu memberi
kebaikan kepada dirinya. Hal ini berlaku tanpa disedari hanya pada tahap
perkembangan tertentu. Mereka akan mempelajari apa yang betul dan apa yang
salah. Contohnya, bayi tersebut mendengar setiap kata-kata ibu bapanya.
Misalnya, ibu kepada bayi tersebut menyuapkan makanan kepada bayi dan bayi
tersebut menerima tanpa banyak ragam.
Selain itu, bayi tersebut juga
diberi pendedahan kepada ajaran agama. Supaya bayi itu dapat membezakan mana
yang baik dan buruk. Kerana bayi yang didedahkan ajaran agama sejak kecil lagi
adalah baik kerana bayi mudah terikut-ikut apa yang akan diajar kepadanya.
Misalnya, Daniel adalah seorang bayi
yang tidak banyak ragam, peramah dan sentiasa menunjukkan sifat-sifat yang
positif.
Oleh sebab itu,pertumbuhan dan
perkembangan akan lebih sempurna sekiranya bayi diberikan pendedahan ajaran
agama menurut pegangan agama masing-masing.Akhlaknya akan terbina dan membentuk
personaliti yang baik.Seterusnya menyebabkan bayi tersebut mempunyai tingkah
laku yang baik dalam masa pertumbuhan dan perkembangannya.
Pertumbuhan dan perkembangan moral
bagi usia bayi adalah permulaan untuk membentuk tingkah laku seseorang bayi
tersebut. Bayi mula memberikan rangsangan yang baik kepada setiap perbuatan
yang dia lakukan.Namun pun begitu,bayi boleh belajar daripada hasil penglihatannya
terhadap tingkah laku orang yang lebih dewasa daripadanya.