PERKEMBANGAN FIZIKAL BAYI
21:42
Sewaktu baru dilahirkan, bayi manusia berada dalam
keadaan yang sangat memerlukan. Ketika ini, bayi tidak boleh bergerak atau
berinteraksi dengan orang lain. Bayi tersebut hanya boleh menunjukan reaksi
dengan menangis apabila berada dalam keadaan yang tidak selesa atau memerlukan
sesuatu. Perkembangan saraf, otot-otot
dan deria bayi ini akan berlaku dengan cepat bagi membolehkan bayi menyesuaikan
diri dengan keadaan persekitaran.
Bayi
berkemampuan mendaftar rangsangan tertentu. Bayi boleh melihat dan mengesan bunyi
yang didengar walaupun tidak secara berkesan. Bagi semua bayi, perkembangan
fizikalnya berlaku dalam dua arah iaitu dari kaki ke kepala dan dari tengah
tubuh kearah tepi tubuh. Biasanya, pergerakkan
fizikal bagi mengikut perkembangan tubuhnya. Ia adalah selaras dengan
perkembangan motor.
Pada ketika
ini, pergerakkan dan aktiviti tubuh dikawal olah sistem saraf dan otak. Kebolehan
mendongakkan kepala, meniarap, merangkak, memegang sesuatu objek, duduk dan
sebagainya berlaku secara ansur-ansur dalam keadaan yang agak cepat pada
peringkat awal. Pada lingkungan umur lima belas bulan, kebanyakkan bayi sudah
boleh berjalan sendiri.
Pada
peringkat bayi, pertumbuhan dan peningkatan berat menjadi perlahan. Pada ketika
ini, pertumbuhan tubuh adalah lebih
pantas daripada kepala. Begitu juga dengan pertumbuhan anggota tubuh yang lain,
ia berlaku lebih cepat daripada pembesaran badan.
Contohnya,
selepas dilahirkan Daniel mempunyi berat seberat dua perpuluhan Sembilan kilogram
dan mempunyai ketinggian setinggi dua puluh sentimeter.Setelah menjejak umur
dua tahun bayi tersebut mempunyai berat sebanyak Sembilan perpuluhan Sembilan
kilogram dan ketinggiannya memcecah lapan puluh empat sentimeter. Ini bermakna
proses perkembangan akan berlaku secara beransur-ansur. Apabila bayi mencapai
umur enam bulan, bayi mula menerima makanan seperti bubur dan boleh duduk dengan
sokongan. Mencecah satu tahun bayi boleh berdiri dan berjalan sedikit demi
sedikit.
0 Leave a comment