Perancangan, Penubuhan dan Pengurusan Prasekolah 1

10:33

Contoh-contoh soalan..


Tutorial 1

Pelajar merupakan graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Beliau berhasrat untuk menubuhkan sebuah Tadika yang dapat memperkembangkan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial kanak-kanak secara menyeluruh. Bagi mencapai objektif ini beliau telah mengkaji beberapa model prasekolah luar negara diterapkan di Tabika beliau. Sebagai rakan, anda mungkin mempunyai pandangan tersendiri terhadap model-model prasekolah yang dikaji. Cadangkan satu model prasekolah luar negara yang sesuai untuk Tabika Riduan dan nyatakan alasan anda memilih model tersebut.

Sebagai seorang rakan, model prasekolah luar negara yang sesuai untuk Tabika Riduan ialah model pendekatan Reggio Emilia. Hal ini demikian kerana pendekatan ini merupakan satu falsafah pendidikan prasekolah dan berfokuskan kepada dasar pendidikan. Tahun-tahun awal perkembangan anak-anak merupakan masa krisis untuk membentuk dan mengajar kanak-kanak kerana pada masa itu merupakan masa kritikal kanak-kanak untuk cepat berkembang. Pendekatan ini juga berdasarkan kepada beberapa prinsip-prinsip iaitu kanak-kanak harus mempunyai kawalan bagi arah belajar mereka. Di samping itu juga, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman menyentuh, bergerak, mendengar, dan melihat. Hal ini dapat mengembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak. Kanak-kanak juga berpeluang untuk bersosial dan melalui material kanak-kanak dibiarkan untuk meneroka dengan bebas.
            Pendekatan ini mengunakan tumpuan pendidikan yang berbeza kerana ia memberi tumpuan terhadap potensi setiap kanak-kanak bukan secara umum serta melihat pembelajaran kanak-kanak dalam konteks sistem yang menyeluruh iaitu keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, komuniti dan masyarakat luar. Seterusnya guru sedar akan potensi setiap kanak-kanak dibawa seliaan serta berperanan untuk membina pengajaran dan persekitaran bagi mengalakkan pengalaman dan pembelajaran kanak-kanak. Melalui program ini, ibubapa di libatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program serta pengurusan prasekolah. Dalam pembelajaran setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu  untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi. Malah program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk  meningkatkan kualiti kehidupan. Oleh hal yang demikian persekitaran fizikal diwujudkan untuk menimbulkan daya tarikan dan keseronokan yang boleh diwujudkan hubungan kemanusiaan dan mengalakkan pembelajaran.
             Seterusnya ruang-ruang yang digunakan untuk mengalakkan komunikasi penyusunan ruang serta mengalakkan kanak-kanak berkerja dalam kumpulan. Ini kerana, ia dapat mengalakkan kanak-kanak untuk peneroka sendiri, membuat penemuan, menyelesaikan masalah dan kanak-kanak boleh membuat pemililhan tersendiri. Standard pembelajaran lebih kepada berasaskan projek dan berdasarkan minat kanak-kanak itu sendiri. Kurikulum berasaskan projek akan membawa kanak-kanak berkerja dalam kumpulan kecil untuk meneroka sesuatu konsep dan dijalankan dalam masa yang singkat atau lama. Oleh itu, terdapat bengkel atau studio khas untuk mendokumentasikan hasil kerja mereka dan setiap projek yang dijalankan merupakan hasil daripada persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak.


Tutorial 2

Kakitangan dan pengurusan tabika merupakan agen penting dalam mengerakkan operasi sesebuah Pusat Prasekolah. Lina merupakan seorang usahawan Tabika yang sedang menerajui perniagaan Tabika. Perancangan yang teliti telah dibuat oleh beliau termasuklah Perancangan Sumber Manusia. Lina bercadang mengambil seorang perkerja yang bertindak sebagai pengurus, dua orang guru dan seorang pembantu guru. Bincangkan kriteria-kriteria perkerja dari aspek kelulusan akademik dan pengalaman yang diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan tersebut.

Perancangan sebuah prasekolah sangat menitikberatkan kriteria-kriteria perkerja untuk menjalankan sesebuah prasekolah yang berkualiti. Prasekolah yang bermutu tinggi adalah tadika yang mempunyai kakitangan yang memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan untuk kebaikan sebuah prasekolah untuk tetap bertahan dan bersaing dengan sihat dengan prasekolah yang lain. Oleh yang yang demikian, pegurus, guru dan pembantu guru haruslah menepati syarat-syarat tertentu untuk layak menjadi kakitangan dalam prasekolah.
            Kakitangan sebagai seorang pengurus tadika haruslah berwarganegara Malaysia. Bagi individu yang bukan warganegara tidak layak sama sekali menjadi kakitangan dalam sesebuah pengurusan prasekolah kecuali Prasekolah yang tertentu. Seterusnya, individu yang tidak pernah di tarifkan sebagai seorang muflis dalam sebuah perniagaan. Seterusnya, individu yang mempunyai kelayakan professional sekurang-kurangnya sijil lulus latihan pengurusan daripada institusi latihan guru tabika ataupun mana-mana keluaran institusi lain. Sebagai seorang pengurus haruslah mempunyai pengalaman sekuarng-kurangnya 5 tahun dalam pendidikan. Di samping itu, individu yang tidak pernah disabitkan kesalahan berat oleh pihak mahkamah dan lulus tapisan keselamatan Jabatan Polis. Hal ini haruslah dipatuhi untuk kebaikan pengusaha dari segi pengurusan sesebuah tabika bagi menaiktarafkan sistem pengurusan sesebuah tabika yang berkualiti.
            Manakala bagi seorang guru pula haruslah berwarganegara Malaysia dan mempunyai kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf denganya layaklah memohon jawatan sebagai guru di prasekolah. Seterusnya, individu yang mempunyai kelayakan professional sekurang-kurangnya sijil lulus latihan perguruan daripada institusi latihan guru tabika. Di samping itu, individu tersebut haruslah mempunyai surat perakuan sihat jasmani dan mental daripada doktor. Begitu juga individu yang tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan berat oleh mana-mana mahkamah dan lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis. Oleh hal demikian, sebagai seseorang yang mempunyai peranan yang besar untuk mengurus murid-murid dalam sesebuah tadika. Guru yang cemerlang akan menghasilkan pelajar yang cemerlang.
            Seterusnya, bagi pembantu guru juga mestilah berwarganegara Malaysia dan sekurang-kurangnya minimum lepasan Penilaian Menengah Rendah. Selain itu, individu haruslah mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan penjagaan kanak-kanak dan mempunyai sifat penyayang kepada kanak-kanak serta mempunyai surat perakuan sihat jasmani dan mental daripada seorang pengalaman perubatan yang berdaftar untuk mengelakkan sebarangan kemalangan ataupun ancaman keselamatan terhadap kanak-kanak. Akhir sekali, mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pengurus dan guru iaitu tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan berat oleh mana-mana pihak mahkamah dan lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis. Sekiranya memenuhi kriteria-kriteria pemilihan kakitangan berikut memberikan kebaikan kepada semua pihak serta dapat memajukan perkhidmatan prasekolah seterusnya memantapkan sistem pendidikan di Malaysia.


Tutorial 3

Nurul dan Akmar merupakan kanak-kanak comel yang baru sahaja masuk kealam prasekolah. Harapan ibubapa mereka agar Nurul dan Akhbar memasuki Tabika dengan mendapat keperluan yang sewajarnya semasa berada di tabika. Pada suatu hari, Nurul dan Akhbar telah mengalami keracunan makanan akibat makanan yang dihidangkan oleh pihak pengurusan Tabika. Setelah disiasat oleh pihak berkuasa, Tabika tersebut didapati tidak mengaplikasikan perkara-perkara penting dalam menyediakan makanan. Pihak pengurus tabika telah disoal siasat dengan beberapa soalan mengenai keadaan bahan mentah, penyimpanan makanan dan kebersihan alatan memasak. Jika anda adalah pihak pengurus Tabika tersebut, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan dalam memastikan anda dapat mengaplikasikan perkara-perkara penting dalam penyediaan makanan diprasekolah?

Penyediaan makanan seperti bahan mentah, penyimpanan makanan dan kebersihan  alatan memasak sangat penting untuk memastikan kebersihan dan kesihatan kanak-kanak terjamin. Dalam sesbuah tadika haruslah mengaplikasikan beberapa perkara-perkara yang penting untuk memastikan bahagaian penyediaan makanan dalam keadaan bersih dan untuk mengelakkan sebarang keracunan makanan terhadap murid-murid. Sebagai seorang pengurus haruslah mempunyai kemahiran mengelola dan mengurus pemakanan di prasekolah dengan efektif untuk membantu pengurus memilih dan menbeli bahan mentah yang berkhasiat dan bermutu. Pengurus haruslah memilih makanan segar dan bersih untuk menjamin kualiti makanan supaya setiap bekalan bahan mentah tidak cepat rosak. Hal ini kerana, mengelakkan pembaziran wang yang digunakan untuk membeli bahan mentah dan juga masa yang diluangkan untuk mengurus pembelian bahan mentah.
            Selain itu, penyediaan makanan haruslah mengikuti makanan kegemaran kanak-kanak, segar dan berkhasiat. Contohnya, Nasi goreng. Seterusnya, lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi kurang lemak serta murid-murid mendapat bekalan vitamin dan serat dalam pemakanan yang seimbang. Hal ini juga penting untuk kesihatan murid-murid bagi mencegah penyakit kanser mahupun penyakit kronik. Buah-buahan tersebut hendaklah dimakan dengan segera sebagai pencuci mulut ataupun diminum jusnya. Apabila selesainya makan, murid-murid haruslah diberikan air minum untuk mengekalkan suhu dan mengeluarkan sisa bahan daripada badan dan peluh dan air kencing. Sekurang-kurangnya murid-murid mendapat air dalam kuantiti enam hingga lapan gelas sehari.
            Seterusnya, makanan yang disediakan haruslah sentiasa bersih, segar dan berkualiti untuk mengelakkan berlaku sebarang risiko yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak dalam prasekolah. Pastikan alatan penyediaan makanan sentiasa bersih dan bersesuaian pengunaan di dalam dapur. Contohnya, dapur yang mempunyai papi air, tempat membuang sampah bertutup, sinki untuk mencuci tangan dan pingan mangkuk. Seterusnya peralatan elektrik yang tidak mampu dicapai oleh kanak-kanak. Keadaan lantai dapur sentiasa kering untuk mengelakkan kanak-kanak tergelincir dan terjatuh.
            Selain itu, pembantu tabika memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersihan makanan murid-murid bagi mengelakkan berlakunya masalah seperti keracunan makanan sekaligus boleh menyebabkan penyakit berjangkit dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, bagi kakitangan haruslah diberi pendedahan mengenai cara-cara menjaga kebersihan serta sekurang-kurangnya mengikuti bengkel bagaimana penyediaan makanan supaya dalam keadaan berkhasiat serta mengelakkan pembaziran makanan. Bersesuaian dengan fungsi sebagai pembantu tabika iaitu menyediakan dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang untuk murid-murid. Seterusnya, sentiasa mengemas dan membersihkan perkakas yang telah digunakan. Oleh itu, pengurus haruslah memastikan bahawa pembantu tabika tidak lalai dengan bidang tanggungjawabnya dalam membantu pengurusan tabika.
           

Tutorial 4

Prasekolah menekankan konsep pengajaran dan pembelajaran yang mengembirakan. Namun, masih ada pengusaha yang ingkar dengan peraturan keselamatan di prasekolah sehinggakan banyak kes-kes kemalangan berlaku diprasekolah. Sebagai bakal guru prasekolah, apakah yang akan anda lakukan agar keselamatan kanak-kanak terjamin semasa berada di prasekolah?

Keselamatan sesebuah prasekolah sangat penting untuk mengelakkan kemalangan murid-murid prasekolah. Sekiranya peraturan keselamatan di ingkari oleh pengusaha tadika ia mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu sebagai seorang bakal guru prasekolah, mematuhi peraturan sangat penting untuk keselamatan warga tadika.
            Oleh hal yang demikian,  terdapat ruang yang boleh mengakibatkan risiko terhadap keselamatan murid-murid iaitu bahagian dalam dan luar bangunan tabika. Dari segi kawasan ruang luar prasekolah haruslah dipagar untuk menyekat pergerakan murid-murid dan menghalang penculik masuk ke dalam tadika. Pastikan juga permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka ditutup untuk mengelakkan murid-murid terjatuh ke dalam longkang semasa melalukan aktiviti luar.  Selain itu, taman permainan murid-murid juga dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. Contohnya tempat memanjat dan mengelunsur dialas dengan bahan yang lembut untuk mengelakkan kecederaan berlaku semasa murid-murid bermain di taman permainan.
            Seterusnya, peraturan keselamatan haruslah diutamakan dalam sebuah tadika bagi memberikan keselesaan kepada murid-murid. Sekiranya terdapat bahan-bahan yang patah, pecah dan tidak digunakan lagi diletakkan di dalam stor ataupun dibuang untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Pastikan setiap waktu pintu pagar sentiasa ditutup untuk mengelakkan pencuri ataupun penculik masuk ke dalam tadika. Sebagai seorang guru yang prihatin, haruslah membimbing kanak-kanak mengenai undang-undang dan keselamatan jalan raya iaitu lihat kanan, lihat kiri, lihat kanan, sekiranya tidak ada kereta yang melintas baru melintasi jalanraya. Guru bukan hanya mengajar mengenai keselamatan semasa berada dalam kawasan sekolah malah mengajar mengenai persekitaran di luar kawasan sekolah.
            Selain itu, bagi mengurangkan kecederaan dan kemalangan berlaku hindarkan kanak-kanak daripada bermain ditepi longkang, paya dan sungai, kolam ikan. Hal ini dapat diaplikasikan apabila guru dan murid-murid menjalankan aktiviti luar kawasan tabika. Contohnya ke Muzium ataupun Zoo Negara. Seterusnya, apabila murid-murid terlibat dengan aktiviti luar kawasan tabika, guru haruslah menyediakan senarai perserta murid-murid sebagai rekod untuk memastikan keadaan murid-murid selamat. Selain itu, ia dapat membantu pihak polis untuk mencari maklumat murid yang hilang sekiranya berlaku kehilangan murid-murid semasa dalam lokasi. Tambahan pula, sekiranya sesebuah tabika itu menitikberatkan mengenai keselamatan murid-murid, pengurus bolehlah memohon insuran dari pihak yang berkenaan untuk insuran perlindungan murid-murid sekiranya berlaku kemalangan yang tidak di jangkakan.
            Berbalik kepada kawasan persekitaran tabika, pastikan tiada tanaman yang berduri, beracun dalam persekitaran tadika serta perkenalkan kepada murid-murid jenis tumbuh-tumbuhan beracun serta serangga perosak dan berbisa. Pastikan tiada benda tajam seperti pengunting pokok bunga tertingal dalam kawasan tabika bagi mengelakkan murid-murid bermain dengan benda yang memberikan risikio yang tinggi terhadap keselamatan murid-murid. Oleh hal itu, seorang pengusaha haruslah mewujudkan persekitaran luar prasekolah yang selamat untuk kanak-kanak bermain dan memanipulasikan objek dalam persekitarannya bagi mengekalkan keselamatan kanak-kanak dalam kawasan tabika.


Tutorial 5

Pendapatan merupakan perolehan yang didapati daripada aktiviti utama perniagaan. Dengan formula
KEUNTUNGAN      = JUALAN-(JUMLAH KOS)
                                    =JUALAN-(KOS TETAP+KOS BERUBAH)

Kirakan keuntungan yang mungki dicapai oleh sesebuah Tabika berdasarkan maklumat berikut:
                                i.            Bilangan kanak-kanak:40 orang
                              ii.            Yuran Bulanan:RM280.00
                            iii.            Kos berubah ( seorang kanak-kanak) :RM50.00
Kos tetap (Pentadbiran)
        i.            Gaji 2 guru
      ii.            Gaji guru (pengurus)
    iii.            Caruman KWSP
    iv.            Minyak & Tol pemasaran
RM 1800.00
RM 2000.00
RM 500.00
RM 500.00
JUMLAH
RM 4800.00


Pengiraan:

Jualan: Yuran bulanan x 40 orang
RM280.00 X 40 orang =RM 11 200.00
Jualan= RM 11 200.00

Untung Bersih= Jualan – (Kos tetap + kos berubah)
                        = RM 11 200.00 - ( RM 4800.00 + (RM 50 x 40 orang) )
                        = RM 11 200.00 – ( RM 4800.00 + RM 2000.00)
                        = RM 11 200.00 – RM 6800.00
KEUNTUNGAN= RM 4400.00

You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate