PERKEMBANGAN FIZIKAL BAYI

21:42


Sewaktu baru dilahirkan, bayi manusia berada dalam keadaan yang sangat memerlukan. Ketika ini, bayi tidak boleh bergerak atau berinteraksi dengan orang lain. Bayi tersebut hanya boleh menunjukan reaksi dengan menangis apabila berada dalam keadaan yang tidak selesa atau memerlukan sesuatu.  Perkembangan saraf, otot-otot dan deria bayi ini akan berlaku dengan cepat bagi membolehkan bayi menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
            Bayi berkemampuan mendaftar rangsangan tertentu. Bayi boleh melihat dan mengesan bunyi yang didengar walaupun tidak secara berkesan. Bagi semua bayi, perkembangan fizikalnya berlaku dalam dua arah iaitu dari kaki ke kepala dan dari tengah tubuh kearah tepi tubuh. Biasanya,  pergerakkan fizikal bagi mengikut perkembangan tubuhnya. Ia adalah selaras dengan perkembangan motor.
            Pada ketika ini, pergerakkan dan aktiviti tubuh dikawal olah sistem saraf dan otak. Kebolehan mendongakkan kepala, meniarap, merangkak, memegang sesuatu objek, duduk dan sebagainya berlaku secara ansur-ansur dalam keadaan yang agak cepat pada peringkat awal. Pada lingkungan umur lima belas bulan, kebanyakkan bayi sudah boleh berjalan sendiri.
            Pada peringkat bayi, pertumbuhan dan peningkatan berat menjadi perlahan. Pada ketika ini,  pertumbuhan tubuh adalah lebih pantas daripada kepala. Begitu juga dengan pertumbuhan anggota tubuh yang lain, ia berlaku lebih cepat daripada pembesaran badan.
            Contohnya, selepas dilahirkan Daniel mempunyi berat seberat dua perpuluhan Sembilan kilogram dan mempunyai ketinggian setinggi dua puluh sentimeter.Setelah menjejak umur dua tahun bayi tersebut mempunyai berat sebanyak Sembilan perpuluhan Sembilan kilogram dan ketinggiannya memcecah lapan puluh empat sentimeter. Ini bermakna proses perkembangan akan berlaku secara beransur-ansur. Apabila bayi mencapai umur enam bulan, bayi mula menerima makanan seperti bubur dan boleh duduk dengan sokongan. Mencecah satu tahun bayi boleh berdiri dan berjalan sedikit demi sedikit.

You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate