DEFINISI PERTUMBUHAN BAYI
21:39
Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai
atau diukur dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dan
dari satu jangka masa ke suatu jangka masa yang lain.selain itu, pertumbuhan
juga melibatkan dari segi kuantiti,seperti perubahan berat badan, tinggi, lebar
dada dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan jelas.
Pertumbuahan juga
melibatkan perubahan struktur dalam peroses menuju kemantangan. Biasanya, dalam
kehidupan berlaku perubahan yang progresif pada struktur tulang, otot, saraf,
dan kelenjar. Setiap organisma mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan.
Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan diatas nyatalah pertumbuhan seseorang
individu tersebut akan dipengaruhi oleh faktor dalaman individu, seperti baka
dan keturunan serta faktor luaran pemahaman serta kemudahan kesihatan.
Pemakanan yang mencukupi, sama ada dari segi kuantiti
ataupun kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan pemakanan yang
seimbang boleh menganggu pola pertumbuhan kerana kurangnya pengambilan vitamin,
mineral dan protien. Faktor pewarisan ataupun baka juga boleh mempengaruhi
pertumbuhan. Terdapat pula beberapa pendapat lain yang menegaskan pertumbuhan
sebagai suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang
lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain.
Selain itu pertumbuhan juga boleh ditakrifkan sebagai
perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh sesorang individu melalui proses
kematangan. Satu ciri dalam hidup manusia adalah adanya perubahan yang secara progresif pada struktur
tulang, otot, saraf dan kelenjar. Perubahan-perubahan ini merupakan
perkembangan fizikal. Perlu di ingat bahawa setiap benda yang hidup mengalami
perubahan, iaitu mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan merupakan
perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain
dari satu masa ke satu masa yang lain.
0 Leave a comment