Pendekatan dan Teknik Pengajaran Prasekolah

09:39


1.0 Pengenalan

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), Pendidikan Prasekolah didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan diperingkat sekolah rendah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003), pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu.

Pendidikan Prasekolah sangat penting kepada kanak-kanak dalam kalangan 4 hingga 6 tahun kerana ia merupakan jambatan kepada kanak-kanak dari rumah ke sekolah yang akan meneruskan ke pendidikan formal. Selain itu, pengalaman awal penting akan diperolehi oleh kanak-kanak dalam dunia persekolahan prasekolah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal. 

Pendidikan prasekolah di Malaysia memberikan peluang yang adil terhadap semua golongan kanak-kanak . Malahan tidak mengira latar belakang kanak-kanak, agama, kesihatan fizikal, intelek dan mental kanak-kanak. Dengan adanya peluang ini, ia dapat merealisasikan matlamat pendidikan Negara dengan tahap pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak agar dapat merangsang daya pemikiran kanak-kanak, membina sikap yang positif dan akhlak yang baik serta berfokuskan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu. 

2.0 Jenis Pendekatan dan Teknik Pengajaran

Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma iaitu penyataan yang diterima umum dan menjadi asa kepada sesuatu huraian. Seterusnya, pendekatan merupakan satu kumpulan, andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa (Kamarudin Hj.Husin, 1988). 

“Playing and learning” merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan dalam pendekatan pengajaran guru prasekolah. Ia bermaksud pengajaran yang disampaikan secara tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah pembelajaran. Kanak-kanak bermain dan dalam masa yang sama mereka mendapat manfaat pembelajaran hasil daripada permainan yang sesuai dengan naluri kanak-kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah cara mereka belajar (Bustam Kamri 2004;Putri Zabariah 2005). 

Sebagai bakal guru prasekolah, banyak pendekatan yang boleh digunakan untuk melaksanakan sesebuah sesi pembelajaran dan pengajaran yang bermakna dan mengembirakan bagi kanak-kanak. Contohnya dengan mengunakan kaedah pendekatan bertema. Pendekatan bertema melibatkan dua situasi samada kandungan pembelajaran boleh ditentukan oleh guru ataupun dengan iniasiatif murid-murid. Seterusnya, pengalaman belajar digabungkan dalam bidang yang luas serta kepelbagaian topik tetapi tidak mendalam serta bersesuaian dengan umur dan tahap perkembangan kanak-kanak dalam pendidikan awal kank-kanak. 

Seterusnya, pengajaran juga berdasarkan tema yang dipilih dengan melangkaui bidang ataupun komponen. Sebagai contoh, komponen-komponen digabungkan dengan mengunakan satu tema. Kandungan dan hasil pembelajaran setiap bidang juga saling berbeza. Contohnya dengan mengunakan komponen koginitf iaitu dengan bertemakan alam hidupan serta subtema rama-rama dengan kandungan pengajaran konsep nombor dengan mengetahui konsep nombor iaitu menyusun nombor 1-10. Dengan bantuan alat bantu mengajar iaitu origami rama-rama yang mempunyai tulisan nombor 1 sehingga 10. Disamping itu juga, guru menyediakan origami rama-rama pelbagai warna untuk menarik minat murid-murid untuk bergiat aktif. 

Sekaligus, murid-murid dapat memegang dan melihat bentuk rama-rama yang sebenar serta ia bukan sahaja merangsang perkembangan otak malahan akan mempengaruhi tahap perkembangan motor halus murid-murid. Secara objektifnya, hasil daripada pembelajaran ini murid-murid dapat menyusun rama-rama dari bilangan 1- 10 mengikut urutan yang betul. Di samping itu melalui penyusunan tersebut murid-murid boleh menyelesaikan masalah bermain sambil belajar.Teknik pengajaran sangat penting dalam sesebuah prasekolah. Guru haruslah kreatif dan berinovasi untuk mempelbagaikan teknik pengajaran supaya murid-murid tidak berasa bosan dengan teknik pengajaran yang digunakan.

Sebagai bakal guru prasekolah, guru bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti berserta teknik yang bersesuaian kepada murid-murid untuk mencapai objektif pengajaran yang ingin disampaikan. Menurut Edward M.Anthony, teknik merupakan satu muslihat atau strategi, taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagaian tertentu. Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar berlaku didalam bilik darjah dimana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objek ( Kamaruddin Hj. Husin& Siti Hajar Hj. Abdul Aziz ). 

Teknik pengajaran adalah satu inisiatif atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Berkesinambungan dengan kaedah pendekatan yang digunakan, pemilihan teknik penyelesaian masalah dapat membantu untuk mencapai standard kandungan pengajaran yang dijalankan oleh guru. 

Teknik penyelesaian masalah adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk nombor, perkataan, teka teki, silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. 

Terdapat beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik ini adalah guru mengajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah iaitu menyusun bilangan nombor 1 sehingga 10. Murid-murid akan meniru tingkah laku guru tersebut serta berusaha untuk meingatinya. Apabila murid-murid sudah menguasai penyusunan nombor tersebut, guru akan membentuk murid-murid dalam beberapa kumpulan kecil untuk melakukan penyusunan nombor sambil bermain. Guru akan mengarahkan murid-murid untuk menyelesaikan penyusunan nombor dalam kumpulan dan memberikan ganjaran kepada ahli kumpulan yang akan berjaya menyusun nombor dengan cepat. Oleh hal yang demikian murid-murid berasa sangat seronok untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pembelajaran murid-murid juga sangat bermakna bagi murid-murid. Kumpulan yang mendahului, akan menerima ganjaran dalam berbentuk hadiah. Guru haruslah menunaikan pada yang dijanjikan kepada murid-murid untuk mengelakkan murid-murid bertingkah laku yang tidak baik. 

3.0 Kesimpulan 

Secara kesimpulannya, pemilihan jenis-jenis pendekatan dan teknik pengajaran bergantung pada sesorang guru prasekolah. Guru haruslah merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan kanak-kanak. Janganlah terlalu tinggi arasnya. Seorang juga guru haruslah menpunyai daya kreatif dan inovasi yang sangat tinggi unutk mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Disamping itu juga penggunaan alat bantu mengajar sangat diperlukan untuk menarik perhatian dan menghasilkan suasana yang ceria dalam prasekolah. Hal ini kerana pada usia 4-6 tahun merupakan tahap perkembangan yang kritis dan kritikal terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak. Oleh itu, sebagai pendidik yang bakal mendidik kanak-kanak haruslah menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk mendidik kanak-kanak di masa akan datang. 

Arus zaman permodenan yang semakin melanda di Negara ini membawa kepada perubahan taraf pendidikan yang semakin baik serta setanding dengan sistem pendidikan di luar Negara. Semua pihak haruslah berkerjasama sedaya upaya untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan bantuana dan juga masalah pembelajaran. Memberikan peluang pendidikan yang sama rata dan adil kepada kanak-kanak. Akhir sekali, khususnya kepada ibubapa haruslah menyedari pentingnya pemilihan prasekolah untuk anak-anak pada usia ini dan sentiasa peka terhadap keperluan anak masing-masing untuk membantu kanak-kanak meneroka dunia.

You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate