Definisi Pusat pendidikan Kindergarten

12:20

Definisi Pusat Pendidikan Kindergarten Kindergarten yang lebih dikenali sebagi Tadika iaitu Taman Didikan Kanak-Kanak Swasta.Kindergarten merupakan tadika swasta yang berhampiran dengan tadika kerajaan.Kewujudan institusi Kindergarten di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun berikutan bertambahnya bilangan kanak-kanak di Malaysia.Akta pendidikan 1961 mendefinisikan pengurusan Tadika sebagai, “mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari empat orang kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun bagi tujuan menerima pendidikan dengan upah." Matlamat utama pendidikan di peringkat kindergarten ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun.Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal.Takrif kindergarten tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961.Walau bagaimanapun pengurusan kindergarten boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Seterusnya, peluang pendidikan kindergarten in diberi kepada semua anak-anak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka.Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka. Program pendidikan kindergarten hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik,meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum.Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

photo:contoh Kindergarten

photo: contohnyaa..


You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate