UNBORN parenting

19:35

For Ceramah :)
"Pemeriksaan kesihatan semasa kehamilan"
 Semasa hamil ibu haruslah kerap memeriksa kesihatan kandungan untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Pemeriksaan pranatal adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala apabila disahkan mengandung. Ini adalah salah satu tujuan adalah untuk memastikan hubungan baik antara anda dan kakitangan kesihatan. Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi akan ditangani. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan. Pemeriksaan boleh dijalankan sebelum 28 minggu sehingga sebulan sekali, 28 hingga 35 minggu pada setiap 2 minggu sekali dan 36 minggu dan keatas pada setiap minggu. Seterusnya lawatan tempahan adalah lawatan mustahak untuk mengenal pasti dan menguruskan sebarang komplikasi kesihatan sekiranya ada dan melakukan saringan faktor-faktor risiko yang mungkin dialami semasa tumbesaran janin dan akibatnya. Ia perlu dilakukan sebaik sahaja anda disahkan mengandung. Masa yang disyorkan bila anda mengandung kurang dari 12 minggu. Lawatan pertama mungkin terlewat bagi kandungan anda tetapi masih dianggap lawatan tempah. Semasa lawatan tempah, jururawat akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan perihal pusingan haid ibu, sejarah peribadi, sejarah keluarga, sejarah perubatan dan pembedahan, sejarah kandungan lampau sekiranya ada dan latar belakang ekonomi dan sosial. Selepas sesi temuduga jururawat akan melakukan pemeriksaan fizikal. Seterusnya perlu menjalani ujian di makmal. Apabila selesai dengan proses tadi, terpulang kepada keadaan dan keputusan temuduga, pemeriksaan dan ujian makmal, rawatan diberikan mengikut kesesuaian. Sebelum pulang, tarikh lawatan susulan akan diberi mengikut persetujuan. Jururawat akan memberikan salinan kad pranatal untuk disimpan oleh ibu hamil dan untuk dibawa bersama semasa lawatan ke klinik. Keseluruhan proses mengambil masa 1- 2 jam bergantung kepada beban kerja klinik semasa lawatan. Semasa lawatan susulan prenatal tahap kesihatan dan keadaan kandungan anda akan dinilai dan dipantau. Penglibatan keluarga dan waris adalah digalakan untuk sokongan emosi bila diperlukan. Menggalakan mengikut nasihat dan program penjagaan pranatal. Ia akan membantu mengenalpasti keperluan dan kehendak ibu dan berbincang bagi merancang kelahiran. Seterusnya terdapat aktiviti yang dilakukan semasa lawatan susulan iaitu mengenai sejarah ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah direkodkan. Pengambilan berat badan, tekanan darah, ujian air kencing untuk protein dan gula. Di samping itu juga ketinggian rahim direkodkan di carta yang ditetapkan untuk pemantauan tumbesaran janin. Seterusnya kedudukan janin juga akan dinilai selepas kandungan 32 minggu. Jika kedudukan janin tidak tepat, pemeriksaan ultrasound untuk kenal pasti kedudukan uri. Denyutan jantung janin akan direkodkan serta pelalian diberikan bila sampai tempoh. Selain itu, lawatan susulan kedua terdapat beberapa aktiviti-aktiviti yang membantu petugas kesihatan untuk memantau janin melalui mengukur ketinggian rahim iaitu saiz perut anda, pemantauan pertambahan berat badan bagi setiap lawatan, pemeriksaan ultrasound bagi menilai tumbesaran dan kedudukan janin. Seterusnya melalui carta pergerakan janin. Ibu perlu mengira kekerapan tendangan janin dalam masa 12 jam dalam masa yang sama mengira denyutan jantung janin dengan menggunakan mesin Doppler membolehkan ibu mendengar denyutan jantung janinnya. Dengan mengunakan mesin Cardiotocography (CTG ) dapat menilai keadaan janin jika dikhuatiri janin tidak membesar dengan baik. 

 "Kepentingan memakan vitamin semasa mengandung" 
 Adalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang. Kurangkan memakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera. Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan. Vitamin yang penting ketika ibu sedang hamil adalah asid folik. Ia dapat mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. Terdapat 200 mikrogram yang perlui mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren. Ia juga merupakan salah satu unsur vitamin B untuk membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang, seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir. Pengambilan asid folik yang dibekalkan oleh doktor penting untuk perkembangan saraf dan otak bayi. Malangnya ramai ibu tidak tahu pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku. Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil. Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin. Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menganggap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Zat yang terdapat pada selenium dapat mencegah ibu hamil dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari. Sekiranya ibu hamil kekurangan selenium semasa hamil ini akan mengakibatkan ibu cepat beremosi dan tidak mampu mengawal emosi tersebut. Malah, kecenderungannya untuk bertingkah laku dan beremosi dengan tidak baik. Seterusnya zat flavonoids merupakan tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda. Selain itu, zat besi amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe. Seterusnya tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitamin E. Zat kalsium juga penting kepada ibu yang sedang hamil. Ia boleh didapati daripada sumber susu, hasil tenusu, majerin, dan keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh ibu yang mengalami masalah kekurangan zat besi untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi. Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kehamilan terutama pada trimester ketiga. Malah berdasarkan kajian terhadap pesakit darah tinggi mendapati kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi ketika hamil. Selain itu juga, zat DHA penting terhadap perkembangan minda bayi. Ia juga berfungsi untuk memantapkan lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Setiap ibu hamil perlu tahu perkara yang paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya Oleh sebab itu, pemilihan makanan yang mempunyai zat penting untuk menjaga bayi dalam kandungan. Pemakanan vitamin semasa ibu sedang hamil amat penting untuk tumbuh besaran bayi dalam kandungan.Ia akan mempengaruhi sistem perkembangan bayi tersebut. Secara keseluruhannya, multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. Penyakit anemia iaitu kurang darah senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan zat besi kebanyakkannya. Ibu haruslah mengetahui tahap hemoglobin semasa hamil. Ferrous Formate merupakan pil zat besi, untuk tambah darah, elak anemia iaitu kurang darah ataupun pucat. Namun demikian, adakala tahi akan berwarna hitam dan boleh menyebabkan sembelit. Oleh itu, ibu haruslah minum air yang banyak dan mengolah diet mengikut keperluan badan agar serat, air, serta zat tambahan cukup. Seterusnya Ascorbic Acid yang lebih dikenali sebagai Vitamin C sesuai diambil sesiapa sahaja, Vitamin C larut dalam air. Apabila mengambil vitamin ini akan menyebabkan kencing menjadi warna kuning.Pengambilan Ferrous Formate adalah digalakkan disekaliguskan dengan Vitamin C agar penyerapan lebih berkesan. Neurogain adalah salah satu daripada makanan tambahan yang boleh dimakan oleh ibu hamil. Selain dari obimin dan acid folic, neurogain boleh dimakan pada trimester akhir. Namun demikian ia boleh digunakan sekiranya kandungan mencecah 4 bulan sehinggalah bayi dilahirkan. Neurogain adalah sejenis minyak ikan. Kelebihan yang diperoleh dari makanan tambahan ini adalah untuk merangsang perkembangan otak bayi. Seterusnya ia meningkatkan berat lahir dan menekan risiko bayi mengalami diabetes. Oleh itu, sebagai ibu yang sedang hamil, ibu haruslah mengambil pengambilan vitamin untuk membantu kesihatan bayi dalam kandungan. Walaubagaimanapun, pengambilan vitamin adalah terpulang kepada setiap individu samaada mengambil keputusan untuk mengambilnya ataupun sebaliknya. Berilah penjagaan yang terbaik bagi bayi anda dalam kandungan.




 "Pegambilan makanan yang sihat dan seimbang penting semasa kehamilan"
 Diet sihat yang seimbang adalah penting untuk tubuh anda dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat. Ini kerana semua makanan yang anda makan akan menjadi makanannya juga. Antara zat yang penting dalam pemakanan ibu hamil ialah protein. Ia meningkatkan tahap kepekaan. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Contohnya makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging,telur,kekacang, susu, dan keju. Seterusnya karbohidrat dapat memberi ketenangan ataupun menelakkan tekanan kepada ibu yang sedang serat mengandung. Karbohidrat dapat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, dan buah-buahan. Bagi mendapat kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan. Ibu serat mengandung dinasihatkan jangan berdiet semasa kehamilan. Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan ibu hamil kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat. Ibu yang sempurna makannya dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Namun sekiranya ibu terlebih berat badan, individu tersebut boleh mengubahsuai diet, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman samaada berjumpa dengan doktor dahulu untuk mengetahui keadaan selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan disebabkan oleh simpanan lemak badan akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi. Ramai ibu terutama yang baru pertama kali hamil mengajukan pelbagai soalan mengenai makanan boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana mereka berasakan perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar sedangkan pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri. Namun, bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat mencukupi manakala ibu tetap bertenaga sepanjang tiga bulan pertama. Alahan ketika mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening, sakit perut dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku terutama ketika bangun tidur, namun bagi ibu yang bernasib baik mereka langsung tiada alahan. Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya alahan ibu hamil disebabkan perubahan fizikal dan hormon pada badan. Namun demikian kebanyakan wanita yang mengalami alahan akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti kerana alahan yang terlalu teruk. Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan pula, ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, ibu hamil haruslah mendapatkan rawatan segera. Samaada doktor akan menambah cecair dalam badan dan makanan tambahan. Bagi mengurangkan penghidaratan, ibu hamil perlu minum air putih atau jus buah. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng. Bagi yang alah kepada bau-bauan, elakkan aneka aroma yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Makan sedikit, tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan teruk. Seterusnya ketika hamil, pengambilan kurma sangat baik untuk kesihatan. Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Seperti kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah kaya dengan zat besi. Seterusnya, ia boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol. Mempunyai kaya khasiat iaitu protein sebanyak 1.8 hingga dua peratus, serat sebanyak dua hingga empat peratus, glukosa sebanyak 50 hingga 57 peratus, Vitamin A dan C, sodium dan potassium. Kandungan gulanya juga mudah diserap badan dan memberi tenaga serta secara tidak langsung mengelakkan makan secara berlebihan. Disamping itu, kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim. Selain itu, kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung serta membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim sebagaimana Maryam memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa. Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi. Oleh itu, diet yang sihat merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Contonhya makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad. Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh. Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju. Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit. Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga. Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian. Walaupun demikian ibu haruslah memeriksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dikenalpasti samaada halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi, berkhasiat untuk kesihatan bayi serta perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna tiada kebocoran, tercemar atau kemek. Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi. Bukan itu sahaja, terdapat makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuklah makanan laut mentah seperti tiram atau sushi. Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna. Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur. Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar. Oleh itu, ibu hamil haruslah menekankan penjagaan makanan yang sihat kepada bayi dalam kandunganya malahan untuk kesihatan tubuh badanya juga. Pengambilan makanan seinbang akan mempengaruhi perkembangan bayi apabila dilahirkan kelak. Merangsang kesihatan bayi haruslah bermula sejak dalam kandungan untuk mengalakkan pertumbuhan yang seterusnya. Oleh sebab itu, perlulah setiap ibu yang hamil mengambil makanan yang seimbang semasa dalam kehamilan.







You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate