DEFINISI PERTUMBUHAN BAYI

21:39

Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai atau diukur dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dan dari satu jangka masa ke suatu jangka masa yang lain.selain itu, pertumbuhan juga melibatkan dari segi kuantiti,seperti perubahan berat badan, tinggi, lebar dada dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan jelas.
 Pertumbuahan juga melibatkan perubahan struktur dalam peroses menuju kemantangan. Biasanya, dalam kehidupan berlaku perubahan yang progresif pada struktur tulang, otot, saraf, dan kelenjar. Setiap organisma mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan. Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan diatas nyatalah pertumbuhan seseorang individu tersebut akan dipengaruhi oleh faktor dalaman individu, seperti baka dan keturunan serta faktor luaran pemahaman serta kemudahan kesihatan.
Pemakanan yang mencukupi, sama ada dari segi kuantiti ataupun kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan pemakanan yang seimbang boleh menganggu pola pertumbuhan kerana kurangnya pengambilan vitamin, mineral dan protien. Faktor pewarisan ataupun baka juga boleh mempengaruhi pertumbuhan. Terdapat pula beberapa pendapat lain yang menegaskan pertumbuhan sebagai suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain.
Selain itu pertumbuhan juga boleh ditakrifkan sebagai perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh sesorang individu melalui proses kematangan. Satu ciri dalam hidup manusia adalah adanya  perubahan yang secara progresif pada struktur tulang, otot, saraf dan kelenjar. Perubahan-perubahan ini merupakan perkembangan fizikal. Perlu di ingat bahawa setiap benda yang hidup mengalami perubahan, iaitu mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan merupakan perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari satu masa ke satu masa yang lain.

You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate