Lagu Tradisional Sabah

01:32


Selain itu, seni nyanyian dalam masyarakat Dusun seringkali digunakan untuk memikat kekasih khasnya oleh kaum lelaki. Kaum lelaki akan menyanyikan lagu yang berbaur cinta bagi memikat dan menunjukkan isi hati mereka kepada wanita yang disukai.Mereka lazimnya akan menyanyikan dan menujukan lagu cinta ini ketika majlis keramaian atau masa-masa lapang ketika mereka berkumpul bersama. Di samping memikat, ia secara langsung bertujuan untuk memuji si gadis. Si lelaki pula selalunya menggunakan bait-bait kata yang mengagung-agungkan wanita tersebut dan akhir sekali akan meluahkan perasaannya melalui lagu yang dinyanyikan. Sekiranya si gadis bersetuju maka dia akan membalas lagu tersebut, sekiranya tidak dibalas maka ini bererti bahawa gadis tersebut tidak sudi atau sudah berpunya. Terdapat juga lagu untuk meminta maaf atas ketidaksudian gadis tersebut kepada pihak lelaki. Berikut merupakan lagu yang lazimnya dinyanyikan oleh golongan jejaka Dusun untuk memikat pihak perempuan:

...isai boh gia ngaran nu
Sumandak doh talawa
Katarik ginawoku
Silik-silikan mato nu
Miagal di Mazuin
Balasan oleh pihak perempuan sekiranya bersetuju:
..Anis (nama si gadis) boh gia ngaranku
Mantad oku Tambunan
Muhang ko nopo doho
Tanud doho mulih walai
Rubah molohing ku.....
Ketika hari-hari perayaan atau majlis-majlis keramaian, nyanyian ini mempunyai peranan yang amat penting sekali. Nyanyian akan dinyanyikan oleh orang ramai bagi memeriahkan suasana perayaan atau majlis. Malah terdapat beberapa lagu yang dominan dengan beberapa upacara perayaan atau majlis-majlis tertentu. Terdapat banyak lagu yang dicipta khas untuk perayaan-perayaan atau events tertentu seperti tamu (pasar), pertandingan Unduk Ngadau dan sebagainya.
Perasaan kagum dan kecintaan terhadap keindahan alam dan penghuninya seringkali diluahkan dan diekspresikan oleh masyarakat Dusun dalam bentuk nyanyian. Mereka mempunyai banyak lagu yang dicipta khas untuk memerikan keindahan alam dan penghuninya. Ia seterusnya membangkitkan semangat cintakan kaum sendiri dan cintakan tanah air.
Masyarakat Dusun amat terkenal dengan amalan gotong-royong dan konsep perkongsian sumber (sharing). Kerja-kerja sosial seperti membersihkan ladang atau kerja-kerja persediaan sebelum majlis perkahwinan akan dilakukan bersama-sama oleh penduduk kampung. Penyertaan orang-orang muda dalam kerja-kerja seperti ini adalah amat menggalakkan. Semasa melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut mereka akan menyanyi bersama-sama bagi memeriahkan suasana. Pada masa itu juga, golongan remaja yang belum berkahwin akan mencari peluang memikat gadis pujaan mereka dengan menujukan lagu kepada si gadis.

You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate