PANDANGAN KONSEP PENDIDIKAN MUHAMMAD QATH

21:22


  Menurut Muhammad Qath pendidikan merupakan proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang dari segi semua aspek.Proses pendidikan telah membentuk manusia secara menyeluruh untuk membentuk satu tingkah laku yang menjadikan sesorang itu berilmu.Pendidkan akan membentuk keseimbangan manusia dari segi intelek,fizikal,sosial dan rohani serta mendekat kepada Allah.Hal ini demikian kerana manusia akan dibentuk supaya berilmu dan menjadi pengamal ilmu dalam kehidupan sehari-hari.
           Disamping itu juga,pendidikan akan membentuk intelek manusia dimana manusia boleh mengeluarkan buah fikiran dan mempunyai pemikiran kognitif yang kreatif dan mempunyai pemikiran yang berpusat dan bercapah.Pembentuk intelek dapat dilihat dengan mata kasar melalui perwatakan, pengolahan ilmu yang ada dalam fikiran serta membina pemikiran yang asli.Disamping itu juga,manusia dapat mengutamakan maklumat yang penting dan menapis segala maklumat yang tidak seberapa penting.
            Manakala dari segi fizikal, dengan adanya pendidikan maka terbentuklah satu sistem tingkah laku dan menguji setiap kebolehan fizikal manusia yang berbeza-beza.Ini jelas dibuktikan melalui pendidikan tidak formal iaitu pendidikan di luar waktu pendidikan formal.Contohnya pendidikan mengenai aktiviti luar ialah cara-cara bersukan yang menguji ketahanan fizikal manusia supaya dengan adanya keseimbangan fizikal manusia mampu mengeluarkan pemikiran kognitif tersebut.
            Disamping itu, dengan adanya pendidikan maka terbentuklah keseimbangan dari segi sosial dan rohani.Setiap pergaulan akan menimbulkan pengeluaran dan penerimaan pendapat supaya boleh berlakunya pertukaran maklumat.Oleh itu berlakulah sistem interaksi diantara dua hala seterusnya menglibatkan komunikasi dalam sosialiasi.Malahan, pendidkan akan membentuk rohani manusia.Dimana manusia beriman kepada Allah dan membersihkan dirinya daripada sebarang unsur syirik,melakukan amal salih dalam setiap aspek kegiatan hidupnya dan berakhlak mulia sebagai bukti beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. 

You Might Also Like

0 Leave a comment

Total Pageviews

Featured post

Lr Preset Sunset

Lr Preset Sunset - Rm 2.00 Payment method: Whatsapp Resit ke 0128673013   Shipping Method: DNG File by Email. Ma...

Translate