Falsafah Pendidikan
01:13
Maksud falsafah pendidikan:
– Kajian mengenai makna, matlamat serta kaedah asas pendidikan atau
pembelajaran.
– kajian mengenai semula jadi minda yang serba tahu, semula jadi manusia,
soalan mengenai kuasa dan pertalian di antara pendidikan dan masyarakat.
– berhubung rapat dengan teori perkembangan manusia.
Falsafah pendidikan
tradisional dan FP moden berbeza dari cara mereka melihat perhubungan di antara
matlamat dan kaedah.
Falsafah pendidikan tradisional
– mengambil kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan individu.
– manusia bebas memilih kaedah untuk mencapai matlamat pendidikan.
Falsafah Pendidikan Moden
-individu boleh menentukan kdua-dua matlamat dan kedah untuk mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Barat
a.
Tradisional
1. Mazhab Perennialisme
– Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had
masa.
– Manusia bersifat
rasionaliti. oleh itu, rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui
pendidikan.
– tujuan pendidikan
utama ialah mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tiada
had masa.
– berfokus kepada
perkembangan diri, iaitu manusia perlu diajar mengenai kemanusiaan dulu, bukan
mesi atau teknik.
– orang ialah manusia,
oleh itu topik-topik mengenai liberal (tingkahlaku, pendapat, nilai,
pengalaman, pengetahuan) perlu diajar sebelum topik-topik teknikal (kemahiran,
latihan)
– prinsip perkembangan perlu
diajar sebelum fakta.
– sbg contoh, dalam
sins, ajar strategi penaakulan saintifik sebelum fakta sains.
– kaedah sains seperti
kaedah socratik diajar supaya murid lebih rasional dalam pemikiran.
– nilai tradisional
diajar secara eksprisit.
2. Mazhab Essentialisme
– melihat kepada apa
yang perlu dan penting dalam hidup untuk kehidupan yang sempurna dan baik.
– pendidikan sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan.
– tujuan pendidikan ialah menyampaikan budaya dan ilmu.
– menggalakkan perkembangan intelek dan kecekapan individu.
– fokus: melibatkan mata pelajaran tradisional yang boleh digunakan pada masa
depan. menekakan 3M dan pengajaran kemahiran-kemahiran penting, penguasaan
konsep dan prinsip.
– sekoalh sebagai fungsi akademik,
– guru yang berkuasa menentukan kurikulum.
– guru bertanggungjawab mengajar nilai-nilai tradisional.
– guru sebagai model bernilai yang dicontohi.
– menitikberatkan bahasa, sastera, matematik seni dan sains.
Falsafah Pendidikan Barat
b. Moden
1. Mazhab Progesivisme
– berkembang daripada
pragmatisme (berfikir secara praktikal dan munasabah dalam menyelesaikan
masalah).
– kebenaran adalah relatif dan tentatif.
– pengetahuan membawa kepada perkembangan dan pertumbuhan.
– kanak-kanak perlu diajar bagaimana cara berfikir, bukan apa yang perlu
difikir.
– pendidikan harus menyedia pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan
perubahan masyarakat.
Kurikulum:
– berdasarkan minat murid.
– isi kandungan yang interdisiplin.
– melibatkan aplikasi masalah manusia.
– menggalakkan pelbagai alternatif seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian
masalah, kaedah projek.
– menekankan pengalaman langsung.
– pembelajaran aktif.
– pendekatan induktif untuk pengajaran.
Peranan Guru:
– sebagai pembimbing.
– murid digalakkan membina penerangan dan kefahaman sendiri.
– pengajaran berpusatkan murid.
Peranan sekolah:
– menggalakkan kolaborasi antara pelajar.
– kurang menekankan pembelajaran persaingan individu.
– berperanan demokratik
– menggalakkan reformasi sosial dan penyertaan masyarakat.
2. Rekonstruksionisme
– berasaskan
progressivisme.
– berhasrat membaiki dan pembangunan semula masyarakat.
– membentuk corak masyarakat baru dan menghapuskan penyakit masyarakat
merupakan tujuan utama pendidikan.
– sekolah – penggerak untuk memajukan kehidupan manusia melaluipd.
– sekolah – tempat membentuk masyarakat baru
Peranan sekolah:
– mengenalpasti masalah
mesyuarat yang menjadi krisis budaya.
– memupuk sikap dan nilai positif.
– meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah mesyuarat.
Kurikulum:
menekankan kajian sains
sosial.
menfokuskan trend masa kinidan masa depan.
menggalakan mata pelajaran yang boleh digunakan untuk mengenalpasti dan
menyelesaiakn masalah mesyuarat.
Guru:
– guru perlu memberi komitmen dalam membina mesyuarat baru.
– agen perubahan dan reformasi.
– membantu murid-murid menyelesaiakn masalah mereka
x
2 Leave a comment
nani ~
ReplyDeletemaklumat yg sangat berguna .. terutama tyme2 mau exam ni .. hhe .. tQ so much .. :)
sama2, hpy entry dlm mbantu :) sorry note ini sy da ringkaskan :)
Delete