Perbezaan Kindergarten dengan pusat pendidikan yang lain

12:24

Selain daripada pusat pendidikan Taman Didikan Kanak-Kanak Swasta iaitu Kindergarten terdapat beberapa lagi jenis pusat pendidikan yang ditubuhkan di Malaysia.Antaranya adalah Tabika Kemas, Tabika Perpaduan Negara, Taski iaitu Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam,Prasekolah Kementerian Pelajaran (ANNEX/KPM),Permata Negara dan Tadika Swasta.Pusat Pendidikan ini mempunyai pelbagai perbezaanya yang tersendiri.Malahan mempunyai fungsi yang berlainan diantara satu sama lain akibat perubahan sosial di kalangan masyarakat terutama dipengaruhi oleh sistem politik, ekonomi dan sosial. Pusat pendidikan Tadika haruslah berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) iaitu di bawah Unit Pendidikan Swasta.Oleh hal yang demikian segala perkara yang berkaitan dengan tadika swasta harusalah merujuk kepada JPN.Kewujudan Tadika swasta sememangnya banyak memberi sumbangan positif dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak karena tadika yang ada sekarang ini masih belum dapat menampung keperluan kanak-kanak.Seterusnya sistem pendidkannya terancang dan Guru boleh menngunakan buku-buku yang berlainan kerana ianya sudah diiktraf dan perancangan pembelajaran juga tidak terbatas dan bergantung kepada sumber diberi oleh kerajaan sahaja.Sistem pembelajaranya lebih menarik. Sebaliknya Tadika perpaduan adalah dibawah pemantauan Jabatan Perpaduan Negara.Pusat pendidikan prasekolah ini disediakan bagi kanak-kanak daripada berbilang kaum dan bangsa yang berumur lima hingga enam tahun.Sejak penubuhnya pada tahun 1976,Tadika Perpaduan telah mendapat sambutan yang mengalakkan.Tadika Perpaduan diwujudkan di taman-taman perumahan, kawasan perumahan pangsa, kawasan kampung dan pinggir bandar.Penubuhan Tadika Perpaduan tidak perlu didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Mengikut Akta Pelajaran 1961 kerana dikecualikan melalui warta kerajaan.Selain itu, suasana pembelajaranya mencabar bagi kanak-kanak kerana kanak-kanak mempunyai perubahan sosial disebabkan oleh pelajar pelbagai kaum.Ini sangat memnguntungkan kepada anak-anak yang memilih Pusat Pendidikan ini kerana mereka dapat mengenai kaum serta ras setiap kanak-kanak. Seterusnya Taska adalah singkatan daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak.Taska menerima masuk empat orang atau lebih kanak-kanak dibawah umur empat tahun, lebih dari satu isi rumah di jaga dengan upah.Permohonan Taska perlu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKMD).Sekiranya ibu bapa anak-anak berkerja, mereka boleh menghantar anaknya ke tempat asuhan kerana pusat asuhan ini menerima kanak-kanak yang masih kecil tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pusat pendidikan.Ia dapat membantu ibu bapa untuk menjaga anak-anaknya semasa mereka berkerja dan ibu bapa boleh lah mengambil anak-anak mereka setelah habis berkerja.Taman Asuhan juga mempunyai perancangan aktiviti yang menarik dan terancang untuk kanak-kanak bagi membina keperibadian mereka. Selain itu, Taski ialah singkatan daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam dan perkhidmatannya dikhaskan bagi kanak-kanak yang beragama islam sahaja.Konsep Taski dan Taska adalah sama melainkan Taski merupakan perkhidmatan bagi kanak-kanak yang beragama Islam sahaja kerana suasana jadualnya lebih kepada asas-asas dan cara hidup islam yang baik.Disamping itu juga menanamkan dan menumbuhkan perasaan cinta dan kerinduan kanak-kanak didik terhadap Al Qur’an.Ia lebih kepada pembentukan akhlak mulia kanak-kanak dari segi islamiah. Seterusnya, Tabika kemas merupakan tabika yang mendapat perhatian dari ibubapa.Kemas merupakan sebuah tabika kerajaan dan hanya memerlukan pembayaran yuran yang sedikit sahaja.Sistem Kurikulum juga lebih teratur kerana tabika ini berantai dan mempunyai objektif, visi dan misi yang tetap dan sama dengan tabika kemas di seluruh malaysia.Selain itu,Prasekolah kementerian pelajar merupakan tabika yang berhampiran dengan sekolah jenis kebangsaan.Bangunan prasekolah juga disediakan oleh kementerian pelajaran dan dibawa pengawasan kementerian pelajaran. Manakala pendidikan permata pula merupakan pusat didikan bagi kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan empat tahun ke bawa.Permata ditubuhkan khas oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.Ia bertujuan untuk menjaga proses perkembangan kanak-kanak kerana pada tahap umur ini memerlukan perhatian sepenuhnya sebagai latihan nasional yang bersepadu untuk melahirkan modal insan.Selain itu, tabika swasta pula mempunyai persamaan dengan pusat pendidikan kindergarten dari segi cara penubuhan berdaftar.Namun dari segi objektif, visi, misi dan sistem kurikulum yang berbeza-beza.

You Might Also Like

3 Leave a comment

  1. hi, good explanation..make me really understood about all this..one more question..apakakah prasekolah adalah sama dengan tadika dan pada pendapat ataupun pengetahuan anda apakah perbezaan di antara prasekolah dibawah kementerian pendidikan dengan prasekolah swasta dari segi pentadbiran mereka..adakah samaa atau berbeza..waiting for u opinion..tq..

    ReplyDelete
  2. hi, good explanation..make me really understood about all this..one more question..apakakah prasekolah adalah sama dengan tadika dan pada pendapat ataupun pengetahuan anda apakah perbezaan di antara prasekolah dibawah kementerian pendidikan dengan prasekolah swasta dari segi pentadbiran mereka..adakah samaa atau berbeza..waiting for u opinion..tq..

    ReplyDelete
  3. @Jue Leeny hee, thanks for the question :) Prasekolah dan Tadika itu x sama. Kedua-duanya menerapkan kurikulum yang sama cause apa-apa berkaitan dengan tadika yg ingin ditubuhkan mestilah merujuk kepada Akta pendidikan.. Dari segi pentadbiran sangat ketara perbezaannya. Prasekolah adalah dibawah program perintis KPM manakala tadika di asaskan oleh penguasa tadika. Kurikulum masih tetap sama iaitu merujuk kepada standard prasekolah kebangsaan tapi ditadika terdapat kurikulum tambahan n mcm nah pengusaha mengurus tadika tersebut. Lebih mudah, prasekolah diurus olah guru n pembantu guru yg berkelulusan DG29,DG41,N17, tadika, keluluasn spm pun ble...

    ReplyDelete

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate