Girlfriends Day Out at Shally's House Part 1

01:07

Yeah ! It's girlfriends day out 1 at Shally's house at Kampung Toporoi, Jalan Kudat Kota Marudu Sabah on 23-25 December 2015. Here we go.

A day before our trip.
Well, Perempuan selalu katakan tidak ada baju sedangkan berlambak dekat almari. Oh my ! Jumpa girlfriends ja pun tapi perasaan mau bersiap tu terlebih dari jumpa boyfriend. Okay dulu pernah terjerat dengan cinta cintun so saya taulah feeling tu. Haha

Emm actually saya sedih sebab seorang lagi kawan tidak dapat join. It's okay Syl. Next time pegi tempat ko ar.


23 December 2015
Yeah ! Saya bangun seawal jam 5 pagi, bukan nak bangun awal tapi excited sangatkan itulah bangun awal. Selepas dah siapkan semua benda, saya kena cek kereta lagi, minyak break, enjin oil, air kereta, emm air bateri tak cek sebab malas buka penutup bateri. Lagi pun baru saja tambah air bateri ari tu. Sebelum bertolak dari kampung, perjalanan jauh mestilah kena cek kan. Kalau takkk um tak sampailah dekat destinasi.

Kampung - Ranau - Kota Belud - Kota Marudu - Kampung Toporoi


Saya bertolak dari Kampung pada jam 9.00. My mom nak saya settingkan whatsapp dia. Tulah lambat. Saya singgah cuci si popo dekat car wash Kiaburi. Em saya tunggu sampai jam 10.30. Ehh kira da lewat dah. Sempat lah bercerita dengan orang orang sana. Okay this is sabah style.

Aki "Muro ko"?
Me "mongoi oku rubah tambalut ku hilo kota marudu."
Aki "hinongoh wayan nu? Kotalib d marak parak bo? "
Me "awu eh, hiti jalan kb wayan ku, umbayan ku poh tambalut ku hilo"
Aki "olaid ko noh d kepio hilo tu haro d wagas om bag agayo?"
Me "awu tolu no tadau ku hilo"
Haa tanggapan orang sekarang "jumpa kawan" maksudnya jumpa boyfriend. Tolonglah hahahahh

Okay, lepas tu direct ke Petron untuk penuhkan tangki minyak. Dalam 10.45 saya bertolak dari pekan ranau ke kota belud. Ehh tak sabar dah. Perjalanan agak jem dari pekan ranau ke kundasang. Well kalau cuti memang sesak. As well as kalau tidak memotong mesti lambat. So memotong saja la walaupun cara memotong tu tidak selamat, lori besar besar panjang panjang dekat depan nah berhabis juga memotong klu da peluang even sakit dah tu jantung takut da kereta dekat depan. 

Sedar tak sedar dah sampai da dekat Kota Belud pada kira kira jam 12.30. Saya tunggu Wen dekat signboard lupa pula namanya tu. Omg ! Speechless baru dapat jumpa setelah last ketemuan masa convo september 2014. Perasaan tu semua ada. Hahaha 



Tidak kesampaian hajat wen belanja Mee Sup Kota Belud. Well, ini first time saya datang KB dengan kereta. Dulu pernah pegi tapi masih budak budak. Sekarang dah besar. So, kita orang makan di kedai makan lain. 
Dalam jam 1 beberapa minit, kami bertolak ke Kota Marudu. Shally tengah tunggu kami di Bandau / Kota Marudu. Cantiknya jalanraya KB ke KM sebab jalannya rata saja. Bolehlah saya drive 120/km Haha. Macam laju tapi tidak rasa laju kalau tutup cermin. Sepanjang perjalanan, kami list down barang-barang makan yang perlu dibeli. Ehh macam style balik kampung pula. Tidak apa, kan sahabat. Kampungmu kampungku juga. Hee

Yeah ! Jam 2 kami sampai di Kota Marudu, Nervous jumpa c shally, lagi lagi c Wen. Waiting Shally di depan KFC, KM.




Selfie itu mesti. Haha
Then, kami pergi Survey. Rupanya KM ini makin maju. 

Haha kan selalunya pasar raya masukkan duit 50 sen untuk trolley, Tapi di survey km ni mesti kena tukar pg syling khas. Haha Selepas round di Survey KM, beli barang semua kami singgah watson sekejap baru bertolak ke kampung shally. Kampung shally tidaklah jauh sangat dari bandar KM tu. Dekat Kg shally tidak kuat line. So dalam masa 3 hari tu saya tidak online. 

Bersambung....
Girlfriends Day Out at Shally's House Day 1






You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate