1.0
PENGENALAN
Sebagai seseorang individu yang baru
menjejak kakinya dalam arena pengajaran, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta
teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan.Apa lagi terdapat orang yang
menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran
sahaja.Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana
konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan
pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan
di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang
menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat
diamalkan dalam bilik darjah.
Seterusnya,
banyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah mengajar secara demonstrasi
serta teknik pengajaran demonstrasi..Konsep kaedah pengajaran adalah eloknya
kita memikirkan secara umum pengertian kaedah.Kaedah mengikut Kamus Dewan
bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu hukum atau prinsip.Justeru itu,sesuatu
kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun
untuk mencapai sesuatu matlamat.Lantaran itu,jika kita ingin memasak ikan maka
kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan.
Sudah
tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti
menggoreng,merebus,memanggang atau mengukus. Oleh itu,untuk menjayakan sesuatu
yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik
yang betul.Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik
menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang
diingini.
Kaedah pengajaran adalah terdiri
daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.Pengajaran
yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan
tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah
pengajaran adalah seperti demonstrasi, bercerita, perbincangan, bermain, latihtubi,
main peranan, menyelesaikan masalah, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, dan
soalan.
Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai
teknik-teknik pada sesuatu kaedah maka
kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.Contohnya,jika kita
ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita perlu menggunakan teknik-teknik
menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat,murid-murid
diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk
menjawab, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan
sebagainya.
Ketika kita hendak mengajar
seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai.Kaedah
seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan.Kaedah
pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai.Meskipun demikian,untuk
memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik
demostrasi.Sebagai kesimpulan, sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran,
pilihlah kaedah mengajar yang sesuai dengan apa yang hendak disampaikan kepada
murid-murid.
2.0
PRINSIP DEMONSTRASI
Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara.Demonstrasi
ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti
mengikut prosedur-prosedur yang tertentu.Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di
hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah
pembelajaran.Kuliah memerlukan murid mendengar manakala demonstrasi memerlukan
murid memerhati.
Dalam proses
demonstrasi,terdapat satu komunikasi lisan secara lansung dari guru kepada
murid.Ia juga melibatkan pendekatan berajah untuk memeriksa proses, maklumat
dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati bahan-bahan yang
digunakan dan bagaimana mereka berfungsi.Terdapat demonstrasi tulen,
demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari
murid-murid.Lazimnya,guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum
murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.Demonstrasi guru ini
dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid- murid.
Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasikan
hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu
topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan.Bagi
menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara
teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan
setiap murid memerhatikan demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi untuk
memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.
Oleh itu,prinsip demonstrasi adalah penting untuk di
dikuasaikan oleh bakal-bakal guru untuk melakukan demonstrasi dalam
pembelajaran dan pengajaran.Kebiasaanya, tanpa menguasai prinsip-prinsip
demonstrasi,guru tidak dapat melaksanakan demonstrasi yang berkesan terhadap
murid-muridnya.Malahan, ini akan menyebabkan berlaku ketidakfahaman murid-murid
terhadap pelajaran yang dipelajarinya.Ini akan merumitkan guru-guru untuk
mengajar murid-murid supaya maklumat yang disampaikan tidak dapat disampaikan
kepada murid-muridnya.
3.0 CIRI-CIRI DEMONSTRASI
Terdapat
beberapa ciri-ciri demonstrasi yang penting kepada pelajar apabila guru
mengunakan kaedah mengajar secara demonstrasi semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami
apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan oleh
guru.Dengan adanya demonstrasi,pelajar boleh memahami pelajaran yang
dipelajarinya.Sebagai contoh,cara-cara menyelesaikan masalah matematik.
Seterusnya, demonstrasi membuat pelajar
menguasai konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan.Contohnya,guru akan
menunjukkan cara-cara ataupun prosedur bagaimana untuk menyelasaikan masalah
matematik iaitu menyelesaikan soalan matrik.Oleh itu pelajar akan mudah
menguasai konsep penyelesaian masalah tersebut dan dijadikan sebagai bekalan
untuk menjawab soalan semasa peperiksaan.
Dengan
adanya demontrasi, Ia Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah
pelaksanaan sesuatu eksperimen.Dalam sesuatu eksperimen murid-murid mempunyai
langkah-langkah kerja supaya menghasilkan eksperiman yang berhasil.Sekiranya
murid-murid tidak mengikuti langkah-langkah yang didemonstrasikan maka hasil
eksperimen itu tidak akan berjaya.
Selain
itu, demonstrasi akan meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu
aktiviti sama ada secara individu kepada rakan sekelasnya.Apabila murid-murid
menguasai sepenuhnya pembelajaran tersebut,murid-murid akan mempunyai keyakinan
untuk melakukan aktiviti itu semula tanpa tingkah laku yang ragu-ragu dalam
kalangan murid-murid.Malahan, demonstrasi akan membolehkan pelajar mencontohi
sesuatu perlakuan dengan lebih mudah dan jelas.
Oleh
itu,kaedah mengajar secara demonstrasi sangat berkesan kerana mudah memahami
apa yang dipelajarinya.Walaubagaimanapun, kaedah ini sangat berkesan apabila
bersesuaian dengan topik pembelajaran untuk menarik minat pelajar supaya
memberikan tumpuan yang sepenuhnya.
4.0
JENIS-JENIS DEMONSTRASI
Terdapat
beberapa jenis demonstrasi yang boleh dipraktikkan iaitu demonstrasi tulin, demonstrasi
dengan komen dan demonstrasi dengan penglibatan.Oleh itu, pelbagai jenis
demonsrtasi yang boleh digunakan untuk menarik perhatian
pelajar.Walaubagaimanapun, pemilihan jenis demonstrasi bergantung kepada kaedah
yang bersesuaian untuk menghasilkan satu demonstrasi yang berkesan kepada
murid-murid.
4.1
DEMONSTRASI SECARA TULEN
Demonstrasi
Secara Tulen merupakan guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti
sebelum melakukan aktiviti itu secara individu.Murid-murid hanya memerhati,
meningat, menguasai pelajaran tersebut.Apabila guru selesai mendemonstrasikan
aktiviti tersebut maka murid-murid akan diberikan tugasan yang berkaitan dengan
apa yang didemonstrasikan untuk diselesaikan oleh murid-murid dalam individu.
Ini
akan memudahkan guru untuk mengkaji siapa-siapa muridnya yang dapat menguasai
ataupun tidak menguasai pembelajarannya pada masa itu.Sekaligus guru dapat
mengesan murid-muridnya yang kurang memberi perhatian semasa guru mengajar.
4.2DEMONSTRASI
DENGAN KOMEN
Seterusnya,
Demonstrasi Dengan Komen adalah demonstrasi guru ini dijadikan model gerak
balas dan jangkaan oleh murid-murid.Apabila sesi demonstrasi berlangsung kanak-kanak
akan meramal ataupun menjangkakan apakah proses atau tindakan selepas itu.Contohnya,guru
akan memdemonstrasi cara melaksanakan sesuatu eskperimen.
Murid-murid
boleh meramal apakah yang akan berlaku sekiranya air suling akan dipanaskan
seperti suhunya akan meningkat sebanyak seratus darjah celisius.Disamping
itu,murid dapat meramal tindakan balas apakah yang berlaku sekiranya satu garam
akan dilarutkan kedalam air suling menyebabkan suhunya akan meningkat dan
melebihi seratus darjah celisius.
4.3DEMONSTRASI
DENGAN PENGLIBATAN
Demonstrasi dengan penglibatan
bermaksud demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasi hujah-hujah atau
prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model
kemahiran mengajar dan menunjukan kadar penglibatan.Sebagai contoh,demonstrasi
dijalankan dengan peranan guru dan murid-muridnya.Guru sering bertanya dengan
murid-muridnya sebaliknya murid-murid akan sering bertanya dengan gurunya.
Demonstrasi
ini melibatkan penglibatan guru dan murid-murid untuk melakukan ataupun
menyelesaikan sesuatu topik.Oleh itu,demonstrasi seperti ini akan dijayakan
dengan adanya penglibatan guru dan murid-murid.Guru dan murid-murid memainkan
peranan penting dalam menyelasaikan masalah.
Sebagai
contoh,penyelesaian masalah dari segi mata pelajaran pengajian akaun.Guru dan
murid sering berinteraksi untuk menyelasaikan masalah tersebut sehinggalah
mendapatkan jawapan akhir.
5.0
KEBAIKAN DEMONSTRASI
Secara
keseluruhannya,terdapat kebaikan apabila
mengunakan kaedah mengajar demonstrasi.Antaranya
ialah gambaran yang diberikan oleh guru jelas dan terperinci kepada
pelajar.Malahan,pelajar mudah memahami fakta-fakta dan prinsip-prinsip
pembelajaran dengan cepat dan berkesan.Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada pelajar tersebut untuk mengambil
perhatian semasa guru sedang mendemostrasi.
Selain
dari itu,kaedah demonstrasi ini dapat menarik perhatian pelajar supaya tidak
membosankan.Sekiranya pelajar kurang faham,ia akan membangkitkan perasaan ingin
tahu dan mula bertanya kepada guru.Disamping itu juga kaedah ini dapat
memperkenalkan cara baru kepada pelajar dari segi pengihatan dan pendengaran. Pelajar yang membaca sambil melihat gambar boleh ingat
dengan baik daripada hanya membaca teks sahaja.
Seterusnya, pengajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi yang
melibatkan anggota badan akan lebih mendatangkan kesan baik kepada
pembelajaran.Proses pembelajaran akan lebih yang menyeronokkan sekiranya
kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan
kehendak dan minat pelajar.Faktor pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap prestasi pelajar.
Tambahan pula,penggunaan kaedah dan teknik mengajar perlu
dipelbagaikan agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian,
menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik
dan menyeronokkan.Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang perlu
dimasukkan dalam kelas.Kaedah pembelajaran ialah kaedah ceramah dan demonstrasi.
Apabila banyak teknik dan kaedah digabungkan dengan
sepenuhnya,ia dapat menghasilkan pelajar yang mahir berbincang, mengeluarkan
idea, saling bekerjasama, melalui bimbingan guru dan berkeyakinan tinggi untuk
melaksanakan setiap tugasan yang diberikan oleh guru.Bukan saja melalui
seseorang individu malah dari segi berkumpulan, murid-murid boleh mengeluarkan
buah fikiranya sendiri menurut pemahaman seseorang individu tersebut.
6.0 KEBURUKAN DEMONSTRASI
Bidang pendidikan tidak dapat lari daripada menggunakan kaedah pengajaran kepada guru-guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Guru yang lemah dari segi pengetahuan
pedagogi akan melaksanakan pengajaran yang lebih bersifat tradisional iaitu
guru-guru hanya berkuliah dan pelajar belajar secara hafalan.Guru juga akan kurang berupaya mengesan salah tanggapan
pelajar tentang konsep.Tidak dinafikan lagi,dimana ada kebaikan
disitu juga ada keburukan.
Secara
keseluruhanya terdapat berapa keburukan kaedah mengajar demonstrasi iaitu guru
lebih menumpukan kepada perkakas, peralatan dan bahan yang digunakan semasa
mengajar.Seterusnya, berlakunya kekurangan peralatan atau kurang keupayaan
untuk berfungsi akan menyebabkan tergendalanya sesi pengajaran dan
pembelajaran.Disamping itu juga,guru-guru
yang mengajar dengan hanya menggunakan buku teks sebagai pelajaran, hanya
membuktikan yang dia tidak kreatif untuk menimbulkan suasana yang gembira dan
akhirnya menjadikan kelas mereka bosan serta pelajar-pelajar tidak mendapat
idea baru.
Hal ini menyebabkan fikiran pelajar menjadi beku dan
tidak kreatif.Ada guru yang membosankan pelajar kerana cara pengajaran yang
tidak berubah dari hari demi hari, minggu demi minggu dan tahun demi tahun.Sepatutnya
yang perlu digunakan adalah sedikit demi sedikit bagi mengubah cara penyampaian,
mencari pendapat baru atau mencuba kaedah baru dan menggunakan bantuan peralatan
bagi menyokong pengajarannya.Guru harus memahami citarasa pelajarnya yang masih
bergelar kanak-kanak dan cuba menyesuaikan pengajaranya.
Sedia maklum kanak-kanak tidak berminat untuk mengikuti
pelajaran dalam kelas adalah kerana corak dan pola pengajaran yang membosankan
mereka.Kaedah pengajaran guru juga mempengaruhi keberkesanan terhadap
pencapaian akademik kanak-kanak. Ini kerana gaya pengajaran yang tidak selaras
dengan gaya pembelajaran kanak-kanak boleh mengelirukan pelajar dan seterusnya
menggangu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Dalam keadaan
sedemikian, kanak-kanak menjadi mangsa dan seterusnya masih lemah dalam mata
pelajaran terbabit.
Jadi, salah satu alternatif untuk mempertingkatkan lagi proses
pembelajaran kanak-kanak adalah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang
diajar di Tabika.Guru memainkan peranan yang penting bagi mempengaruhi keberkesanan
pembelajaran kanak-kanak.Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik
bakal-bakal tunggak negara malah mereka juga merupakan model bagi kanak-kanak.Kanak-kanak
akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya
begitu juga bagi keadaan sebaliknya.
Tuntasnya,seorang guru perlu mengetahui secara mendalam
apa yang hendak disampaikan kepada kanak-kanak kerana pengetahuan dan kemahiran
guru akan menimbulkan rasa percaya dalam dirinya, seterusnya menambahkan kepercayaan
kanak-kanak terhadap guru.Guru tidak boleh mengajar sekiranya guru sendiri
tidak memahami apa yang hendak diajar kepada pelajarnya.Guru mesti mengetahui
apa yang mereka hendak sampaikan untuk pelajarnya dan tahu cara untuk
memindahkan ilmu tersebut kepada para pelajarnya dalam bentuk yang boleh diterima
oleh pelajar.
7.0 CARA- CARA MELAKSANAKAN DEMONSTRASI
7.1SEBELUM MELAKSANKAN
AKTIVITI DEMONSTRASI
Sebelum
guru melaksanakan aktiviti demonstrasi,guru haruslah memilih topik yang sesuai
dengan kaedah pengajaran demonstrasi.Sekiranya kaedah mengajar tidak
bersesuaian dengan apa yang ingin diajar akan menyebabkan maklumat yang ingin
disampaikan tidak akan diterima oleh murid.Seterusnya guru haruslah menyediakan
peralatan yang secukupnya dan lengkap sebelum melaksanakan aktiviti demonstrasi.Selain itu,guru mestilah
memastikan tempat yang dipilih besesuaian.
Guru
juga haruslah menentukan masa yang diambil semasa melakukan aktiviti
demonstrasi.Janganlah mengambil masa yang terlalu lama untuk melaksanakan
demonstrasi untuk menghindarkan daripada murid-murid merasa penat untuk
berfikir.Pastikan masa itu bersesuaian dengan topik yang akan diajar.Serta,
guru haruslah memastikan bahan yang digunakan dapat dilihat oleh
murid-murid.Hindarkan daripada mengunakan bahan yang kecil kerana ia akan
merumitkan murid-murid untuk melihat benda tersebut.
Perancangan
yang sistematik sebelum melaksanakan demonstrasi adalah amat penting sebagai
landasan seseorang guru untuk melakukan demonstrasi yang berkesan kepada
murid-murid.Tanpa perancangan, guru tidak mampu melakukan sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
7.2SEMASA
MELAKSANAKAN AKTIVITI DEMONSTRASI
Semasa
melaksanakan aktiviti demonstrasi,pastikan suara guru jelas dan lantang semasa
menjalankan aktiviti demonstrasi.Nada suara yang lantang diperlukan oleh
murid-murid supaya jelas didengarnya.Disamping itu,guru haruslah menerangkan
sekali lagi sekiranya pelajar belum memahami, kurang faham dengan cara
melaksanakan kerja praktik ataupun latihtubi.Ini akan berlaku kerana tahap
kognitif murid-murid adalah berbeza.Terdapat murid-murid yang menangkap
maklumat dengan cepat,terdapat juga murid-murid yang lambat menerima
maklumat.Oleh itu, guru haruslah peka terhadap murid-murid semasa dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran.
Seterusnya,
guru mestilah meluangkan masa untuk menyoal pelajar bagi menarik perhatian
mereka.Pastikan semasa demonstrasi dilaksanakan, guru haruslah menghidupkan
suasana yang ceria supaya murid-murid tidak akan merasa bosan dan
mengantuk.Interaksi sangat penting untuk merapatkan hubangan diantara guru dan
murid-murid.Selain itu,Guru boleh mengarahkan salah seorang pelajar untuk
mencuba apa yang didemonstrasikan
gurunya dihadapan kawan-kawanya.
Dalam
situasi yang sama guru memainkan peranan yang penting semasa melaksanakan
aktiviti demonstrasi tersebut.Guru mestilah berinterkasi dan berkomunikasi
dengan baik terhadap murid-murid.Ini akan membangunkan suasana pembelajaran dan
pengajaran yang baik dan berkesan serta murid-murid dapat menerima setiap
maklumat yang disampaikan oleh guru.
7.3SELEPAS MELAKSANAKAN
AKTIVITI DEMONSTRASI
Selepas
melaksanakan aktiviti demonstrasi.Guru haruslah membetulkan kesilapan sekiranya
terdapat kesalahan semasa melaksanakn demonstrasi serta membuat peneguhan
positif kepada murid-murid sekiranya diperlukan.Selain itu, guru akan
memberikan ulasan dan rumusan hasil daripada aktiviti demonstrasi tersebut.
Akhir
sekali,guru akan memberikan latihtubi kepada pelajar sebagai latihan
pengukuhan.Ini akan membukitkan tahap pengetahuan murid-murid.Guru boleh
mengesan murid-murid yang tidak mengambil perhatian semasa aktiviti demonstrasi
dijalankan.Selain itu,guru boleh menguji tahap kepintaran murid-muridnya
sekaligus guru dapat mengesan murid-muridnya yang lambat menerima maklumat.
8.0
KESIMPULAN
Kejayaan
sesuatu pembelajaran adalah sangat dipengaruhi oleh pengetahuan guru tentang
bagaimana mengendalikan sesuatu kaedah pengajaran supaya hasil yang diperolehi
menepati kehendak objektif pengajaran dan menjadi pengalaman yang berguna
kepada pelajar.Kaedah mengajar demonstrasi iaitu tunjuk cara sangat sesuai
dijadikan sebagi kaedah mengajar bagi tahap pertumbuhan kanak-kanak.
Pelajar
haruslah didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang berlainan dan kreatif
supaya dapat menarik perhatian pelajar.Disamping itu juga,pelajar juga tidak
akan berasa bosan sekiranya sesi pembelajaran dan pengajaran itu sentiasa aktif
dan menarik perhatian.Kadang kala pelajar mempunyai banyak ragam,pendekatan
yang berlainan diperlukan untuk menarik perhatian pelajar.
Pendekatan dan
cara pembelajaran yang saling bertukar-tukar mampu mempengaruhi pemikiran
pelajar supaya membina semangat pelajar untuk belajar.Meskipun demikian, untuk memastikan
bahawa demonstrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demonstrasi.Disamping
itu, demonstrasi memerlukan kanak-kanak memerhati,menerima maklumat dan idea.
Sebagai kesimpulannya,apabila kita memulakan pengajaran kita
mesti bertanya kaedah yang harus digunakan serta bersesuaian.Setiap kaedah
pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.Oleh itu untuk
menjalankan demonstrasi yang berkesan,guru haruslah merancang dengan teliti, mempraktikkan
demonstrasi, memastikan setiap murid perhatikan demonstrasi, memperkenalkan
demonstrasi untuk memfokus perhatian, bertanya dan menanyakan soalan serta
merancang tindakan susulan.Kejayaan sesuatu demonstrasi itu bergantung kepada
guru tersebut untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran tersebut.