Emosi merupakan
reaksi dalaman seseorang terhadap sesuatu rangsangan. Ia merupakan perubahan
sikap atau perasaan yang dirangsang oleh faktor luaran atau keadaan fizikal
dalaman dan pemikiran diri. Emosi dalam diri seseorang bayi dapat dilihat sejak
dilahirkan. Tindak balas terhadap rangsangan menyebabkan bayi melahirkan
berbagai-bagai bentuk tingkah laku seperti menangis, gembira atau berasa takut.
Kebanyakkan reaksi ini bergantung kepada ibu dan ahli keluarga.
Semasa usia tiga
atau empat bulan bayi akan belajar dengan sendiri untuk mengenal setiap orang
yang terdapat disekelilingnya. Bayi juga dapat melakukan sesuatu dari segi
penglihatan mata atau tersenyum sebagai tanda bahawa dia sedang belajar membaca
beberapa ekspresi terutama kepada ibunya sendiri. Perkembangan bayi pada usia lima hingga enam
bulan dari segi emosi lainnya adanya perasaan aman, sebab bayi dapat merasakan
kasih sayang orang-orang disekitarnya. Bayi juga mudah di stimulasi oleh
lingkungannya, apabila bayi terlalu gembira bayi akan mulai menangis dan perlu
ditenangkan.
Pada peringkat awal
bayi, sifat egosentrik yang wujud dalam diri bayi itu menyebabkan sentiasa
melahirkan emosi negatif apabila sesuatu itu tidak dapat memenuhi keperluan
bayi. Bayi memiliki sifat cemburu yang amat tebal. Hal ini tergambar dengan
jelas apabila mereka menunjukkan reaksi yang tidak baik terhadap ibu bapa
sekiranya ibu bapa kurang memberi perhatian atau memberi layanan yang lebih
kepada orang lain daripada bayi tersebut. Kadang kala bayi juga akan diserang
dengan perasan bimbang dan tidak selamat.
Disamping itu
juga, emosi kanak-kanak akan berubah kepada bentuk yang lebih positif apabila
mereka berada pada tahap yang lebih matang. Emosi asas
sama ada positif dan negatif berkembang secara berperingkat terutama
dalam tempoh enam bulan pertama dan selalunya ditonjolkan menerusi riak muka
dan cara bayi melihat.
Emosi gembira membantu bayi berfikir bagaimana
melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang
mereka suka. Emosi marah yang ditunjukkan oleh bayi membantu mereka mencari
jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang diingini, mengenal
erti kesabaran, dan belajar melahirkan perasaan marah dalam bentuk yang
bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.
Seterusnya, apabila
bayi beremosi takut, bayi akan berasa terancam. Suatu motivasi ingin memastikan
keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi merangsang bayi melahirkan
fikiran dan perasaan takutnya mencari jaminan untuk mendapat ketenangan dan
ketenteraman. Sekiranya bayi tersebut beremosi sedih dan kehilangan atau tidak
mendapat apa yang dikehendaki menjadikan bayi berusaha lebih untuk mendapat apa
yang diingini, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
Apabila bayi
berasa jijik terhadap sesuatu, contohnya dikaitkan dengan makanan, bau dan
pandangan, suatu yang semulajadi menjadikan seseorang bayi berhati-hati agar
tidak ‘terkena’ dengan apa yang menjijikkan
mereka. Perasaan ini perlu dihormati dan
bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu. Selain itu, bayi
juga beremosi cemas dan ini membantu
bayi berusaha mengambil langkah mengelakkan diri dari menghadapi masalah dan belajar
menahan perasaan bimbang serta bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu
yang baik.
Selain itu,
apabila bayi beremosi malu, ia menjadikan bayi menyedari kepentingan perilaku
yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dianggap memalukan. Ini
membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri. Apabila bayi beremosi
rasa bangga maka akan bayi terasa dihormati, dihargai oleh orang lain atau bila
ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang
membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas
dan gembira.