DEFINISI PERKEMBANGAN BAYI

21:39


Perkembangan didefinisikan oleh pakar psikologi sebagai urutan perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam proses perkembangan ini akan membantu individu dalam proses mencapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif dan tidak dapat diukur secara kuntitatif. Perubahan kuantitatif merujukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu. Jika dibandingkan dengan pertumbuhan. Perkembangan akan berlaku  dari peringkat permulaan percambahan hingga akhir hayat sesuatu organisma. Oleh yang demikian, perkembangan bukan sahaja bersifat berterusan tetapi juga merupakan suatu proses yang menggalakan kematangan seseorang individu.
            Tang Chee Yee (1993: 32) dan Atan Long (1978: 168) pula menerangkan bahawa perkembangan ialah satu proses individu mencapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan secara kualiti, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat terdahulu. Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana perkembangan berlaku dari peringkat permulaan hingga tamat hayat organisma.
Hal ini bermakna perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat kematangan tetapi perkembangan juga berlaku secara berterusan, walaupun peringkat kematangan telah dilampaui, perkembangan tetap akan berlaku hingg akhir hayat organisma. Siti Hawa Mujin dan Ma`rof Redzuan (1990: 79) pula menarangkan bahawa perkembangan tergolong dalam bidang psikologi perkembangan, iaitu bidang yang mengkaji perkembangan seseorang semenjak dari dalam kandungan hingga dia meninggal dunia.

You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate