PERKEMBANGAN KOGNITIF BAYI
21:42
Bayi memerlukkan masa yang agak panjang untuk mengenali
serta membezakan pelbagai rangsangan. Keadaan bayi adalah tidak sama dengan
orang dewasa kerana bayi tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang
bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadap bayi tersebut.Manusia
cuba sedaya upaya untuk mengatur serta memahami rangsangan luaran yang memberi pengalaman kepada bayi. Hal ini berlaku dalam
bentuk skema, iaitu satu rangka kognitif yang berkembang dan menjadi khusus
mengikut peningkatan umur. Skema terawal berlaku apabila bayi dapat membezakan
apa yang dapat memberi faedah kepadanya. Skema ini akan berkembang melalui
pengalaman dan pembelajaran.
Dalam
keadaan ini, bayi hanya mampu memahami dan memilih tindak balas yang
bersesuaian untuk sesuatu rangsangan dan memasukkannya dalam skema yang telah
sedia ada. Ia akan disebut sebagai keseimbangan. Sekiranya bayi itu gagal untuk
memahami sesuatu rangsangan atau pengalaman disebabkan bayi tidak mampu
memasukkannya dalam skema yang sedia ada, maka ia dikatakan menghadapi keadaan
yang tidak seimbang. Namun, sekiranya bayi tersebut menukarkan skema yang sedia
ada untuk memahami pengalaman baharu, maka ia akan disebut sebagai akomodasi
ataupun pertambahan kualitatif. Hal yang demikian termasuk dalam perkembangan kognitif
manusia iaitu tahap deria motor.
Peringkat
ini akan melibatkan kanak-kanak yang berumur antara dua minggu hingga dua
tahun. Pada peringkat bayi, tiada persepsi yang akan berlaku kepada diri
sendiri. Bayi mengetahui akan alam sekiranya melalui sebutan atau pendengaran daripada
orang lain. Bayi akan bertindak mengunakan sesuatu mengikut sesuka hati tanpa
memikirkan risikonya. Ketika ini bayi melihat sekitarnya sebagai alam objek
yang mudah difahami. Sebelum mencapai tahap kedua, iaitu pada penghujung tahap
deria motor, bayi sudah boleh menunjukkan keupayaanya untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Bayi mula mengunakan keupayaan menaakul dan celik akal
untuk tujuan tersebut. Hal ini akan lebih mengalakkan lagi perkembangan yang
selanjutnya.
Seterusnya,
aspek berfikir simbolik iaitu kemampuan untuk berfikir
tentang objek dan peristiwa walaupun objek dan peristiwa tersebut tidak hadir
secara nyata di hadapan anak, dan aspek berfikir
secara egosentrik iaitu cara berfikir tentang benar atau salah, setuju atau
tidak setuju berdasarkan sudut pandang sendiri. Oleh itu, bayi belum dapat
meletakkan cara pandangannya di sudut pandangan orang lain. Selain itu, aspek
berfikir secara intuitif iaitu kemampuan untuk menciptakan sesuatu, seperti
menggambar atau menyusun blok, akan tetapi bayi tidak mengetahui dengan pasti
alasan untuk melakukannya.
0 Leave a comment