PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

21:40


PRINSIP PERTUMBUHAN
            Pertumbuhan adalah sesuatu keadaan yang bersifat berterusan dan berkualiti. Perubahan kuantiti ini boleh diukur dan diperhatikan dengan jelas. Seterusnya petumbuhan manusia adalah mengikut pola-pola tertentu. Pertumbuhan manusia juga menpunyai arahan tertentu menurut proses kematangan. Perubahan tertentu dalam pertumbuhan jelas dapat diukur dengan memerhatikan tinggi dan berat badan serta pertumbuhan organ dalaman.

PRINSIP PERKEMBANGAN
            Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat diperhati sama ada pada peringkat sebelum lahir ataupun pada peringkat sudah lahir. Terdapat dua arah perkembangan iaitu Arah kepala ke kaki dan Arah tengah ke tepi.
            Arah perkembangan dari kepala ke kiri ini disebut juga sebagai sefalokandal. Perubahan pada struktur dan fungsi berlaku di bahagain kepala terlebih dahulu dan kemudian diikuti bahagian belakang badan dan akhir sekali dibahagian kaki.  Dari segi fungsi pergerakan, apabila kanak-kanak itu ditiarapkan,  kanak-kanak itu berupaya mengangkat kepalanya dahulu sebelum boleh mengangkat dadanya.
Seterusnya Arah tengah ke tepi ini juga disebut sebagai promiksodistal. Perkembangan berlaku secara mendatar iaitu dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota. Dari segi fungsi, kanak-kanak dapat mengunakan lengan terlebih dahulu sebelum menggunakan tangan dan jari. Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kita akan dapat mengesan bahawa semua kanak-kanak adalah sama iaitu dari satu peringkat menuju ke peringkat yang seterusnya. Contohnya, kanak-kanak perlu berdiri terlebih dahulu sebelum dia dapat berjalan ataupun dia perlu tahu berjalan dahulu sebelum dia boleh berlari.

4
Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu. Pada peringkat permulaan hidup seseorang bayi hanya dapat menghasilkan gerak balas dengan cara yang menyeluruh terhadap sesuatu rangsangan kerana tulang dan ototnya belum matang. Contohnya,  apabila seseorang bayi hendak mengambil sesuatu objek yang hampir dengannya, maka seluruh badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangan sedangkan jari-jari kecilnya tidak dapat digunakannya. Apabila bayi itu bertambah besar, maka dia akan dapat mengunakan jari sahaja untuk mengambil sesuatu tanpa menggerakkan sebahagian besar anggota badanya yang lain.
            Selain daripada itu, perkembangan juga berlaku secara berterusan iaitu semenjak percambahan dan hinggalah ke akhir hayat. Namun, hal ini berlaku pada kadar atau kepantasan yang berbeza-beza. Harus diingati juga, perkembangan diperingkat awal mempengaruhi perkembangan di peringkat yang berikutnya. Contohnya, semasa ibu hamil, keadaan kesihatan dirinya dan janin akan menentukan sifat bayi yang akan dilahirkan nanti.
            Walaupun perkembangan organisma bersifat berterusan tetapi perkembangan bahagian-bahagian organisma tidak sama dari segi kepantasan. Begitu juga perkembangan kercerdasan untuk sampai ke peringkat kematangan juga berbeza dari segi umur antara seseorang dengan seseorang yang lain. Perkembangan bahagian-bahagian anggota adalah saling berkaitan dan mempengaruhi keseluruhan organisma. Perkembangan satu-satu anggota tidak dapat dipisahkan daripada perkembangan keseluruhan organisma kerana perkembangan setiap trait mempengaruhi antara satu sama lain.
            Disamping itu juga, Setiap orang mempunyai corak perkembangannya tersendiri walaupun susunannya serupa dengan orang lain. Oleh itu, tidak semua kanak-kanak sampai ke titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama. Contohnya, perkembangan bayi yang baru lahir tidak mempunyai persamaan kerana sekurang-kurangnya sudah pasti terdapat sedikit perbezaan dalam proses perkembangan mereka.
            Oleh itu, perkembangan akan berlaku secara berperingkat-peringkat. Setiap peringkat dapat dibezakan dengan peringkat yang lain melalui sifat yang nyata bagi peringkat tersebut. Namun, tidak terdapat garis pembahagiaan yang nyata diantara satu sama lain.

You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate