PERKEMBANGAN MORAL BAYI

21:46



Kanak-kanak akan melakukan sesuatu jika tindakan yang akan dilakukannya itu memberi kebaikan kepada dirinya. Hal ini berlaku tanpa disedari hanya pada tahap perkembangan tertentu. Mereka akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Contohnya, bayi tersebut mendengar setiap kata-kata ibu bapanya. Misalnya, ibu kepada bayi tersebut menyuapkan makanan kepada bayi dan bayi tersebut menerima tanpa banyak ragam.
            Selain itu, bayi tersebut juga diberi pendedahan kepada ajaran agama. Supaya bayi itu dapat membezakan mana yang baik dan buruk. Kerana bayi yang didedahkan ajaran agama sejak kecil lagi adalah baik kerana bayi mudah terikut-ikut apa yang akan diajar kepadanya. Misalnya,  Daniel adalah seorang bayi yang tidak banyak ragam, peramah dan sentiasa menunjukkan sifat-sifat yang positif.
            Oleh sebab itu,pertumbuhan dan perkembangan akan lebih sempurna sekiranya bayi diberikan pendedahan ajaran agama menurut pegangan agama masing-masing.Akhlaknya akan terbina dan membentuk personaliti yang baik.Seterusnya menyebabkan bayi tersebut mempunyai tingkah laku yang baik dalam masa pertumbuhan dan perkembangannya.
            Pertumbuhan dan perkembangan moral bagi usia bayi adalah permulaan untuk membentuk tingkah laku seseorang bayi tersebut. Bayi mula memberikan rangsangan yang baik kepada setiap perbuatan yang dia lakukan.Namun pun begitu,bayi boleh belajar daripada hasil penglihatannya terhadap tingkah laku orang yang lebih dewasa daripadanya.

You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate