Kanak-kanak Lelaki, Kanak-kanak perempuan

23:57

Lisan adalah pertuturan atau percakapan,iaitu kegiatan melahirkan bahasa secara verbal melalui suara atau sebutan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Kemahiran mendengar boleh mempengaruhi kemahiran bertutur dan begitu juga sebaliknya.kemahiran bertutur yang baik pula bukan bermakna kita meniru cara atau gaya percakapan orang lain tetapi diperoleh daripada aktiviti mendengar yang baik.justeru,untuk menguasai kemahiran lisan tersebut,kanak-kanak perlu dilatih unutk menggunakannya secara cekap dan kerap dan mengajarkanya secara terancang.Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini.

 Bagi kanak-kanak,kemahiran mendengar dan bertutur ini perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum mereka menguasai bahasa yang lain.Jika mereka boleh menguasai kedua-dua kemahiran ini dengan baik,mereka juga berpotensi untuk menguasai kemahiran-kemahiran lain dengan baik juga. Menurut Kamarudin Hj. Husin, apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik.Ini bermaksud kemahiran mendengar dan bertutur atau secara ringkasnya kemahiran lisan merupakan titik tolak kepada perkembangan kemahiran –kemahiran lain bagi kanak-kanak.

 Kemahiran mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa.Mendengar merupakan salah satu daripada komponen berbahasa.mendengar merupakan langkah pertama dalam mempelajari kemahiran berkomunikasi. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah.

 Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.kebanyakan kita berpendapat bahawa kemahiran mendengar hadir secara semulajadi mengikut fitrah seperti mendengar arahan atau mendengar komunikasi antara dua pihak lain.Sebenarnya mendengar merupakan satu kemahiran yang perlu dipupuk dalam diri kanak-kanak agar mereka dapat menjadi pendengar yang baik.mendengar sebenarnya melibatkan tiga proses iaitu mendengar deretan bunyi bahasa, memahami deretan bunyi bahasa, menilai bunyi bahasa tersebut dan bertindak terhadap bunti bahasa itu. Kajian menunjukkan kanak-kanak permpuan lebih cepat belajar berbanding kanak-kanak lelaki.dalam usia 7-9 tahun,gangguan pada pendengaran kanak-kanak lelaki mungkin terganggu akibat faktor jantina ini. 

Kemahiran bertutur merupakan kemahiran universal yang perlu dikuasai oleh semua orang.kemahiran ini amat berkait rapat dengan kemahiran mendengar.Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.Definisi umum mengenai bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat artikulasi manusia. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.Dalam kajian Barker(1971) mendapati bahawa kemahiran bertutur digunakan sebanyak 30% daripada keseluruhan kemahiran ketika manusia sedar.

 Hal ini kerana secara fitrahnya tidak hanya mendengar atau bertutur semata-mata,sebaliknya mereka boleh melakukan aktiviti mendengar dan bertutur pada masa yang sama.dengan kata lain,kita boleh menuturkan ujaran dan dalam masa yang sama menginterprestasikan dan memahami bunyi ujaran orang lain yang kita dengar.Dalam bertutur,manusia mempunyai beberapa tujuan iaitu bertutur dengan tujuan memaklumkan, bertutur untuk tujuan mempengaruhi, bertutur untuk tujuan keseronokan, bertutur untuk tujuan menyelesaikan masalah dan bertutur untuk tujuan menzahirkan emosi dan idea. Walaubagaimanapun, tujuan pertuturan ini akan terhalang akibat faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan. Faktor ini berperanan dalam mempengaruhi pertuturan seorang kanak-kanak.hal ini kerana merujuk kajian kanak-kanak perempuan mempunyai potensi untuk berutur lebih awal daripada kanak-kanak lelaki.

 Tidak dinafikan lagi bahawa personaliti sesorang individu adalah berbeza. Personaliti seseorang itu dapat dibayangkan oleh kencenderungannya sendiri untuk bertingkah laku mengikut cara yang tertentu ( Kamarudin Hj.Husin 1996 ). Personaliti dari segi percakapan kanak-kanak adalah berbeza mengikut jantina. Perbezaan dari segi bercakap ataupun bertutur mengikut jantina sangat ketara dan boleh dilihat secara mata kasar. Menurut Carl Jung personaliti terbahagi kepada dua iaitu ekstrovert dan introvert. Ciri-ciri personaliti ekstrovert adalah seorang yang pering, suka berkawan, patah bercakap, peramah, mudah menyesuaikan diri, bersifat kembara, meminati aktiviti lasak dan tahan lasak. Manakala ciri-ciri kanak-kanak introvert lebih kepada pendiam, kurang bersosial, lebih berbakat dalam aktiviti penulisan, sentitive dan berhati-hati apabila membuat tindakan.

 Seterusnya personaliti individu berbeza bukan sahaja gaya belajar, gaya berfikir, gaya bertingkah laku, dan gaya berkerja seseorang individu. Malahan dari segi gaya bercakap seseorang individu yang membezakan personaliti kanak-kanak lelaki dan perempuan. Gaya bercakap merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial dan sebagai proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi. Pada awal manusia dilahirkan belum bersifat gaya bercakap bermaksud belum memiliki kemampuan dalam berinteraksi dengan orang lain. Kemampuan bertutur kanak-kanak diperoleh dari berbagai kesempatan dan pengalaman bergaul dengan orang-orang persekitarannya. Kebutuhan berinteraksi dengan orang lain telah bermula usia enam bulan, disaat itu bayi telah mampu mengenal manusia lain, terutama ibu dan anggota keluarganya. Anak mulai mampu membezakan senyum dan perilaku sosial lain, seperti marah dan kasih sayang. Menurut Sunarto dan Hartono (1999) menyatakan bahwa hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling membutuhkan mulai dari tingkat sederhana dan terbatas, yang didasari oleh kebutuhan yang sederhana. Semakin dewasa dan bertambah umur, kebutuhan manusia menjadi kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga berkembang amat kompleks. 

Seterusnya, kanak-kanak lelaki lebih kepada berpersonaliti ekstrovert manakala kanak-kanak perempuan lebih kepada bercirikan introvert. Oleh hal yang demikian dari segi sosial iaitu gaya bercakap kanak-kanak perempuan dan lelaki sangat berbeza. Kanak-kanak lelaki tidak suka bercakap dan jarang bercakap. Manakala kanak-kanak perempuan pula lebih kepada suka bercakap dan mempunyai kekuatan dari segi pertuturan untuk memutar belikan fakta.Selain itu, dari segi perkembangan intelek, tiada perbezaan antara kanak-kanak lelaki dengan perempuan berdasarkan ujian IQ yang dilakukan. Bagaimanapun, dari segi kemahiran berbahasa, kanak-kanak perempuan lebih cepat dalam beberapa aspek bahasa pada peringkat awal. Sebahagian besar kanak-kanak perempuan boleh bertutur lebih awal berbanding kanak-kanak lelaki, dan hampir semua mereka boleh menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat lebih panjang. Namun kanak-kanak lelaki tidak mampu untuk membentuk dan mengabungkan ayat kerana kanak-kanak lelaki berbahasa dengan cara yang ringkas dan berfokus sahaja.

Kemahiran ini bukan saja berlaku pada peringkat awal mereka boleh bertutur, malah juga pada peringkat seterusnya dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak perempuan boleh membaca dan menulis lebih awal berbanding kanak-kanak lelaki. Disamping itu juga, tatabahasa dan ejaan mereka juga lebih baik daripada kanak-kanak lelaki. Pada peringkat remaja, kanak-kanak perempuan lebih baik dari segi artikulasi dan sebutan serta tidak begitu menghadapi masalah membaca. Mereka juga lebih baik dari segi taakulan berbahasa dan kurang mengalami gangguan bahasa berbanding kanak-kanak lelaki. Dari kecil hingga remaja, kanak-kanak perempuan lebih baik dalam aritmetik, tetapi selepas peringkat remaja, kanak-kanak lelaki memperoleh markah lebih baik dalam tugas yang memerlukan taakulan aritmetik. Kanak-kanak lelaki lebih baik dalam visualisasi ruang tidak kira pada peringkat umur mereka.

 Seterusnya, kanak-kanak lelaki bercakap dengan suara yang kedengaran dan lantang. Kebanyakkannya kanak-kanak lelaki lebih tidak berasa malu untuk bercakap manakala kanak-kanak perempuan pula menpunyai suara yang manja dan tidak lantang. Kebanyakkannya kanak-kanak perempuan akan berasa malu untuk mengeluarkan suaranya. Fitrahnya kanak-kanak perempuan seorang yang pendiam dan tidak suka bersosial berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang kuat bermain dan aktif, Kanak-kanak perempuan apabila bergaul dengan sesama jantina lebih kepada banyak bercakap dan masa perbualan juga mengambil masa yang banyak kerana dalam satu perbualan itu akan menrangkumi pelbagai cerita.Contohnya, berbual mengenai alat mainan disambung lagi cerita lain yang saling berkaitan dengannya. Dalam satu perbualan tersebut menpunyai pelbagai cerita. Berbanding dengan kanak-kanak lelaki apabila bergaul dengan sesama jantina. Mereka akan fokus bercerita kepada satu topik sahaja. Contohnya alat permainan seperti kereta kawalan. Sepanjang perbualan tersebut fokus kepada cerita alat mainan dan tidak akan mencampunr adukan dengan topik yang baru.

 Namun demikian apabila bergaul dengan berlainan jantina dan kanak-kanak lelaki masuk ke perbualan kanak-kanak tersebut, selalunya kanak-kanak perempuan lebih banyak bercakap berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Tidak dinafikan bahawa kanak-kanak lelaki tersebut tidak aktif untuk bercerita dan akan merasa bosan serta mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perbualan itu. Namun demikian bertentangan dengan kanak-kanak perempuan yang masuk ke perbualan kanak-kanak lelaki, kanak-kanak mampu mengikut rentak perbualan kanak-kanak lelaki tersebut. Malah tidak akan berasa bosan dan tidak mengambil keputusan untuk keluar dari perbualan tersebut. Oleh sebab itu, personaliti individu dari segi bercakap sangat berbeza pada setiap individu kerana setiap kanak-kanak mempunyai caranya tersendiri, kelemahan dan kelebihan tersendiri. Apatahlagi jika dibandingkan mengikut jantina, jurang perbezaan dari segi percakapan mengikut jantina sangat ketara.Namun demikian, baik kanak-kanak perempuan ataupun baik kanak-kanak lelaki mempunyai kelemahan dan kelebihan dari segi percakapan yang tertentu.


You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate