FAKTOR-FAKTOR PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

21:47



Pertumbuhan dan perkembangan benda hidup dipengaruhi oleh baka, persekitaran dan juga faktor kematangan. Gregor mandel telah melakukan beberapa kajian sains genetik terhadap tumbuh-tumbuhan dan mendapati kacang pis yang kecil telah mengeluarkan baka yang kecil, dan kacang pis yang besar telah mengeluarkan baka yang besar. Beliau berpendapat bahawa trait serta sifat sesuatu organism dipengaruhi gen dan ia boleh diperturunkan daripada satu genarasi ke satu genarasi yang lain. Hal ini melibatkan semua organisma, termasuklah manusia. Walau bagaimanapun, pertumbuhan dan perkembangan seperti ini tidaklah semata-mata bergantung kepada gen. Faktor persekitaran dan faktor kematangan juga boleh mempengaruhi sesetengah ciri fizikal manusia.
Faktor Baka
Baka ialah pewaris keturunan. J.A. Thomsn mengangapnya sebagai perhubungan genatik antara genarasi manusia. Menggikut Derville (1979), baka merupakan pewarisan biologi keseluruhan cirri mentel dan fizikal daripada ibu bapa kepada anak. Ia merupakan ciri mental dan fizikal yang dapat diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi yang lain. Bahkan menentukan persamaan ibu bapa dengan anak-anak dan antara ahli dalam satu kumpulan keluarga, terutama dari segi trait fizikal dan mental. Oleh itu, ibu bapa yang berbadan tinggi dan bijak berkemungkinan besar akan melahirkan anak yang berbadan tinggi dan cerdik.
            Individu terhasil daripada cantuman dua sel gamet (pembiakan), iaitu satu daripada bapa (sperm) dan satu lagi daripada ibu (ovum). Percantuman ini menghasilkan anak-anak yang mempunyai beberapa cirri yang hampir-hampir serupa dengan ibu bapa mereka. Kajian tentang baka merupakan kajian tentang keturunan, perubahan dan perkembangan. Melalui kajian tentang baka ini dapat diketahui sifat genarasi yang berikutnya. Hukum keturunan menyatakan bahawa anak-anak berkecenderungan menyerupai salah satu atau kedua-kedau ibu bapa mereka.

Faktor kematangan (pertumbuhan)
Faktor kematangan hanya mengaruhi pertumbuhan sahaja. Pertumbuhan hanya berlaku kepada seseorang manusia bermula daripada dalam kandungan ibu sehingga sesorang manusia itu mencapai tahap kematangan. Ini kerana pertumbuhan akan terhenti apabila sesorang manusia itu mencapai kematangan. Namun tempoh kematangan antara lelaki dan perempuan adalah berbeza. Perempuan mempunyai tahab perumbuhan 2 tahun lebih cepat daripada lelaki dan mencapai tahap kematangan lebih awal daripada lelaki. Oleh yang demikian, pada lingkungan umur dua hingga 12 tahun tubuh fizikal kanak-kanak perempuan adalah lebih besar daripada kanak-kanak lelaki.

Faktor persekitaran
Persekitaran ialah segala benda yang ada di sekeliling unit-unit kebakaan (Normal L. Munn). Semantara itu, W. Edger Vinacke mengatakan persekitaran merupakan segala kuasa yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingka laku individu. Amrom Scheinfiled pulamenyatakan persekitaran ialah segala benda yang ada di luar diri individu dan faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan. Jadi dapatlah dirumuskan bahawa persekitaran merupakan benda-benda yang ada di sekiling individu. Beberapa pengaruh persekiratan diperkatakan bagi tempoh pralahir dan selepas lahir
PRALAHIR
a)      Pemakanan- makananyang seimbang akan menghasilkan bayi yang sihat
b)      Dadah- penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan
c)      Penyakit ibu- ada penyakit yang dihadapi ibu akan mengakibatkan kecacatan kepada bayi seperti bisu, buta dan cacat akal.
d)     Faktor rhesus- ibu bapa yang mempunyai faktor rhesus yang bertelingkah akan menimbulkan masalah keguguran dan kematian baya sebelum atau selepas lahir
e)      Rawatan sinar-X- Bayi akan mengalami kecacatan angota atau mentel setelah ibu mereka menerima rawatan sinar-X secara berlebihan.
f)       Usia ibu- Wanita yang telah lanjut usia berpotensi untuk mendapatkan anak yang mongoloid akibat mempunyai 47 kromosom bukannya 46 kromosom.
g)      Ketegangan emosi ibu- melahirkan anak yang kurang sihat

SELEPAS LAHIR
a)      Pemakanan- makanan yang berzat dan seimbang memberi kesan yang positif terhadap perkembangan fizikal dan mental, jika tidak pekara sebaliknya yang akan berlaku.
b)      Keluarga- Saiz keluarga, kelas sosial, jenis perhubungan mempengaruhi tingkah laku, sikap, kelakuan dan bahasa sesorang.
c)      Rakan sebaya- Mempengaruhi minat, sikap bahasa dan falsafah hidup.
d)     Sekolah- Saiz, ketelusan guru, kawasan, kelas social dan corak pembelajaran.
e)      Kampung- Mempengaruhi sikap, budaya dan cara hidup
f)       Sebaran am- Media massa mempengaruhi sikap dan pandangan terhadap ekonomi, sosial, dan politik.
g)      Pusat ibadat- Mempengaruhi falsafah hidup dan gaya hidup
h)      Persekitaran- melibatkan idea, budaya, ekonomi, politik, ideologi dan sebagainya

            

You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate