PERKEMBANGAN EMOSI BAYI

21:43


Emosi merupakan reaksi dalaman seseorang terhadap sesuatu rangsangan. Ia merupakan perubahan sikap atau perasaan yang dirangsang oleh faktor luaran atau keadaan fizikal dalaman dan pemikiran diri. Emosi dalam diri seseorang bayi dapat dilihat sejak dilahirkan. Tindak balas terhadap rangsangan menyebabkan bayi melahirkan berbagai-bagai bentuk tingkah laku seperti menangis, gembira atau berasa takut. Kebanyakkan reaksi ini bergantung kepada ibu dan ahli keluarga.
Semasa usia tiga atau empat bulan bayi akan belajar dengan sendiri untuk mengenal setiap orang yang terdapat disekelilingnya. Bayi juga dapat melakukan sesuatu dari segi penglihatan mata atau tersenyum sebagai tanda bahawa dia sedang belajar membaca beberapa ekspresi terutama kepada ibunya sendiri.  Perkembangan bayi pada usia lima hingga enam bulan dari segi emosi lainnya adanya perasaan aman, sebab bayi dapat merasakan kasih sayang orang-orang disekitarnya. Bayi juga mudah di stimulasi oleh lingkungannya, apabila bayi terlalu gembira bayi akan mulai menangis dan perlu ditenangkan.
Pada peringkat awal bayi, sifat egosentrik yang wujud dalam diri bayi itu menyebabkan sentiasa melahirkan emosi negatif apabila sesuatu itu tidak dapat memenuhi keperluan bayi. Bayi memiliki sifat cemburu yang amat tebal. Hal ini tergambar dengan jelas apabila mereka menunjukkan reaksi yang tidak baik terhadap ibu bapa sekiranya ibu bapa kurang memberi perhatian atau memberi layanan yang lebih kepada orang lain daripada bayi tersebut. Kadang kala bayi juga akan diserang dengan perasan bimbang dan tidak selamat.
Disamping itu juga, emosi kanak-kanak akan berubah kepada bentuk yang lebih positif apabila mereka berada pada tahap yang lebih matang. Emosi asas  sama ada positif dan negatif berkembang secara berperingkat terutama dalam tempoh enam bulan pertama dan selalunya ditonjolkan menerusi riak muka dan cara bayi melihat.
 Emosi gembira membantu bayi berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka suka. Emosi marah yang ditunjukkan oleh bayi membantu mereka mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang diingini, mengenal erti kesabaran, dan belajar melahirkan perasaan marah dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.
Seterusnya, apabila bayi beremosi takut, bayi akan berasa terancam. Suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi merangsang bayi melahirkan fikiran dan perasaan takutnya mencari jaminan untuk mendapat ketenangan dan ketenteraman. Sekiranya bayi tersebut beremosi sedih dan kehilangan atau tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan bayi berusaha lebih untuk mendapat apa yang diingini, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
Apabila bayi berasa jijik terhadap sesuatu, contohnya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semulajadi menjadikan seseorang bayi berhati-hati agar tidak ‘terkena’ dengan apa yang  menjijikkan mereka.  Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu. Selain itu, bayi juga beremosi cemas  dan ini membantu bayi berusaha mengambil langkah mengelakkan diri dari menghadapi masalah dan belajar menahan perasaan bimbang serta bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang baik.
Selain itu, apabila bayi beremosi malu, ia menjadikan bayi menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dianggap memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri. Apabila bayi beremosi rasa bangga maka akan bayi terasa dihormati, dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate